Showing posts with label football. Show all posts
Showing posts with label football. Show all posts

Wednesday, April 13, 2011

True habis

Glory, glory, Man United,
Glory, glory, Man United,
Glory, glory, Man United,
And the reds go marching on, on, on.
Just like the Busby Babes in Days gone by
We'll keep the Red Flags flying high
You've got to see yourself from far and wide
You've got to hear the masses sing with pride
United! Man United!
We're the boys in Red and we're on our way to Wem-ber-ly
Wem-ber-ly! Wem-ber-ly!
We're the famous Man United and we're going to Wem-ber-ly
Wem-ber-ly! Wem-ber-ly!
We're the famous Man United and we're going to Wem-ber-ly
In Seventy-Seven it was Docherty
Atkinson will make it Eighty-Three
And everyone will know just who we are
They'll be singing 'Que Sera Sera'
United! Man United!
We're the boys in Red and we're on our way to Wem-ber-ly
Wem-ber-ly! Wem-ber-ly!
We're the famous Man United and we're going to Wem-ber-ly
Wem-ber-ly! Wem-ber-ly!
We're the famous Man United and we're going to Wem-ber-ly
Glory Glory Man United
Glory Glory Man United
Glory Glory Man United
As the Spurs Go Marching On! On! On! (3x)



Thursday, August 19, 2010

Everybody spontan yeeah

Dulu aku tak sedar mamat ni ada bakat luar biasa dalam bidang komedi. Aku tengok muka dia macam mamat mamat serius. Tapi nampak comel pulak bila dia buat lawak.

Baru baru ni dia ada buat lawak legend. Dulu dia buat lawak dengan bola pantai kaler merah. Semua penonton live show dia dengar cerita kena kanser usus seminggu lepas tu. Sebab banyak sangat ketawa. Dahsyat!

Minggu lepas, dia buat lagi. Aku tengah penat plus lesu plus ngantuk tiba-tiba je jadi segar dengan lawak beliau. Bak kata Isma AF, "sungguh mencuit hati lah!".

Terima kasih kerana menggembirakan hari2 ku ye.



Lawak lah abang ni.



Comel pon comel. hahaha

Tuesday, August 3, 2010

Fantasy Untuk Pembola

Tak mahu cakap banyak. Join la kalau rasa handal.



695104-167811



ManYou FC sedia berentap.

Monday, July 12, 2010

Ciss

Aku telah berjaya mengekalkan prestasi dan mencipta satu rekod yang baru.


Rekod team yang aku sokong dalam satu-satu game live, semua kalah. Shit. Dari Italy, England, Jepun (Jepun vs Paraguay), Portugal (Portugal vs spain), Brazil (Brazil vs belanda), Paraguay (Paraguay vs Spain), Uruguay (uruguay vs belanda), German (german vs spain), Uruguay (Uruguay vs german) and last sekali Belanda ( belanda vs spain)



Argh!

Sunday, July 11, 2010

Sampai ke Penghujung

Aku rasa baru lagi tengok opening game World Cup haritu. Tup tup dah final. Gila cepat. Ke aku tertengok siaran ulangan je opening game tu? oh no.

Apa yang aku dapat simpulmatikan untuk World Cup ni, World Cup ni macam shit. Banyak sangat kontroversi. Dari segi mutu pengadilan sampai la pemilihan player dan juruletih. Err. Dan juga team yang masuk final. huhu.

Terus terang. Aku memang tak suka Belanda. Ye. Belanda. Atau korang sebut Holland atau pon o-fuck-ranje. Team ni aku tak suka sebab suka berlagak. Ada ala-ala Liverpool. Baru menang group stage, dah bangga2 dengan main cantik. Tak cantik pon aku tgok game dorang. Laluan dorang pulak senang kecuali brazil. Dorang kickout brazil sebab pandai argue reff, pandai berlakon, and suka main kotor. Anyway, memang itulah bola sepak, tapi aku tetap tak suka.

Spain? Shit, aku tak suka dorang sejak dorang menang Euro2008. Mak aih. Macam dah agung2 kan team dorang unbeatable sangat. Puas hati aku bila dorang kalah dengan orang kampung Federer aritu.

Ahh. Even dua2 team aku tak suka, aku kena tengok gak malam ni. Takkan nak miss world cup final kot. Gila. Papepon aku harap Belanda menang dengan spain kali ni.

Sebagai sokongan tak ikhlas kepada team ORANJE aku sajikan korang dengan video klip di bawah. Layan.



Oranje memang annoying kan??

Tuesday, June 29, 2010

Malaysia dan Bolasepak

Worldcup tengah rancak berlangsung. Sekaligus time2 macam inilah ada segolongan rakyat malaysia yang sayangkan bolasepak kita akan mengomel dan mengeluh tentang bolasepak kita yang tah kemana. Persoalannya, sampai bila weh kita nak kena menghadap realiti begini? Bila giliran kita nak berbangga dengan kejayaan pasukan kita? Bagaimana kita nak berlagak dengan anak2 kita yang kita ni saksi kepada kejayaan bolasepak kita?

Bukanlah niat aku nak tunjuk pandai ke hape, tapi aku ni sekadar nak berkongsi pandangan aku. Kita lihat pasukan-pasukan yang naik sekarang, mereka mempunyai stail bolasepak mereka sendiri. Brazil ada samba dan Holland ada total football mereka. Malaysia?

Malaysia ni terlalu sandarkan pada kenangan. Asyik2 nak cerita pasal Malaysia layak olimpik. Malaysia dulu setakat jepun, korea tu titik je. Kelab macam Liverpool pon dah nak bungkus sebab asyik sandarkan pada kenangan. Tak kemana la camtu weh.

Tapi bukanlah bermakna kita tak pandang kebelakang langsung. Kita ambil pengajaran dan pengalaman dari orang-orang lama ni. Contohi spirit mereka, contohi gaya permainan mereka. Oh ya. Kita tak kemana kerana kita asyik dienglandkan. England pon lingkup, kita pon lingkup. Tak habis2 nak main longball, nak main cross. Kita ni negara orang barang badan kecik. Nak tanduk kejadahnye kalau kepala kita dengan player lawan semua paras bahu je.

Tengoklah kita punya game dulu. Menang dengan arsenal, menang dengan korea, mana ada cross2, longball ni semua. Maksud aku bukanlah tade langsung ok. Tapi kita menang bola dengan gaya short pass kita, gaya one-two kita, gaya gelecek2 kita, gaya shooting kuat kita. Dulu superlegend kita, arwah mokhtar dahari, terkenal dengan shooting yang lagi padu daripada gerrard. Bukan terkenal dengan hebat tanduk ke, atau terrer cross ke. Tambahan lagi, dia hebat gelecek. Setakat sorang dua tu, celah gigi la weh.

Ya. Memang akan ada orang berkata, itu dulu, sekarang mana boleh guna dah taktik tu. Kamon lah bro. Apa guna pengalaman dan otak kalau tak guna. Kita boleh improve dan inovasikan gaya-gaya kita tu. Terapkan balik gaya tu. Buang semua gaya ENGLAND tu.

Kita tengok ini :



Dan kita tengok ini :



Dan kita lihat game sekarang yang guna gaya bukan england :



haa.. ade nak main cross tinggi2? Kita main gaya kita je.

Selain tu, kita perlu naik taraf la body2 player kita. Pendek tape, asalkan badan katang la sikit. Baru sedap nak membody. Ini body macam papan, terer gelecek, laju, tapi tak guna sebab bila kena body sket, melayang 4,5 meter. Stamina kena jaga la. Rokok tu pantang la. Kalau Park Jisung minum sup katak, aku rasa orang melayu pon ada je sup-sup yang elok untuk kasi stamina jadi tinggi ni. Tak mustahil la semua ni nak improve kan?

Lagi satu, kita perlu team yang bukan satu dua kaum je. Pelbagaikan lagi. Kenapa team kita skang tade singh2 macam santokh singh dulu? Badan besar jadi defend, memang mantap la kan. Cina yang last aku tengok main untuk malaysia liew kit kong je la. Kurang sangatlah. Biasa dalam team malaysia mesti ada melayu ngn india je. Itupon sebab coach india. Kalau tak, penuh je la melayu. Tak 1malaysia langsung. Kita dah sedia maklum, orang melayu ni kelebihan dia gelecek dan shooting. Cina pulak kreativiti dorang agak tinggi. Stamina pon tinggi. Orang india kita memang tahu, kederat memang tinggi dan juga laju2. Kenapa tak guna semua2 ni?

Aku pernah baca ada idea sorang blogger ni biar aku petik je la.

coach korea skang adalah player yg kalah ngan team malaysia tahun 1980, tp bw korea msuk wc.apsl player malaysia yg mng tahun 1980 ngan korea x nak jd coach malaysia?MAYBE kita ada chance kalo ex-player yg ada experience dlm big game jd coach malaysia -zap-

Ada point kan? Ex-player kita tahu nak mengomen dan buat iklan maxis je. Bila nak sumbang untuk team kita? Sama-sama lah kongsi idea dan pengalaman. Memang ada sesetengah tu jadi penah jadi coach dan penasihat. Tapi tak berapa menyeluruh dan efektif.

Yang terakhir yang aku nak bebel kali ni, ialah pasal mentaliti kita terutama golongan wartawan dan golongan yang "BPL fan" tahu nak kondem dan mengutuk. Malaysia dapat score lawan man u pon nak kutuk2 kata Man U saje bagi. Wadefak korang ni. Wartawan kita ni pulak sebijik cam wartawan UK. Bila menag puji melambung2 ke langit. Tapi bila kalah, tahu nak guna ayat menganjing. Tade pon nak buat analisis punca kekalahan ke, cadangan2 nak atasi kelemahan ke. Tahu nak kondem. Paling baik pon, ada puji2an kecilan2 di akhir laporan akhbar tu. Orang2 kita ni pulak mengharap lebih2. Macam Malaysia pernah menang worldcup je. Target kecil2 dulu la. Mula2 sea games. pastu aff cup. then baru lonjak menang asia cup. Target tu biar berpijak pada realiti sikit.

*maafkan saya jika tulisan dan idea saya pra-matang.
*video dari youtube.
*idea entry timbul setelah terangsang dengan idea En. obe di sokernet.com

Monday, May 10, 2010

Manchester United

Man United boss Sir Alex Ferguson(SAF) can't look as the Premier League title heads to Stamford Bridge.
-soccernet.com




Kami kalah tapi tidak mengalah. Kami berjuang sehingga ke titik-titik terakhir peluh 'Syaitan Merah'.

SAFwan

We Believe.

Friday, April 30, 2010

Mari Mengenal Lelaki

Ok. Tajuk atas tipu sedikit. Sebenarnya mari mengenal kelab bolasepak supaya tidak menjadi bedul apabila beritahu girlpren atau boypren yg " I minat bola taw".

Tapi aku tak nak lah cerita panjang lebar sangat sampai blog aku jadi wikipedia. So, kita ambil SEDIKIT fakta serta auta yang terdapat pada beberapa kelab untuk dipelajari.

Ok. Adik. Cepat take note apa abang nak ajar ni.

Kita mulakan dengan kelab bawahan iaitu Liverpool FC. Tengok lambang dibawah.

Dikenali sebagai The Reds kerana jersi mereka merah menyala semangat waja. Di Malaysia, Liverpool FC lebih dikenali sebagai Loserfool kerana mereka memang loser. Kalau adik perasan, penyokong2 loserfool akan melaung2kan slogan YNWA. Mesti konpius kan apa itu YNWA? Biar abang beritahu. Itu adalah singkatan bagi "You'll Never Win Anything". Untuk pengetahuan anda, kali terakhir menjuarai liga utama inggeris ialah musim 1989-1990. Musim ni genap 20 tahun tak menang liga. Loser kan?

Sebagai memantapkan ilmu mengenai bola, kenali pemain anda. Nanti boleh la sembang kencang dengan orang lain. Ye dak?

Dari kiri ialah: (Leftwing) Riera, (Rightback) Johnson, (Captain, Midfielder) Gerrard, (Stricker) Torres, (RightMidfielder) Dick Kuyt, (DefensiveMidfielder) Mascherano, (Centre Defender) Carragher.


Seterusnya mari berkenalan dengan Arsenal. Arsenal Fc dikendalikan oleh Arsene Wenger, seorang warga perancis. Moto beliau ialah "Biar kalah asalkan bergaya".

Dikenali sebagai The Gooners, eh eh The Gunners, minat mereka sekadar untuk main passing2 bola sesama sendiri. Didapati mereka tidak berminat untuk menjaringkan gol. Hanya perlu bermain cantik. Dapat point kot main cantik ni. Kalau di Malaysia, Arsenal lebih gemar digelar Arsengal, atau ASSenal.

Pemain-pemain sensasi Arsenal ialah:

Dari kiri: (Goalkeeper, Loser) Almunia, (Right Wing) Tiuu Walcott, (Attacking Midfield, Striker) Arshavin, (Midfield) Fabregas.


Kali ini kita berkenalan dengan Chelsea Fc. Lebih manja dipanggil The Blues atau pon The Pensioners. Ok, bila ditafsir secara melulu kita akan memikirkan nama2 manja mereka seakan-akan "orang tua dah pencen yang minat blue." Tapi pemain-pemain chelsea ni memang suka buat onar berunsur2 blue jugak. Dan rata2 pemain mereka pon dah tahap kuda tua dan boleh pencen dari bolasepak.


Nama saintifik rasmi Chelsea di Malaysia ialah Chelsex, Chelshit, ChelSEE?, chedet dan Chehsea.

Senarai pemain yang dibanggakan mereka:

Dari kiri: (LeftMidfielder) Malouda, (Stricker) Anelka, (Midfield) Lampard, (Defender, Captain, Suka bini orang) Terry, (Stricker, Diver) Drogba, (Defensive Midfielder) Essien, (Leftback, Gila sex) Ashley Cole.






bersambung. hehehe.

Saturday, April 24, 2010

Hapdet

Hai.

Salam subuh.

Baru-baru ni aku kena tag. Bukanlah baru sangat, semalam je. Tapi Cik Senah, aku tade kamera, jadi tiada gambar, tiada tag lah kan? Maaf. Tapi jangan risau, esok lusa tulat aku buat. Horait? Keh3.

Aku memang lapang sepanjang minggu ini. Macam haram. Kelas aku 4 jam seminggu, apedehal, mesti lah banyak gila masa free. Jadi, aku bercadang-cadang nak kerja separuh masa mulai minggu depan. Aku harap dengan rupa dan gaya yang ala kadar ini dapat memikat hati bos-bos untuk bagi aku kerja. Gaji 3,4 ribu da ok la tu?

Duit aku bagaikan peluh mengalir di sauna. Tak tahu camne nak kawal keboroisan aku ni. Tapi aku dah mula belajar berjimat cermat iaitu makan sekali sehari. Bagus untuk poket dan perut aku. Horait?

Seperti korang sedia maklum tapi buat-buat tak maklum, aku dah ada formspring. Ramai dah terpengaruh dengan kegiatan terbaru aku ni. Apedehal, best kot buat benda-benda alah macam ni. Tapi gejala anon memang menguji tahap keimanan ini. Selamba je kutuk-kutuk aku. Tapi nasib baik aku ni bukan fan group sikit-sikit nak tacing, jadi kutukan itu aku anggap satu gurauan cilaka. Aku jawab je. Tade hal la.

Mengikut ramalan bintang, aku dapati Manchester United mempunyai tahap kesinaran yang tinggi untuk memenangi BPL musim ni. Kepada Chelsex fan, simpan sahaja harapan korang tu. Kepada Arsenal fan, tiada ucapan. Sebab memang loser.

Glory Glory Manchester United!~

Sunday, April 11, 2010

Transformasi

Seperti yang diduga, Real Madrid kalah lagi dengan Barcelona. Loser tak loser, memang hampeh la Real Madrid ni. Corak permainan kelam kabut dan membosankan. Lagi tambah membosankan ialah replay yang berjuta kali untuk setiap aksi. Serabut!

Sebagai pemerhati bolasepak yang tegar, aku nak bagi pendapat bagaimana Real Madrid boleh ditransformasikan skuadnya supaya memperoleh team yang mantap dan tip top.

  1. Jual pemain yang kaki kerusi dan pemain yang bodoh bongok lembab sampah tidak berkualiti seperti Garay, Van Der Vart, Drenthe, Benzema, Marcelo, Arbeloa.
  2. Hasil jualan, boleh digunakan untuk membeli player baru yang lebih berkualiti. Memang tak kan cukup dengan hasil jualan, tapi tape, kan Real Madrid banyak duit. Beli defend yang reflek otaknya tinggi seperti persis2 ferdinand pon orait jugak.
  3. Carilah jurulatih yang ada corak permainan sikit. Ni semua kelam kelibut. Passing asal sedap je. Tiada taktikal langsung. Kalau nak dibandingkan dengan Barca, memang jauh beza la.
haa.. Dah malas nak fikir sebenarnya. Hehe.

Monday, March 22, 2010

Kenangan Lama

Bila aku buka almari trofi aku, aku terjumpa satu gamba lama. Rindu lah.



Teringat kenangan bersama Abang Ron.



MUFC - Arrogant and Better

Sunday, January 24, 2010

Saya Cinta Kamu Bola.

Hai.

Petang2 camni memang best main bola sepak kan? Dah lama sangat aku tak menggelecek,menyungkit, menackle, melipat, menanduk, mendada, menyekor bola. Apatah lagi menyeleberate gol yang dijaringkan. Kali last aku main bola sepak ialah 2,3 minggu lepas ketika team aku kalah time suku akhir organizer cup – cup saguhati setelah tidak layak ke Pusingan kedua Uniten Cup. Macam liverpool la. Tak layak pergi Pusingan kedua UCL, dorang main Piala Eropah. Aku teringat game tu kami ketinggalan 3-0 1st half. Tapi dengan intergriti dan semangat muhibah yang tinggi, kami hampir menyamakan kedudukan, namun gol ketiga dibatalkan atas alasan kanak2 pengadil, iaitu offsaid. “Great game be” kata beberapa orang penonton. “ganah sek2 mu mae, sket lagi da bule jadi jogho” speaking salah seorang dari penonton berkenaan. Atas dasar 1malaysia, aku sangat paham dialek berkenaan.

Kembali kepada bola. Ya. Laki kalau tak pandai main bola, kena kaji balik kelakiannya. Maybe tiada bola yang seimbang mungkin? Atleast kalau tak pandai main, bushuk2 pon kena minat ar bola. Kalau langsung tak minat bola, sila kerja jadi maknyah kat belakang celcom kuantan. Di situ mereka minat2 berbicara mengenai membuang bola mereka.

Di Kuantan indah nan permai ni, aku suka main bola kat padang taman gelora – berhampiran dengan Teluk Chempedak. Bermain dengan budak2 kampung yang kurang kerempitannya, serta nelayan2 yang berbadan kekar, memang menguji skill,kredibiliti serta kesabaran dalam menghadapi cemuhan. Disini penuh cabaran. Mereka bermain pantas tapi tanpa strategi yang matang. Ala2 arsenal dorang main. Cam budak sekolah. Dari segi fizikal, ada yang tough macam Drogba the diver. Sekali body contact, pemain lawan tercampak 2,3 ela. Mungkin disebabkan badan aku macam Wayne Rooney, aku boleh seimbangi serangan fizikal mereka. Tak perlu dikaitkan dengan liverpool, sebab totally loserpool. Di padang sumbangan kerajaan negeri ini, kondisi padang memainkan faktor penting. Amat penting untuk mengetahui dimana rumput, pasir, atau pon lecak. Kalau salah slide, berdarah lutut serta rasa macam berdarah beku dibuntut. Sebagai pemain profesional, perlu dititikberat kan stat kasut bola anda. Kalau salah pilih, kejap lagi bila sepak tergelincir, jatuh bergoleklah alamatnya.

Itu sekarang lah. Kalau dulu2, time aku kanak2 riang, aku main bola dekat depan rumah je. Main dengan jiran2. Padang tak besar, besar macam court futsal je. Tiang gol pon pakai selipar. Ada sekali tu pernah jadi kreatif, nak wat tiang gol. Tapi sekali rembat, terus patah palangnye. Kuat betol budak2 ni rembat. Team kami hebat jugak. Dapat masuk semifinal pertandingan kawasan alor akar dan sekitar, dan kalah penalti. Yang aku ingat, jiran aku angah kecewa 2,3 minggu sebab tak gol penalti. Hehe. Team kami penuh player berbakat besar. Yang paling tua antara kami ialah Zhafir. Kitorang panggil dia Along. Dia memang hebat. Kami tak perlu ada midfield pon, dia jadi midfield ngn striker sekaligus. Dari bawah padang gelecek sampai belakang tiang gol. Kalau bukan lelah, aku rasa dia da main Liga Super sekarang ni. Ada seorang ni, Hizri. Dia adik kepada angah. Kami panggil dia uteh. Dia pemain paling kasar dalam kawasan kejiranan tu. Sekali dia tackle, kalau tak terseliuh kaki, berdarah lutut,pastu mesti bergaduh. Penjaga gawang kami nama dia pejal. Die hebat keeper. Macam spiderman. Setakat gol besar 4 langkah tu, selamber je dia dive. Hebat! Tapi dia suka memberontak. Dia kata dia nak jadi striker. Tapi aku time tu kan budak2, aku kata kat dia, kau hensem bila jadi keeper. Terus dia jadi keeper sepanjang masa. Aku pulak camne? Haa. Time tu aku dah matang. Mungkin sebab banyak membaca ujang dan selalu curi2 dengar orang tua bercakap. So, aku sentiasa jadi kapten. Aku lantik diri aku sendiri. Biasa ar. Aku seponsor bola, diktator ar sikit. Kelebihan aku, aku kuat rembat dan bola aku curve macam bola Beckham. Tapi time tu, budak2 ni kuat rembat jugak. Bila dorang rembat kuat sikit, bola masuk longkang besar. Game terpaksa berhenti ar, nak turun ambil bola. Longkang besar woo. 2.5m dalam, 10m lebar. Itu time kami masa kecik. Sekarang masing2 dah besar panjang. Jarang berhubung dan tak serapat dulu. Sedih gila aku.

Tapi perjuangan aku dalam bola sepak tetap diteruskan. Disebabkan aku fokus kepada belajar, dan tiada kesempatan lagi nak ceburi bidang bola sepak profesional dan jadi pemain terbaik Asia atleast, aku teruskan perjuangan aku dalam bentuk sokongan. Banyak game malaysia aku turun tengok, dan game pahang, kalau ada geng, aku pergi juga stadium. Tak rugi. Walaupun aku tengok dorang main kadang2 macam sarkis, tapi aku rasa dorang lagi hebat dari aku. Game 1st aku tengok kat stadium musim ni ialah game Selangor lawan Pahang (team muda). Kalah 4-0. Tape. Time ni kasi can la kat selangor. Next time, Tok Gajah akan mengamuk!

Yeyeah!

Saturday, November 21, 2009

Pfftttt!!


haihh. kecewa gila aku petang td. disebabkan kecuaian aku. aku kerugian besar minggu ni. minggu yang patutnya aku kaut untung gilak-gilak punya. tapi disebabkan lalai,leka,cuai dan kata-kata yang seumpama darinya, aku telah merana. merana yang menyebabkan kekesalan berpanjangan.
kekesalan yang menyebabkan aku berulang2 kali menepuk dahi aku. Berulang-ulang kali menepuk dahi menyebabkan aku pening. Pening menyebabkan aku kurang waras ketika ini.

Mahu saja aku carutkan didalam hati. Kenapa kau tutup cepat sangat bodoh?? Bukan patutnya pukul 7 ke? ke itu untuk tahun lepas? keliru aku keliru! ahh..! mendidih betul hati aku.

Aku cuba bersabar dan cuba mencari jalan penyelesaian. Hampa. Tiada apa lagi yang boleh aku lakukan. Sekali ia ditutup, tidak lagi akan dibuka hingga ke minggu seterusnya. Kesilapan kali ini memberi impak yang besar. habis. habislah aku akan ditertawakan. mungkin aku akan keciciran minggu ini. misi yang agak sukar untuk aku mengejar mereka nanti. kecewa.

Aku menadah tangan lalu berdoa agar aku tidak lagi mengulangi kesilapan ini lagi. habis la point aku weh. tak tukar lampard ngan van persie mmg cilake sungguh. dah tu everton,hull, ngn blackburn main 2x plak minggu ni..aduhh..rugi gile....!! cait!

Monday, March 23, 2009

kemana arah tuju kita?

fuh..berat untuk berbicara mengenai bola sepak di negara kita ni..ya..harimau malaysia yang kita (pernah) bangga2 kan suatu ketika dulu..

masih ingat pada mohktar dahari,ghani minhat,soh cin aun,atau santok singh? mesti ingat bukan? masih ingat pada hardi jaafar,hairuddin omar,atau amri yahyah? mesti tidak bukan?haa..mereka ini telah tidak berjaya mengembalikan kegemilangan bola sepak negara kita dulu..

yep..mmg rakyat msia ni emo bab2 bola..peminat2 bola mengharapkan pasukan bola sepak kita sehebat man united..masih marah bila kita dibelasah uae.atau pon kalah pada piala asia..tp ramai yang salah tafsir,kita hanya pernah layak pergi olimpik..bukan menang olimpik..piala dunia pon kte xpenah layak..jadi,jangan la mengharap yang bukan2 pada bola sepak negara kita ni..

tapi aku,sebagai peminat bola, ada pendapat aku sendiri..
-tv atau kerajaan selalu kata negara kita kekurangan bakat..hadoi..aku xsetuju bab ni..sebab msia ni penuh dengan bakat..cume x terima latihan yang betol je..kenapa negara kita boleh tewaskan negara2 eropah pada kejohanan bawah 12 umpamanya? tetapi dibelasah terok dengan negara yang same pada kejohanan bawah 21(skuad senior,jangan cakap la)?? kita ada bakat,tapi tidak pada latihan dan disiplin..
-latihan..ye.mmg kurang..amat kurang..ingat pada ujian kecergasan(aku lupe name) yang pernah dikenalkan dahulu? dikatakan ujian ini amat ketat,dan dapat pastikan pemain berstamina tinggi..tetapi ujian itu telah diselewengkan..dalam rekod fam,tidak penah ade pemain yang gagal dalam ujian tersebut(sumber utusan malaysia)..sume lepas..tapi bila main,pancit macam xpenah turun training!! aku rase kita patut anta pelatih2 bola msia ni ke kem askar..suh askar latih dorang ni,bru fit sket..
-latihan asas amat terok..bayang kan bagaimana hendak digelar pemain bola profesional,sedangkan tahan bola pon xreti..ape tah lg dengan sepakan melambung yang boleh keluar stadium..tanduk bola pejam mata..pemain msia juga amat terkenal dengan sepakan lemah ala wanita...macam xmakan nasi la weih..(atau terlebih makan nasi?) gaji tinggi,xkan training pon malas...
-xcukup training..aku selalu tgok pemain negeri turun training padang 5.30pm, balik kol 7.30 pm..2 jam je..padahal pasukan2 lain training lebih 6jam sehari..beckham berlatih sepak bola pon 2 jam sehari ok!
-xcukup disiplin..ok,kita senaraikan pemain bola manchester united yang smoking..ade? sorang dua..yang diketahui wayne rooney..die isap rokok,kecoh smpai masuk paper.. ok,kite senaraikan siapa pemain msia yang non-smoker? agak susah nak tahu kan..disiplin la weh!! itu belum campur diet makanan lg..
-jurulatih..mmg diakui,msia xbanyak sumber kewangan untuk menggaji jurulatih luar yang mantap..kalau amek guus hiddink,atau scolari,mau bankrap FAM nnt..jalan penyelesaian,kita kena amek jurulatih luar yang dapat bekerjasama ngn jurulatih tempatan..
-pengurusan FAM..bab ni taley sentuh lebih2,kalau kebetulan kantoi,nanti blog aku kne sekat..huhu..tahu2 sendiri la ye..
-program mencukil bakat kurang.paling terbaru program star soccer kat rtm1 yang sediakan platform ke chelsea..mane cukup mende nie..tapi usaha dorang ni harus dipuji la..mane myteam?senyap jek..KJ busy kempen kot..opss..sume kena dari akar umbi la..daerah2,skolah2 sume kene terbabit..mak bapak kne bagi sokongan la..beria2 suh xbagi maen bola semata2 suh belajar,tapi kalau xmenjadi belajar tuh,last2 jadi rempit..bazir je..huhu
-terlalu banyak anasir luar dalam bola sepak.sudah2 la politik dan judikan bola..itu je..
-itu pendapat,atau pemerhatian aku..aku taw korang lagi taw dari aku kan..so,kita renung2 kan je la..

same2 kita renung2kan dan selamat beramal!

Wednesday, December 17, 2008

uniten cup~

UNITEN CUP.. da jadi topik paling hangat bagi budak2 lelaki uniten-generates professional..aku pula sebagai pemain ternama(?) Ash United, rasa la suspen2 gak untuk beraksi..gila ah kalau tak cuak, semua mata memerhati ronaldo malaysia nak beraksi di kejohanan ulung2 kali diadakan ni taw..
Jadual bagi team aku kali ni seperti berikut..:

Sunday, December 21, 2008
Time: 8 am Venue: CoIT Match: Ash United vs Urawa Reds

Saturday, December 27, 2008
Time: 5pm Venue: Stadium Match: Atletico Madrid vs Ash United

Friday, January 2, 2008
Time 5pm Venue: ILsas B Match: Geylang United vs Ash United

Marilah kita semua datang memberi sokongan kepada team saya k..gambate~

Thursday, August 21, 2008

Dah penah jadi da laa...

tibe2 je aku ade idea utk menulis dalam blog nie..tah sape yg merangsang aku..kan amir? cess..

ye tuan2 dan puan2, sebenarnye..manchester united(penyandang juara dan merupakan juara berturut2 selama dua tahun terakhir nie..) sedang berusaha utk membuat jurang besar bg awal musim ni, sekadar utk menyerikan liga perdana barclay tahun ni..ini sume atas permintaan FA sendiri..kerana jika man u leading terlalu awal,amat sukar bg utk pasukan yg 'berpotensi' seperti chelsea fc utk merebut kejuaraan..bak kate org timur 'kang kempunan'..

hakikat sebenar, musim lepas pon Fa da mntak man u buat cmni..kalo kte lihat, pada awal musim, man u cume berada d tangga ke 6-8..selepas beberapa perlawanan,kte nampak man u mngejar satu persatu pasukan d atas liga,dan akhirnye, menjadi juara secara dramatik..Fa melihat kejadian ini menghasilkan fenomena dlm BPL apabila mncatat penonton yg mendadak..so..dorg pon bt la skali lg taktik mcm nie musim ni utk menjadi kan liga ini kelihatan lebih berdaya saing..

so, sudah diketahui kenapa man u beraksi hambar di awal musim ni..lg pon bak hero tamil, hero kalah dlu, baru menang di akhir cerita..tetapi penyokong chelsea jgn lemah semangat..kemungkinan man u melepaskan tahkta tetap ade kerana Fa mungkin akan meminta man u utk kalah kerana penonton akan cepat bosan jika man u asek menang je..xrefomasi la bak kate PKr..hehe

p/s: ronaldo tade pon tape,sbb man u penoh dgn bakat..cume ruang je kurang sket..cik kiah aku pon tataw..ko tnye la die sdri..haha

Tuesday, August 19, 2008

ape nak jadi? ape dah jadi?

apa nak jadi dengan ppenyandang juara EPL iaitu xlain dan xbukan, manchester united.. per;awanan pembukaan season baru seakan-akan menunjukkan pasukan ini sudah hilang sengatnya.. dah xmampu untuk menundukkan sebuah pasukan yg bergelar newcastle united.. tp bak kate penyokong2 man u, awal lagi, rilleek...! ya, itu lah yg diluahkan oleh depa nih..

kita lihat pula pasukan yang sememangnya idamkan kejayaan dan patut dijadikan contoh oleh pasukan2 lain yg ingin berjaya. Pasukan yang sememangya gah membawa nama Chelsea FC unggul pada perlawanan pembukaan dengan kemengan 4-0 terhadap portsmouth! inilah pasukan yang bakal bergelar juara.. yang tidak menagguh-nangguhkan untuk mengumpulkan mata liga.

anda sebagai manusia waras seharusnya dapat berfikir dengan baik, manakah antara dua pasukan ini yang paling layak untuk bergelar juara untuk musim ini... .. sekian...

ps/ orang kata man u tak menang sebab xda ronaldo dan teves, tp RING nak kata, potpet port ni cam sunyi, mana cik kiah? mengape name dia da xda dlm list blogger untuk blog ini? cik kiah, sila jawab! mat potpet, sila rungkaikan persoalan ini..

Tuesday, June 24, 2008

pengumuman la sket!

dengan ini..sy muhammad safwan syafiq mngisytiharkan telah mnjadi PENYOKONG RUSSIA!! tgk la nnt...jgn nanges suda...hidup soviet!!huhuh

Monday, June 23, 2008

tarikh 22hb june~

sume org taw semalam spain HANYE MENANG PENALTI jek..so..org taw la kan..penalti ni NASEB je..adalah telah dicatat di berita harian kelmarin..italy mmpunyai malang pade tarikh 22hb jun..mereka kalah di world cup 1988 pade tarikh yg same..n mcm2 kekalahan pade tarikh yg same..myb org kate kebtolan..tp nk wat cmne..kebetolan jatuh pade tarikh smlm juge..bayangkanlah semalam punye perlawanan walaupon dikuasai spain(same cm barca maen) tp byk percubaan hampir gol dilakukan oleh italy(sape setuju?)..malah ade yg mmg sket lg nk gol tp hanye terkena kaki iker casillas..naseb~ ape ley bt..spain LEBIH BERNASIB BAIK semalam..'tahniah'!!

apa sudah jadi?

apa sudah jadi dgn ITALY? :P
dgr cite cm juara euro tahun ni ek safwan hahaha

tula i told u b4, italy won't make it.but...yeah u know la, im just a girl, with less knowledge about football to be compared with u guys. so my words were considered as, what ha? pointless?

well, think i shudn't say much, im afraid i would break italy's die-hard fans' hearts for a 2nd tyme today:P


yeah, enjoy ur lost-day. and please accept THAT my spain will definitely make it to the FINAL.thanx~