Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Friday, February 18, 2011

Ni Salah Siapa Ni Aku Merepek Pagi-pagi Camni?

Aku ni hari-hari buka blogger.com/post-create, tapi tak tertulis-tulis juga. Orang tua kata, tangan berat. Mungkin la kot. Tangan je la berat. Tapi badan aku sekarang tak berat dah. Makin meringan. Haritu timbang dah .. emm .. ada lah. Tapi dah kurang 5ribu gram.

Semalam aku tengok full Arsenal vs Barcelona. Aku dari awal-awal doa arsenal menang. Sebabnya, aku tak suka barca. Berlagak sangat. Fan-fan dia kat youtube cam sial. Semua bajek yang team dorang tu kebal sangat. Wak lu lah catalan.

Tapi yang tak berkenan bila dah menang ni, Arsenal fan stail budak-budak. Riaktakabur dorang over sangat. Macam dah menang UCL dah lagaknya. Team terhebat kononnya. Relek-relek la weh. Kau baru main kat Emirates, kejap lagi kena titik kat Nou Camp macam tahun lepas, tak ke malu? Pepaleh weh!

Hah! Baru-baru ni ada sorang blogger femes ni pos pasal Vday. Adalah hujah dan cerita dia kat situ. Aaa. Bila member sendiri up entri, sebagai member sesetan, mestilah berpositif bersama-samakan. Tak salah pun apa yang dia nak sampaikan tu. Tapi bagi AKU lah, tak perlulah nak vday-vday ni. Ulama-ulama pon ada keluar pendapat dorang. So, kita sebagai umat Islam kena vcool je. Tak payah nak besar-besarkan, tak payah nak sokong-sokong. Senang cerita, anggap je Vday ni agenda freemason. Ok. Tak kelakar. Cuma orang melayu ni, semakin dilarang, semakin lah nak buat. Makin nampak poster jangan sambut vday, makin tu otak ligat nak gentel awek malam tu. Ye dak?

Lagi satu, tak payah la nak salahkan kristian atas dosa masyarakat kita sendiri. Bukan salah kristian pon kita beromen lepas subuh sambil rakam dalam format 3gp. Bukan salah St Valentine pon sang rempit usung sang bohsia tiap hujung minggu. Bukan salah father-father pun orang melayu minum arak dan berclubbing tiap-tiap hari. Tu semua salah siapa? Haa. Itu semua salah jahil dan iman diri sendiri yang lagi nipis dari kulit bawang. Jadi, persoalan yang paling penting, siapa punya salah kalau diri tu jahil tentang dosa, dan iman di dada macam ada tak ada? Dapat jawapan? Tak dapat? Ok boleh unjurkan persoalan anda itu ke laman ini dan ini.

Lagi satu, eh ada lagi. Tak payah la post kat facebook dan twitter yang siapa beromen time vday ni akan sambut hari ibu time bulan 5, dan jadi bapak bila bulan 10 nanti. Lame sangat. Buaya-buaya sekarang dah pandai keluar dari lubuk ontime. Tak caya, tengok Discovery Channel!

Wednesday, January 27, 2010

Rokok Haram

Cadangan haram rokok di Pahang akan dikaji semula

KUANTAN 26 Jan. - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) akan mengkaji semula cadangan penguatkuasaan fatwa pengharaman rokok di negeri ini seperti yang diuar-uarkan sebelum ini. -sumber: utusan.com.my


Ini mungkin berita lega buat perokok2 tegar di Kuantan. Patut tak payah kaji, haram kan je terus. Mufti pon dah kate haram.

So, negeri lain, bila pulak nak buat cam Pahang?

Tuesday, January 26, 2010

Malaysia yang terkini

Hai.

Mengeluh panjang aku bila bace surat khabar dan blog2 sekarang ni. Aku baru je lepas baca blog Aduka Taruna, yang kecoh pasal kes Sultan Johor. Sambil2 tu, aku jalan2 kat blog yang berkaitan dengan dia dan kes2 camtu. Bila baca komen orang ramai, ada yang sokong mamat tu, ada yang hentam habisan2. Lantak korang lah. Aku tak kesah apa yang korang nak menangkan sangat.

Yang aku pelik sekarang, ramai sangat Melayu yang nak jadi hero. Mereka rasakan diri sendiri lebih berpengetahuan, lebih betol, lebih adil dan penegak keadilan la ape jadah semua. Bagaimana mereka ni boleh konpiden gile ek? Aku yang hidup dalam negara yang ada pelbagai dakyah, ideologi, kelentong, kencing gila kuasa ni pon sampai sekarang tak sure siapa betul, siapa salah. Ada sedikit dalam pandangan aku, aku tahu pihak mana yang lebih ikhlas dan telus. Ada yang aku baca tulisan mereka ni, ada dengan bangga menyebut "Dalam berita TV (aku tak tau TV berapa sebab dah lama aku tak tengok berita pengampu), kecoh isu Blogger .......) . Macam mana korang boleh kata korang ni di pihak yang benar, padahal korang rujuk kat siapa pon aku tak tahu. Nak adil, nak telus, kena dengar semua belah pihak. Dah nama pon manusia, semua nak kata sendiri yang betol. Kita ni perlu lari ke tengah dan perhatikan mereka, InsyaAllah boleh nampak mana yang benar. Tolong lah melayu2 sekalian, jangan jadi hero yang bodoh. Tolong pakai akal ketika bersuara.

Itu satu hal la. Ada pula blog yang berbicara soal agama, akhirat, kiamat, orang ini dosa, orang ini tak betol, orang ni bawak dajal, orang ni yahudi, boikot sana sini, dan lain2 lagi. Haihh.. Kalau boleh, aku kurangkan merujuk kepada sumber2 internet ni. Siapa tahu siapa mereka? Kalau blog ulama pon, konfem ke ulama itu sendiri menulis? Ada yang konfem, Alhamdulillah. Kalau tipu camne? Nauzubillah. Sekarang ni macam2. Kalau ada kekeliruan, ada persoalan, rujuk pada ustaz2, alim ulama secara berdepan, itu lebih bagus pada pandangan aku. Artikel paling aku panas sekali baca(pandangan aku) ialah artikel pasal Man United kelab setan pe jadah. Dorang katakan Malcom Glazzer tu yahudi. Memang la dia yahudi. Tapi die baru je ambil alih kelab tu 2005 or 2006. Baru je lagi. Fan2 man United dari dulu desak die berundur, tapi jenis tak reti bahasa, die tetap jadi pemilik man utd. Hasilnya? Man utd berhutang beratus2 juta. stail tak stail la kan. Selain tu, hujah dorang, baju man utd warna merah. Warna2 pemangkin setan, pilihan setan, aku tak ingat la apa dorang bebel. Bro, Kelantan Warrior pon kaler merah bro. Yang tu setan mana plak bro nak kata? Setan bakar kerusi? Jangan sedap2 je nak tuduh2 camtu k.

Hal yang lain aku nampak, ada sejenis kaum yang suka nak perkauman dalam blog dan forum. Panggil melayu meleis. Sambil tu kutuk2 melayu sana sini. Cakap omputeh pelat singapore macam bagus. Hormatilah orang lain. Kalau kita mention lu C*** makan babi, lu suka ka? Aku pon tak suka nak panggil orang camtu. Tak elok. Aku pon ramai kawan chinese. Toleransi je. 1malaysia kan. Kita cakap cibai, dia balas pukimak lu. Kalau ngn india kita kata pundek, dorang balas cibai lu cha. Ada pula yang suka kondem cerita melayu. Kata semua cerita melayu bodoh. Tade standard,tade kelas. Ni sume kerja prof tu la ni dorang duk mengata. Bro, bukan semua cerita melayu bodoh, ada je yang ok bagi aku. Cerita singapore, cerita hong kong, cerita republik china, cerita jepun, cerita indon dan cerita omputih, lagi banyak yang bodoh2 yang aku pernah tengok. Aku da 3x tengok cerita Jay Chou. Cerita Initial D je yang bagus. Lagi 2 cerita, aku rasa nak bakar wayang tuh. Cerita tu story line berterabur, efek macam gampang. Tengok Kapten Kit lagi berbaloi. Cerita2 melayu yang bagus macam Anak Halal, Adnan Sempit, Papadom, dan lain2, semua cerita ni buat aku gelak/kagum tak henti. Aku rasa cerita macam ni, cerita yang tiket rm12 pon aku rasa murah. Patut bayar lagi mahal.

Harapan aku. 2010 ni, orang malaysia sudah2 la jadi tahi anjing. Menyerabutkan otak bila anjing berak, kalau terpalit, menyusahkan orang. Nak kena perang dunia lagi ke baru nak insaf dan sayang negara balik?

Saturday, September 6, 2008

ramadhan al-mubarak...

haihh...da masuk bulan puasa da pon...ni la mase kte dapat lihat org tertonggeng kat katil siang2 hari secara bjemaah..ni la jugak bulan yg kte dapat lihat bazar2 bersepah2 di bandar...ni la jugak mase kte tgok org takot nk mkan siang hari..padahal..ade je yg makan..tmasuk la melayu kte nie..slamber jek...ni la jugak bulan yg kte lihat kedai maple tutup,tade da 24jam nye..ni la jugak kte tgok ade org melayu yg mngaku cina,cm sial jek..aku pnah tgok kot dpan mate..ni la mase kte dapat jumpe mber2 lame,time kte wat berbuka puasa ramai2..kan? n time ni la org baru nk igt anak2 yatim sume..time ni la anak2 yatim ni makan lg mewah dari aku..sedey aku..tp tape..rezeki dorg..mmg hak dorg patot dapat..ni la jugak bulan yg kte tgok masjid2 kat universiti penoh time maghrib..utk apE? konpem la untuk berbuka puasa secara percoma di masjid...

haihh...mmg waktu2 ramadhan ni,hampir sume mende berubah..padang2 pon tade org g maen..kelas2 pon makin lengang..tp time2 ni la fikiran kte makin lapang,kecuali org2 yg struggle utk mncari port makan siang2 hari..hm..itu la ramadhan..bulan yg penoh rahmat bg sesiapa yg menghargai nye....bulan yg mulia..(bukan bulan putih di atas kaler hijau k)

harap2 la bulan ni membawa kesedaran kepada kita dan rakan2 kita...amin....

Sunday, May 25, 2008

Kehebatan AF

AF- tok imam pun boleh kantoi dengan skim penipuan AF tu. Apa dah jadi? Tok imam pun terikut-ikut dengan fenomena AF ini. Bukan nak kata la, tapi sebab title dia tok imam, tak syiok la dengan AF ini. Jikalau sekadar menonton mungkin tidak apa tapi, jika tok imam sendiri ditipu oleh pertandingan AF ni, yang memang umum mengetahui banyak yang sudah ditipu.memang tak disangka-sangka.
Kesal!
Kesal sebab kerana wang yang dijanjikan sebanyak RM14000 itu mampu menggugat kewarasan seorang ahli agama bergelar tok imam. Tok imam itu gagal mempertimbangkan apa kejadahnya duit free yang dia bakal peroleh itu.