Showing posts with label isu. Show all posts
Showing posts with label isu. Show all posts

Sunday, June 5, 2011

Selamat Hari Jadi Anis Azhani

Dulu masa tahun 1990, masa ni aku baru umur 2 tahun 2 bulan 28 hari, seorang bayi comel keluar ke bumi yang nyata. Masa tu berat dia hampir 20kg(tipu).

Setelah genap 21 tahun dia dah membesar menjadi gadis yang comel pulak(tak tipu).

Dah hampir setahun aku dengan dia. And yet, hari-hari aku rindu dia. Dia ni degil tapi banyak jugak dia ikut cakap aku. And aku rasa aku tak pernah sehappy ni dengan someone. And aku harap kami ni berkekalan.

Perangai aku memang banyak ragam. And dia buat aku ubah ragam aku. Walaupun tak semua, tapi perlahan-lahan dia bawa aku ke arah positif. And yes. I need you.



Selamat Hari Jadi Anis Azhani. :)


Saturday, May 7, 2011

I never let you go.

Semenjak dua menjak ni, aku rasa aku dah berjangkit dengan si Ring. Sebulan sekali je update. Cilakak betul.

Sekarang aku dah mula sedar atau mengaku pada diri sendiri yang aku ni manusia jenis yang sukar nak let go something. Kalau tak paham jangan khuatir sangat, biar aku bagi pencerahan sedikit.

Yang dimaksudkan dengan Let go something, aku susah nak lepaskan something tu pergi. Contohnya, aku susah nak jual barang yang aku dah guna. Contoh kepada contoh aku tadi ialah, walaupun aku dah banyak kali tukar telefon bimbit, aku tak pernah jual/trade in telefon bimbit lama aku. Sama ada aku simpan, atau pun aku bagi awek (dulu) pakai. Masa nak tukar telefon tu pun rasa berbelah bagi, tapi bila dah pakai, rasa taknak dah pakai yang lama. Hehe.

Selain tu, ayah aku dah banyak kali tawar aku beli laptop baru. Dia bagi syarat, jual laptop yang aku guna sekarang. Fuhh. Berat hati. Walaupun laptop aku ni dah 3,4 tahun pakai. Walaupun laptop ni dah tahap kritikal panas sampai kena pakai kipas angin speed 3 baru boleh sejuk, tapi aku rasa berat juga nak tukar kepada yang baru. 1st, aku rasa sayang. 2nd, keyboard ni ngam2 dengan alunan jari aku bila menaip. Dalam gelap pun steady je taip laju-laju. 3rd, laptop ni yang buat aku pro PES. Setakat si Heroiczero tu selamber je tapau. 4th, laptop ni tak pernah buat hal macam stuck ke, tak boleh on ke, walaupun dah jatuh banyak kali. Damn, kalau kantoi kat future customer kat mudah, mesti harga down gila.

Laptop ni steady. Setakat air tumpah sikit-sikit tu, relek je keyboard boleh guna balik. Setakat kabel plug tercabut tu, relek je on balik tak hang pape. Steady.

Fuh. Panjang lebar aku puji laptop sendiri. So, lepas ni boleh jual kot?


HEHEHEHE.

Thursday, April 14, 2011

Makan Duit.

Dah selalu aku dengar tentang orang makan duit ni terutama duit sewa rumah. Bukan nak tuduh la. Tapi memang ada. Apa jenis orang pun tak tahu.

Dulu rumah sewa aku ada seorang mamat ni pungut untuk duit sewa rumah. Masa tu sewa rumah kami murah je. Dalam rm560 sebulan. Campur dia, kira bahagi dengan 9 orang, so, kalau ikut matematiknya sorang bayar lebih kurang RM62.22 la kan? So, setakat nak pungut rm62.30, atau rm 63 tu kira boleh la halal. Tapi ni pungut sampai RM65. Bukan nak berkira. Tapi kalau dah sampai lebih rm2.70 sorang, kalau 8 orang dah ada balance RM21. Amboih. Banyak tu beb kalau tiap-tiap bulan nak tibai camtu. Tengok gaya dah alim dah. Boleh pulak makan duit.

Yang rumah sewa Anis pulak, aku syak something. Rumah tu dulu ada perempuan ni duduk. Dia dengan geng2 dia lah. So, bila dorang keluar rumah tu, Anis ni masuk la ganti dorang Disember haritu. Tulis kat iklan, disediakan TV dan perabut2 lain. So, yang tukang pungut sewa ni salah seorang dari perempuan2 tu. Alih-alih, tak sampai 2,3 bulan, minah tu bawak balik TV tu. Alasan dia punya. Kalau dah tahu TV tu kau punya, buat apa nak tulis dalam iklan? Lagi satu, dia dah keluar rumah tu, tapi duit sewa rumah bulan-bulan, still kena bank in kat dia juga. Tak tahu la apa motif. Bukan dia duduk rumah tu dah. Lagi satu, dulu kata sewa rumah ni, tak perlu bayar deposit, sebab ape tah. Now, dia minta balik deposit tu. Alasan sebab duit dia yang bayar deposit rumah tu. Bukan sikit bai, RM1600. Yang pelik, dia kata duit dia sorang pulak dah. Kaya betul bayar deposit sorang-sorang. Dulu cakap lain. Bila Anis dan budak rumah dia tanya pasal tuan rumah, contact number semua, dia berkeras taknak kasi. Tak macam ada udang sebalik batu ke?

Bukan apa, sekarang ni pasal rumah sewa kena jaga-jaga sikit. Kena tahu mana duit pergi, kat siapa kita bayar, betul ke tak tuan rumah dibayar. Baru-baru ni dalam suratkhabar ada satu berita pasal sepasang suami isteri tipu beberapa buah rumah. Kononnya dorang ni pungut duit sewa untuk tuan rumah. Tapi last-last kantoi sebab tuan rumah tanya kat penyewa2 tu, kenapa dah 4,5 bulan dah tak bayar sewa. See. Dunia sekarang macam-macam. Jangan bulat-bulat percaya dekat orang lain. Atleast kena ambil tahu dan siasat mana pergi duit kita.

Siapa-siapa yang duk makan duit orang tu, fikir-fikir lah sampai bila nak makan duit haram. Sekarang nikmat la, untuk berapa tahun sangat kau nak bermewah dengan duit orang. Kat neraka tu lebih 1000 tahun kau nak hadap azab api neraka tu. Nauzubillah.

Wednesday, April 13, 2011

True habis

Glory, glory, Man United,
Glory, glory, Man United,
Glory, glory, Man United,
And the reds go marching on, on, on.
Just like the Busby Babes in Days gone by
We'll keep the Red Flags flying high
You've got to see yourself from far and wide
You've got to hear the masses sing with pride
United! Man United!
We're the boys in Red and we're on our way to Wem-ber-ly
Wem-ber-ly! Wem-ber-ly!
We're the famous Man United and we're going to Wem-ber-ly
Wem-ber-ly! Wem-ber-ly!
We're the famous Man United and we're going to Wem-ber-ly
In Seventy-Seven it was Docherty
Atkinson will make it Eighty-Three
And everyone will know just who we are
They'll be singing 'Que Sera Sera'
United! Man United!
We're the boys in Red and we're on our way to Wem-ber-ly
Wem-ber-ly! Wem-ber-ly!
We're the famous Man United and we're going to Wem-ber-ly
Wem-ber-ly! Wem-ber-ly!
We're the famous Man United and we're going to Wem-ber-ly
Glory Glory Man United
Glory Glory Man United
Glory Glory Man United
As the Spurs Go Marching On! On! On! (3x)



Saturday, February 19, 2011

Awan Nano

Aku pun tak tahu apa maksud dia. Awan kecik kot? Nano=kecik? Damn.

Shit. Aku kena speed trap masa nak pergi kelas haritu. Pecut dari KLIA memang bawak padah. Tapi laju mana la Kancil aku ni. Lebih sikit je dari halaju(kot).

Tapi sistem sekarang ni cam bangang. Apasal la nak tukar-tukar kadar diskaun saman tu ikut tarikh pula. Macam la speed aku kena trap harini, esok da sampai surat saman. No no no no never. Mungkin paling cepat 2 minggu. Mungkin sebulan. Dan paling lambat pun kiamat. Nasib baik la aku tergerak hati nak check saman kat internet sebab sekarang kecoh-kecoh dekat surat khabar pasal saman punya promo nak habis.

Siapa-siapa yang rasa cam terkena dengan menda alah speed trap ni, boleh check dengan method ni: POLIS SAMAN ABC1234 [email] dan send ke 32728. Cas 50 sen sekali message masuk.

Aku harap 'sumbangan ikhlas' dari aku dan rakyat dapat membantu PDRM menambah kereta lancer untuk kegunaan rondaan harian dan juga pecut sekali sekala sambil pasang siren tanpa tujuan.

Friday, February 18, 2011

Ni Salah Siapa Ni Aku Merepek Pagi-pagi Camni?

Aku ni hari-hari buka blogger.com/post-create, tapi tak tertulis-tulis juga. Orang tua kata, tangan berat. Mungkin la kot. Tangan je la berat. Tapi badan aku sekarang tak berat dah. Makin meringan. Haritu timbang dah .. emm .. ada lah. Tapi dah kurang 5ribu gram.

Semalam aku tengok full Arsenal vs Barcelona. Aku dari awal-awal doa arsenal menang. Sebabnya, aku tak suka barca. Berlagak sangat. Fan-fan dia kat youtube cam sial. Semua bajek yang team dorang tu kebal sangat. Wak lu lah catalan.

Tapi yang tak berkenan bila dah menang ni, Arsenal fan stail budak-budak. Riaktakabur dorang over sangat. Macam dah menang UCL dah lagaknya. Team terhebat kononnya. Relek-relek la weh. Kau baru main kat Emirates, kejap lagi kena titik kat Nou Camp macam tahun lepas, tak ke malu? Pepaleh weh!

Hah! Baru-baru ni ada sorang blogger femes ni pos pasal Vday. Adalah hujah dan cerita dia kat situ. Aaa. Bila member sendiri up entri, sebagai member sesetan, mestilah berpositif bersama-samakan. Tak salah pun apa yang dia nak sampaikan tu. Tapi bagi AKU lah, tak perlulah nak vday-vday ni. Ulama-ulama pon ada keluar pendapat dorang. So, kita sebagai umat Islam kena vcool je. Tak payah nak besar-besarkan, tak payah nak sokong-sokong. Senang cerita, anggap je Vday ni agenda freemason. Ok. Tak kelakar. Cuma orang melayu ni, semakin dilarang, semakin lah nak buat. Makin nampak poster jangan sambut vday, makin tu otak ligat nak gentel awek malam tu. Ye dak?

Lagi satu, tak payah la nak salahkan kristian atas dosa masyarakat kita sendiri. Bukan salah kristian pon kita beromen lepas subuh sambil rakam dalam format 3gp. Bukan salah St Valentine pon sang rempit usung sang bohsia tiap hujung minggu. Bukan salah father-father pun orang melayu minum arak dan berclubbing tiap-tiap hari. Tu semua salah siapa? Haa. Itu semua salah jahil dan iman diri sendiri yang lagi nipis dari kulit bawang. Jadi, persoalan yang paling penting, siapa punya salah kalau diri tu jahil tentang dosa, dan iman di dada macam ada tak ada? Dapat jawapan? Tak dapat? Ok boleh unjurkan persoalan anda itu ke laman ini dan ini.

Lagi satu, eh ada lagi. Tak payah la post kat facebook dan twitter yang siapa beromen time vday ni akan sambut hari ibu time bulan 5, dan jadi bapak bila bulan 10 nanti. Lame sangat. Buaya-buaya sekarang dah pandai keluar dari lubuk ontime. Tak caya, tengok Discovery Channel!

Friday, January 28, 2011

Sabar dan Kental

Bila masuk je bab sabar, aku rasa aku gagal dengan cemerlang. Nak bersabar tu kadang-kadang boleh buat aku penat macam nak pengsan, ketegangan otot dari bawah ke atas, rasa rimas-rimas nak tumbuk-tumbuk angin, rasa nak tekan hon kuat-kuat dan juga rasa nak cubit awek kat sebelah.

Susah betul. Sebagai contoh yang mudah, aku paling tak bersabar dalam hal ehwal memandu kereta. Kalau nak duduk lane kiri sambil bawak 50-60km/j tu boleh buat aku serba tak kena. Rasa rimas. Rasa meluap-luap nak tekan pedal minyak tu sampai santak ke bawah. Aku cuba terapkan rasa sabar. Ya. Sabar. Perjalanan 15km ke Uniten dalam keadaan speed perlahan camtu, memang dianggap berjaya untuk sabar. Oh ya. Aku terpaksa bawak perlahan sebab nak save minyak. Hehe.

Contoh lain ialah bila dengar cakap-cakap talk. Maksud aku talk yang topiknya tak berkepentingan pun dengan urusan hidup aku. Terpaksa pergi sebab kehadiran dikira sebagai markah carry mark untuk subjek aku. Tak cukup dengan topik yang tak berkaitan, kesabaran aku diuji dengan penyampai yang bosan, hambar, dan tak cun. Masa yang berlalu umpama emas yang tercicir tepi jalan. Konpem takkan boleh dapat balik. Bazir. Sejam pun dah cukup menyeksa. Apa tah lagi kalau mula pukul 8 pagi habis pukul 5 petang pada hari sabtu? Tensen. Sabar. Dan bila penat bersabar, aku tertidur. Itulah sebenarnya punca kenapa aku selalu tidur dalam talk dan juga antara sebab yang sama aku tertidur dalam kelas. Sebab penat bersabar!

Oke. Aku dah hilang sabar untuk menaip sambil perah idea. Aku nak tidur jap. Esok aku sambung omong-omongan aku ni. Hehe.

Monday, January 17, 2011

Makan lagi. Makan la.

Krup krup krup krup krupp.

Bunyi aku asyik mengunyah keropok tak henti-henti. Damn. Sekarang musim aku ketagih nak makan keropok lekor. Malam tadi je, RM4 habis untuk keropok lekor je. Belum masuk kuih-kuih lain lagi.

Lepas tengok bola, bantai cheese nan pulak. Ni lah bila rasa nak mengunyah tu datang tak henti-henti. Tambah-tambah pulak, ada awek yang tak reti nak mengalah. Asyik nak melawan je. Aku makan, dia pon nak makan sekali jugak. Beli keropok RM10 pon tak cukup camtu.

Dah la sekarang ni trend jual keropok atau kuih mahal-mahal. Setakat ada 20 sen, beli kerak pisang goreng je la jawabnya. Sekarang keropok RM1 dapat la dalam 4 biji. Dulu, RM1 dapat 8,9 biji. Bila tengok harga karipap, lagi la sakit jantung. Karipap yang kalau goncang dengar inti gerak-gerak laju kat dalam, boleh la dapat 50 sen. Ada kedai kat kuantan, karipap sebiji 70sen. Padahal kecik je. Inti pon rasa ajinomoto. Damn.

Dulu orang meniaga kuih, untuk pendapatan sampingan. Untuk makcik-makcik ni tolong suami sara keluarga. Sekarang dah lain, jual kuih untuk jadi jutawan. Memang camtu la harganya. Ye dak?

Ahh. Dah malas nak taip dah. Nak cari makanan lak. erk. Chow! hehe

Friday, January 14, 2011

Nasib

Wow wow woww!

Dah masuk 3 minggu aku tak 'atas-tarikh'. Dan seperti yang aku jangkakan, nobody nobody nobody missing me. Aiyakk.

Esok aku ada paper. Calculus. Apa jadah dah sem ke 6 baru nak ambil calculus pon tak tahu. Apa jadah aku up entri time nak test pon aku tak tahu. Erk.

Hidup memang ada banyak dugaan. Dan banyak benda yang kita tak duga akan berlaku. Contoh macam semalam.

Semasa tengah sedap-sedap bawak kereta, aku nampak dari jauh lampu isyarat bertukar kepada merah. Keadaan jalan tu macam bentuk senyum, atau turun bukit then naik bukit. So, masa nak turun tu, awal-awal aku tekan brek, almaklumlah keadaan jalan agak basah.

Sedang-sedang molek membrek, tiba-tiba ada pajero dari lorong kiri mencelah depan aku. Aku apalagi, terus brek emergency. Setelah sliding sejauh 5-6 meter dekat curam bukit tu, aku dah rasa nak langgar dah pajero tu. Dalam fikiran aku dah terfikir kat cik awek, eh, dah terfikir kat mampus aku nak ganti rosak kereta. Mampus aku nak jawab dengan Encik Saaid. Shit. Aku nak pejam mata layan perasaan nak berlanggar tu, tapi tak boleh.

Tiba-tiba pajero tu tekan minyak secara mendadak, dan naik ke atas bukit. Damn. Aku berenti tak sampai 1meter belakang pajero tu. Jantung aku dup dap dup dap. Darah dah mengepam-ngepam naik ke kepala. Aku geleng kepala sambil memaki pajero tu. Bodoh apa masuk depan orang macam tu?? Selang seminit, baru aku teringat nak ucap Alhamdulillah. Hurm.

Aku rasa aku luck dalam bab-bab eksiden. Mungkin Allah nak tunjuk kebesaranNya kat aku. Aku je yang tak reti nak bersyukur. Dah banyak kali aku nyaris nak berlanggar dan dilanggar orang. Dan dilanggar orang tu dah masuk 3 kali. Aku tak pernah lagi langgar orang. Alhamdulillah.

Hidup ni memang tak didugakan? Pepatah lama sepanyol juga ada menyebut no la mala suerte. Dan aku setuju dengan itu. Kita kena bersedia sebab malang itu ada di mana-mana.

Sedap-sedap sepanjang hari kau bergembira dan bergelak ketawa dengan awek, tiba-tiba malam tu kau bergaduh dengan dia. Siapa tahu?

Sedap-sedap kau gelak ketawa main bola, tiba-tiba jatuh pengsan dan mati sebab kena serangan jantung. Siapa tahu?

Sedap-sedap kau sambung tidur time sembahyang jumaat jap lagi, tapi tiba-tiba mati dalam tidur. Siapa tahu?

Allah je tahu.

Wallahualam.

Tuesday, December 14, 2010

Tuah

Petang-petang tadi, tiba-tiba aku boleh stim kat tengah-tengah federal highway tu. Eksaited habis. Sebab tiba-tiba aku ternampak Tuah ni, dan snap snap snap!

Hasilnya:


*kredit to anis

Damn! Aku cam terhuyung hayang bawak kereta sebab stim sangat tengok kereta ni. Lawa sial!

Damn again! Sebab bila balik google dapat gambar-gambar yang lagi jelas.

Ni yang buat aku tak sabar-sabar nak grad dan start kerja ni. Boleh beli satu. Da memang dasar perangai tipikal orang melayu, kerja sebulan dua je dah terhegeh-hegeh beli kereta. Hehe.



p/s: tah-tah time start kerja dah ada kereta lain lagi lawa keluar.

Thursday, December 9, 2010

Sikit-sikit je.

Hye.

Disebabkan gian nak menaip tapi tiada idea yang menarik, aku just nak tulis pasal apa jadi seminggu dua ni.

Busy meh. Ulang alik sana sini untuk settlekan masalah-masalah kat Uniten. Sebagai pelajar yang kurang cemerlang, awal2 sem camni memang menjadi minggu busy. Nak add drop, nak g jumpa lecturer, HOD serta akak-akak pendaftar yang kadang-kadang tak kurang kimak kereknya.

Tensen.

Petang-petang kena turun padang. Tahun ni team bola semangat. Siap rekrut player-player baru. Aku pulak sebagai player veteran berpengalaman, mestilah bimbing, maki dan tunjuk ajar player-player baru, muda dan bergetah ni. Busy meh.

*dua tonggak utama

Selain busy-busy dengan hal-hal universiti, hidup aku turut dibusykan dengan hal rumah sewa baru aku. Baru je tadi aku da settlekan kemas-kemasan(touch up) terakhir kat bilik aku. Kali ni dapat bilik sorang. Nice and more privacy. Boleh tidur bogel selesa sikit. Kan? Nasib baik housemate aku kasi almari lama dia dan meja dia, so, jimat dah kat situ. Cuma tambah beli almari, kipas (thanks Ayah), rak kecik dan lampu meja yang agak berahi untuk tidur. Comforter serta barang-barang kat katil, rembat je kat rumah kat Kuantan. Hehe.

Tapi satu je masalah bilik ni. Cahaya tak masuk bilik. Gelap je sepanjang masa kalau tak bukak lampu. Aku selalu perasan yang aku bangun subuh, padahal dah pukul 12 tengahari. Tertipu I ok. Memang tak terganggu la tidur aku. Em, masalah ke ni? Hehe.

Okay. Cukup la tu. Sikit ape kalau dah panjang camni. Ye dok? Tulis panjang-panjang pon karang cik Anis dengan cik heroiczero komen pasal topik lain jugak. Hehe.


Monday, November 22, 2010

Chocolatier

Cuti sem kali ni, aku cuti sebulan je. Eh. Tak. 3 minggu je. Kejap betul. Orang lain sampai 6,7 minggu. Target aku awal-awal nak kerja. Tapi disebabkan kedai banyak tutup seminggu time raya haji, Ada tempoh 2 minggu je untuk kerja, so, tade sape nak amek keje 2 minggu. Interview GSC pon tak dapat gak. So, cuti ni, kerja aku ialahhhhhhh :


Nombor 1st kot. Masa aku baru main, yang nama Wan tu nombor satu and level 20++. So, aku dan Anis tu start sama2. So, habis cuti ni, aku dah nombor 1, dan Anis nombor 2. Dan si Wan tu nombor 3. Aku mula-mula ingat Wan tu dah stop main. Tapi aku perasan level dia asyik naik je. Tapi berkat kesungguhan, aku berjaya melintas si Wan.

Ni Anis la punya idea main game Chocolatier ni. Damn. Semangat gak kitorang sampai siap mintak tolong jaga kedai lagi.

Well. Rumusan aku, cuti kali ni, ada la jugak pencapaian. Haha.

Wednesday, November 17, 2010

Aku, Lembu, dan Makan. Versi raya.

Tak cukup ummph la kalau raya-raya camni tak update blog, betul tak? Hari raya Qurban kali ni aku bagi rating 2 bintang. Tak selima bintang time Bulleted ListRaya Puasa tahun ni. Sebab-sebabnye:

  • Terlajak tidur sampai tak sempat pergi sembahyang raya.
  • Tiada baju melayu nak pakai. Apetah lagi nak pekena sampin.
  • Tiada MMS raya. :P dan juga tiada sms raya dari kengkawan.
  • Tiada aksi nak ditanduk lembu macam 2,3 tahun lepas.
  • Tiada kes lembu lari lagi.
  • Ada satu je rumah yang kami pergi beraya.
So, boleh dikatakan, raya haji makin lama makin tak meriah. Ini semua berpunca dari sistem cuti kita la. Ni pendapat aku lah. Cuba kalau kerajaan kasi cuti 2 hari cuti umum untuk perayaan Raya Haji ni, mesti lagi ramai orang ada masa nak balik kampung dan masa untuk berehat semua. Ni kalau fikir 1 hari je cuti, nak pergi mana2 pun fikir penat dan fikir nak kerja esok.

So, tahun depan please cuti 2 hari. atau seminggu terus la. :P


Saturday, November 13, 2010

Ucapan Bermakna

Kau memang sangat babipukimaklancaucibaisialanbutohanjingpantatcilakalahanatbangsatsundal











*copy dan send pada orang yang korang kehendaki. ucapan ringkas tapi 'bermakna'.

Saturday, November 6, 2010

Exam ni, sama je studi ke tak. Cam haram

Kemahiran Kempimpinan Dan Keusahawanan.
KDKB113.
2 Jam.


Jawab semua soalan berikut sekurang-kurangnya 300 patah perkataan setiap satu.
  1. Berikan punca-punca mengapa pemimpin gagal cemerlang.
  2. Apakah perbezaan ciri-ciri kepimpinan diantara Dato' Sri Najib dan Tun Mahathir.
  3. Mengapakah MAS gagal bersaing dengan syarikat Airasia sedangkan MAS dibantu oleh kerajaan.
  4. Anda seorang peniaga perabut dan perhiasan dalaman. Anda hendak mengembangkan lagi perniagaan perabut dan perhiasan dalaman anda dan ingin meminta bantuan kewangan dari SME Bank. Sediakan satu kertas kerja untuk kepada SME Bank.


  1. Boleh jawab.
  2. Cam haram, tade dalam note pon, tapi boleh jawab.
  3. Ape mende ni, tapi nasib baik baca paper, tahu la sikit2. Member2 pun banyak membantu. hehe
  4. Kimak. Apemende ni. Takde dalam silibus weh!

Friday, October 15, 2010

Sayang anak, rotan rotan rotan kan aje.


*cilok from google.


Hye.

Sekarang ni memang trend orang muatnaik video ke facebook. Ada yang oke, ada yang bangang tahap nak buang dalam tong sampah pon tak layak.

So, baru-baru ni aku ada tertonton(ter konon) video budak kantoi pergi cc dengan mak dia. Agak cilaka jugak abang dia gelak tak hengat. Tapi kalau aku jadi abang dia pon, aku gelak sakan gak.

Dengar pada mak dia bebel tu, nampak sangat budak tu banyak kali buat hal, cuma tak kantoi je. Sampai pergi ngaji pon sekali dua je (kot). Banyak menipu dan juga kelepet duit mak untuk buat modal pergi cc. Sungguh tak molek orang kata. Padan muka.

So, setakat budak tu kena, apa la sangat. Aku dulu kena lagi teruk. Dan aku yakin ramai lagi kat luar sana tu kena lagi teruk. Budak sekarang ni je la susah nak merasa camtu. Eceh. Aku cakap cam tua sangat plak.

Bila ingat-ingat balik, dulu aku dah lali kena pukul-pukul-pukul dengan ayah. Senjata faveret ayah, rotan yang kat pangkal dia tu ada gulung-gulung. Halusssss je. Kira kalau libas-libas angin tu, angin pon mengaduh ngaduh. Zass zaasss!

Tapi aku masa kecik dah ada bab-bab kreatif ni. Aku selalu sorok je rotan dia tu. So, bila dia cari-cari tak jumpa. Tapi otak kreatif aku tak dapat menandingi lagi la otak kreatif budak UTP orang tua. Dia guna hanger sebagai pengganti, tak pun pembaris kayu. Haish.

Setakat penumbuk, penerajang, pelempang tu dah biasa jadi makanan aku. Tapi semua bersebab la. Semua sebab salah aku sendiri. Siapa suruh nakal sangat dulu. Bila aku belajar taekwondo dulu, aku dah pandai tepis ayah aku terajang aku. Keh3.

Tapi lepas tu, aku kena lagi teruk la sambil bebel "kau ingat taekwondo kau power sangat la? dush dush dushhh!"

Ada banyak lagi la hukuman-hukuman yang aku terima dulu. Aku yakin korang-korang pun pernah mengalami juga pengalaman yang lagi dasyat dari aku.

Kebanyakan budak-budak sekarang ni tak paham apa yang moral yang makpak dorang nak sampaikan bila marah itu ini. Dorang tahu bila kena cubit sikit mulalah nak memberontak, merajuk, dan emo2 kat facebook.

Makpak pulak manjakan sangat anak-anak. Bila dah besar mula la jadi syaitan, perv, dan tahi dadah. Masa tu tuding jari kat orang lain yang pengaruh anak dia. Padahal korang sendiri tak reti jaga anak. Ahh. Bukan budak-budak sekarang je. Dari zaman Anakku Sazali lagi dah ada.

Yang lagi kritikal gila babeng, jenis makpak yang anggap anak dia dicipta dari cahaya. Ingat anak dorang malaikat. Kalau cikgu rotan, cikgu yang salah. Kalau orang kata anak dia buat benda tak elok, cakap mulut orang tu celupar. Bekap anak sendiri tak kena tempat. Wadehel!

Apa yang aku pasti, benda-benda yang menyakitkan ni la yang melenturkan diri aku dari menjadi buluh buluh yang jahanam sekarang.

Eh, ayah aku pukul aku dahsyat dahsyat pon, aku sikit tak benci ayah aku. Dulu-dulu time kecik memang la tacing, emo, ingat ayah aku tak sayang aku bila dia pukul camtu. Tapi atlast aku sedar gak betapa dia sayang aku. Aku sayang ayah aku lebih dari aku sayang diri aku sendiri. Fakta.

Saturday, September 11, 2010

Maafkan Daku

Penat juga travel petang-petang raya ni. Setelah lebih 10 tahun kami tak balik kampung beraya, kali ni kami sekeluarga balik kampung ayah aku di Batang Berjuntai, Selangor. Lucah kan bunyi? wahaha.

Sempena Syawal yang mulia ni, aku nak minta maaf kepada sesiapa yang mengenali aku, atau buat-buat taknak kenal aku dah, kalau aku ada buat dosa kat korang secara sengaja atau tak sengaja.

Realitinya, kebanyakan manusia yang bermasam masin muka dengan aku ni kebanyakannya perempuan. Lelaki no hal je. Biasalah perempuan cepat emo. hehe. Tade la. Aku ni lelaki yang banyak cacat cela. So, biasa tak memahami perempuan-perempuan ini seadanya. So, aku mintak maaf ek. Tak kesah la ex ke, tak ex ke, kawan ke, dah tak kawan ke, aku nak mintak maaf gak. Yela. Hidup di dunia ni bukannya kekal. And buat dosa dengan manusia, bukannya boleh terampun jika tak minta maaf pada empunya.

Yep. Aku belum pun lagi nak mintak maaf secara face to face kepada pihak yang berkenaan. Tapi niat tu ada. Biasa lah. Malu. Ingat tak malu ke nak sebut maaf depan-depan. Jangan katakan nak minta maaf, nak mengaku salah pon orang biasanya malu. Kan?

Tak dilupakan juga kawan-kawan. Minta maaf zahir dan juga batin. Tak kira lah kawan dari kecik, kawan dari sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah menengah, sekolah mengaji, sekolah memandu, dan juga kawan-kawan yang tak kira la celah mana kenal, aku mintak maaf gak. Biasa lah, mulut Schomey ni cam cilaka. Kadang-kadang mulut laser cam Azwan Ali, kadang mulut baik macam Prof Izzi Haji Ali.

Kalau ada yang berhutang, aku mintak korang ingatkan aku. Biasalah manusia mudah lupa. Tapi aku memang ada note yang simpan senarai orang-orang yang aku pernah hutang. Niat aku nak bayar tu ada, tapi biasalah, duitnya tak ada. InsyaAllah k.

Yang terakhir, untuk kekasih hati. Saya minta maaf zahir dan juga batin. Saya ni selalu juga buat salah. So, jangan penat untuk memaafkan saya. >.<






** comel gila anak-anak buah aku ni. naluri tengok benda2 comel da meningkat. naluri kebapaan ni. keh3.

Tuesday, September 7, 2010

Setuju atau Katakan Tidak

Bila difikir-fikirkan kembali, menyatakan pendapat adalah perkara yang mudah tapi tidak mudah terluah kebenarannya. Berlainan pula dengan bersetuju atau tidak. Manusia mudah membuat keputusan berdasarkan nafsu atau akal yang singkat. Bukannya kerana ilmu dan juga pemikiran mendalam sendiri.

Kenapa tiba-tiba aku terfikir sebegini adalah kerana baru-baru ini, orang di sekeliling aku mudah sangat nak bersetuju dengan sesuatu yang disentimenkan oleh pihak-pihak tertentu.

Sebagai contoh, kita lihat pada contoh yang mudah, Facebook. Bila ada sesuatu video atau gambar print screen dipaparkan, tulisan di atas (caption) amat mempengaruhi golongan-golongan yang malas berfikir ini.

Contoh. Bila caption itu ditulis "MasyaAllah apa nak jadi", "Kurang ajar, biadap." automatik golongan2 ini akan menggelabah serta menggelupur untuk bersetuju dan sama-sama mengutuk si mangsa. Walhal, dorang yang mengutuk ini sama je anjingnya perangai dengan si mangsa. Lagi-lagi bila yang dipaparkan itu berkaitan agama, semua pengomen automatik bersetuju dan terus menjadi alim ulama yang maksum. Yela, tak dosa kan kutuk mangsa tu katanya.

Kita tengok saje bila gambar print screen kakak yang mengutuk johor semata-mata kerana famos amos, ramai yang menggelupur dan sawan untuk mengutuk habis-habisan. Padahal orang Johor pun relek je. Siapalah yang niat jahat print screen tu aku tak tahu la. Apa hati busuk sangat tak tahu lah. Padahal kakak tu duduk mengomen sesama member dia je. Memang la dia guna word yang teruk, tapi dia hanya berbual sesama geng dia. Bukan dia tuju kat orang johor pon. Yang orang luar, sibuk pehal?

Contoh lain, bila ada audio penjual burger kena hina dalam segmen brader love, semua duduk mengutuk-ngutuk perempuan tu. Padahal apa yang perempuan tu cakap, semuanya realiti yang ada sekarang. Dan aku tak fikir yang audio tu real. Mungkin brader love just kena game dengan mamat and minah tu. Tak macam kebetulan sangat ke minah tu nama cheryl and laki tu nama samad. Cheryl Samad tu kan pengacara muzik2 tu.

Contoh lain ialah, ramai gila yang cair dan tertanya-tanya mak siapa yang sweet sangat buat video untuk anak dia ni. Kecah dan heboh la budak-budak ni komen sweet-sweet. Padahal semua kena game dengan Alliance Bank (tak silap aku). Video tu just promo je.

Sebenarnya banyak benda aku nak bebel lagi, tapi aku dah ngantuk, aku buat kesimpulan terus. Kesimpulannya, nampak sangatlah golongan-golongan camni ni sekadar angguk-angguk geleng-geleng je. Malas berfikir secara rasional dan mendalam. Bila malas tu la yang jadikan ramai sangat melayu percaya dengan propa illuminati pe kejadah tu semua. Lepas tu pandai pulak sama-sama komen orang lain yang taley terima sebagai buta hati. Siapa buta hati tu weh? BODOH.

Friday, September 3, 2010

Teka Siapa Kembali?

Hye semua. Salam Ramadhan.

  • Hari ni aku kembali ke alam blogging. Ini atas faktor teruja Mr. Ring dah post ke seratus beliau. *clap2*
  • Ahh. Dah lama hilang. Aku yakin mesti ramai peminat tade orang kesah. Kan? Kan?
  • Update kehidupan aku, bulan puasa memang menguji tahap kerajinan aku. Memang fail. Asyik tidur. Nak study memang malas gila babeng.
  • Sekarang hati kembali di isi. Siapa-siapa terserempak dengan aku kat Shah Alam, bawak-bawak la bertegur.
  • Cuti akhir puasa dan raya dua minggu. Heavon.
  • Setakat ni, aku puasa penuh. Alhamdulillah. Tapi semua puasa kurus2. Terima kasih kepada awek2 g bazar pakai singlet+seluar pangkal peha. So sad :(
  • Pusat snuker rupa-rupanya port ponteng puasa yang sangat clear. Syaitan.
  • Bulan puasa kali ni, berat aku naik. Cam harammm.
  • Sekarang musim racist. Aku akan menjadi sangat racist kepada sesiapa yang racist. Sial la sape-sape yang nak pergunakan 1malaysia semata-mata nak deny hak melayu.
  • Aku tak paham kenapa aku nak buat point2 post ni. Haha~

Jumpa lagi next entry.

Thursday, August 19, 2010

Everybody spontan yeeah

Dulu aku tak sedar mamat ni ada bakat luar biasa dalam bidang komedi. Aku tengok muka dia macam mamat mamat serius. Tapi nampak comel pulak bila dia buat lawak.

Baru baru ni dia ada buat lawak legend. Dulu dia buat lawak dengan bola pantai kaler merah. Semua penonton live show dia dengar cerita kena kanser usus seminggu lepas tu. Sebab banyak sangat ketawa. Dahsyat!

Minggu lepas, dia buat lagi. Aku tengah penat plus lesu plus ngantuk tiba-tiba je jadi segar dengan lawak beliau. Bak kata Isma AF, "sungguh mencuit hati lah!".

Terima kasih kerana menggembirakan hari2 ku ye.



Lawak lah abang ni.



Comel pon comel. hahaha