Wednesday, December 9, 2009

Datang bulan


Fakta-fakta menarik mengenai bulan:

-Bulan sentiasa berbentuk sfera walaupun kita sering melukisnya dalam bentuk sabit.

-Semasa bulan mengambang, tiada semestinya semua perempuan datang bulan.

-Jika sedikit serpihan bulan jatuh ke bumi, kemungkinan besar boleh mendatangkan impak yang amat kuat kepada permukaan bumi. Tetapi masih terdapat orang melayu yang mengharapkan bulan jatuh ke riba mereka.

-Walaupun teropong dan satelit pemantau dunia sudah semakin canggih dan boleh melihat permukaan bulan dengan jelas, tiada satu pun gambar yang memperlihatkan bendera amerika yang dikibarkan neil armstrong di bulan dahulu.

- Filem New Moon yang tengah hangat di panggung tiada langsung mengisahkan pasal bulan.

*post ini sekadar isi masa lapang*

Tuesday, December 8, 2009

Buat kamu.



[ o ] Ya. Tak perlu paham jika malas berfikir apa maksudku.

[ o ] Oh. Aku sudah 'gerak atas/hidup'. Jadi. Hati aku kering. Ya. Tak perlu lagi takut untuk melepaskan sesuatu. Wahai kamu2 yang takut untuk bergerak. Hayun saja langkahmu. Pasti ia akan terus bergerak. Lepaskan sahaja beban hatimu. Biarkan dirimu ringan, tiada lagi sauh yang menongkah arus.

[ o ] Hei kamu2! Jangan takut. Ikan bukan seekor. Terputus satu,dua,tiga mata kail tidak bermakna kamu tidak akan mendapat ikan buat selama2nya. Tarik sahaja jorannya jika kamu rasa ada goyangnya. Bukan tidak perlu bersabar langsung ok. Cuma jangan terlalu bersabar sehingga ikan itu sudah tiada, baru kamu mahu mengeluh kenapa tidak kau tarik sahaja jorannya tadi.

[ o ] Ya. Kamu! Takut hanya buat kamu menjadi tidak berani. Tanggung risiko jika mahu itu. Jika tidak sanggup, berundur sahaja. Mudah sahaja. Jika kamu fahami apa yang kamu takuti, mungkin takut itu sebenarnya bukanlah sesuatu perkara yang patut kamu takuti dan takut itu hilang dengan sendiri. Tiada perasaan takut itu, berani datang dalam dirimu.

[ o ] Jangan cuba berceloteh pasal cinta jika tidak tahu apa ertinya. Aku bukanlah seorang pakar. Cuma aku tahu apa yang aku perlu tahu. Jangan cuba membunga2kan cinta jika kamu tidak sanggup untuk meluahkannya. Jangan nafikan cinta, jika kamu belum merasakan kewujudannya.
dunia ini kejam kan.
kenapa hanya sediakan kerusi melepak sebegini untuk berdua.bukan seorang... heh

*Sekarang aku dah nekad. Nekad dalam segala2 nya. Ya. Azam semester baru. Tapi bukan sebarang azam. Ini azam disertai dengan nekad dan telah dimulakan langkah2 awalnya..huahua
* ini pemikiran aku. cuba berfalsampah sedikit..hehe

Sunday, December 6, 2009

Warna Warni Malam Sabtu


*superman united - gibson*


ahhh..aku malas main dah! aku nak baring je.loser nye aku! - gerrard


walaupun dia adalah judas. tetap hero~


babi.time2 ni la nak bersin..arghhh.da la kalah plak tuhh!! - the drog



Ape? chelsea kalah ngn man city? sayur nye..seronok plak aku gelak..lagi2 lampard x score penalti..hahaha.. -bigsam



sources:soccernet.com

Tuesday, December 1, 2009

Selsema Khinzir

Aku sendiri perasan yang aku cukup bagus malas nak menaip sekarang. Jarang2 nak update. Yela. Tade ape yang menarik, nak cerita ape kan.

Semalam lepak dengan en heroic. saje je nak berjumpa dengan die. sempena hari lahir dia la katakan. Banyak betol borak. Kalau x pandai nak tengok jam, agaknye subuh baru habis. Nasib baik la abes borak 5.30pagi je. Pastu singgah rumah dia kejap sebab nak lawan PES2010. Hmm.lupakan saje pasal ape jadi kat game tuh.

Oh ye. sesi persekolahan pembelajaran kat uniten ni dah bermula. Boleh la aku buat2 busy sekarang. Rajin kan? kan? Eh.pasal result pon, kita lupakan ye.


*sekadar hiasan*

Sekarang dah masuk bulan 12. Tinggal lagi sebulan, tahun 2009 ni akan meninggalkan kita. Agak2 nya ade x orang bodoh/bengap/baghal dah bunuh diri takut nak lalui 2012? Sedih la pulak nak tinggalkan 2009 ni. Padahal aku rase cam baru je lagi aku sambut new year aritu. Kejap betol.Kan? Kan?

2009. Tahun yang paling getir dalam hidup aku.macam2 jadi woo. siot tol.
Pepatah yang sesuai untuk kesah tahun ini:
Jatuh. Bangun. Dan Jatuh kembali. Aku tetap akan cuba untuk bangun kembali. Tidak kira berapa ramai yang suka dan ketawakan aku. Aku tetap bangun dan berjalan kehadapan tanpa ragu2. Sambil sapu seluar aku yang kotor kat buntut.

sekian.

Saturday, November 21, 2009

Pfftttt!!


haihh. kecewa gila aku petang td. disebabkan kecuaian aku. aku kerugian besar minggu ni. minggu yang patutnya aku kaut untung gilak-gilak punya. tapi disebabkan lalai,leka,cuai dan kata-kata yang seumpama darinya, aku telah merana. merana yang menyebabkan kekesalan berpanjangan.
kekesalan yang menyebabkan aku berulang2 kali menepuk dahi aku. Berulang-ulang kali menepuk dahi menyebabkan aku pening. Pening menyebabkan aku kurang waras ketika ini.

Mahu saja aku carutkan didalam hati. Kenapa kau tutup cepat sangat bodoh?? Bukan patutnya pukul 7 ke? ke itu untuk tahun lepas? keliru aku keliru! ahh..! mendidih betul hati aku.

Aku cuba bersabar dan cuba mencari jalan penyelesaian. Hampa. Tiada apa lagi yang boleh aku lakukan. Sekali ia ditutup, tidak lagi akan dibuka hingga ke minggu seterusnya. Kesilapan kali ini memberi impak yang besar. habis. habislah aku akan ditertawakan. mungkin aku akan keciciran minggu ini. misi yang agak sukar untuk aku mengejar mereka nanti. kecewa.

Aku menadah tangan lalu berdoa agar aku tidak lagi mengulangi kesilapan ini lagi. habis la point aku weh. tak tukar lampard ngan van persie mmg cilake sungguh. dah tu everton,hull, ngn blackburn main 2x plak minggu ni..aduhh..rugi gile....!! cait!