Saturday, February 19, 2011

Awan Nano

Aku pun tak tahu apa maksud dia. Awan kecik kot? Nano=kecik? Damn.

Shit. Aku kena speed trap masa nak pergi kelas haritu. Pecut dari KLIA memang bawak padah. Tapi laju mana la Kancil aku ni. Lebih sikit je dari halaju(kot).

Tapi sistem sekarang ni cam bangang. Apasal la nak tukar-tukar kadar diskaun saman tu ikut tarikh pula. Macam la speed aku kena trap harini, esok da sampai surat saman. No no no no never. Mungkin paling cepat 2 minggu. Mungkin sebulan. Dan paling lambat pun kiamat. Nasib baik la aku tergerak hati nak check saman kat internet sebab sekarang kecoh-kecoh dekat surat khabar pasal saman punya promo nak habis.

Siapa-siapa yang rasa cam terkena dengan menda alah speed trap ni, boleh check dengan method ni: POLIS SAMAN ABC1234 [email] dan send ke 32728. Cas 50 sen sekali message masuk.

Aku harap 'sumbangan ikhlas' dari aku dan rakyat dapat membantu PDRM menambah kereta lancer untuk kegunaan rondaan harian dan juga pecut sekali sekala sambil pasang siren tanpa tujuan.

2 comments:

RinG said...

aku cek aku punya, syuukur xde, thanks for the tip bro

Mr. Schomey™ said...

satu tip 50 sen.