Wednesday, November 17, 2010

Aku, Lembu, dan Makan. Versi raya.

Tak cukup ummph la kalau raya-raya camni tak update blog, betul tak? Hari raya Qurban kali ni aku bagi rating 2 bintang. Tak selima bintang time Bulleted ListRaya Puasa tahun ni. Sebab-sebabnye:

  • Terlajak tidur sampai tak sempat pergi sembahyang raya.
  • Tiada baju melayu nak pakai. Apetah lagi nak pekena sampin.
  • Tiada MMS raya. :P dan juga tiada sms raya dari kengkawan.
  • Tiada aksi nak ditanduk lembu macam 2,3 tahun lepas.
  • Tiada kes lembu lari lagi.
  • Ada satu je rumah yang kami pergi beraya.
So, boleh dikatakan, raya haji makin lama makin tak meriah. Ini semua berpunca dari sistem cuti kita la. Ni pendapat aku lah. Cuba kalau kerajaan kasi cuti 2 hari cuti umum untuk perayaan Raya Haji ni, mesti lagi ramai orang ada masa nak balik kampung dan masa untuk berehat semua. Ni kalau fikir 1 hari je cuti, nak pergi mana2 pun fikir penat dan fikir nak kerja esok.

So, tahun depan please cuti 2 hari. atau seminggu terus la. :P


9 comments:

deus X machina said...

astaghfirullahalazim

Mr. Schomey™ said...

ya ustazzz

Anis Azhani said...

Kedah cuti 2 hari babe!
plus dengan jumaat sabtu, yay!

haha. pindah Kedah meh.

HEROICzero said...

raya untuk bebudak skolah jek nak lama2.

rilek jek gua beraya dengan facebook, esok exam.

kenapa esok gua exam tp hari ni raya. sistem pendidikan tinggi negara semakin lama semakin tidak islam. (atau melayu).

*biasalah malaysia, islam itu melayu, melayu itu islam.


.END.

Mr. Schomey™ said...

anis: kedah? errghh. haha.

heroic: tahu tape. sistem sendiri yang tak memeriahkan raya ni. cmon laa. ape kurang nye raya Qurban weh..

maCy said...

isk2..
salam aidladha ;D

epul said...

LOL lembu lari.aku teringat ayah cepuk kepala lembu dulu

نورول روشدي said...

ahahahahaha suka gila post ini.

RinG said...

xdenye kerajaan nk bagi cuti 2hari. kerajaan pas da buat da kat kelantan dan terengganu (time pas kat teganu dulu la). xpasal dapat point pembangkang wat modal nnti. kah kah kah