Showing posts with label cerita aku. Show all posts
Showing posts with label cerita aku. Show all posts

Sunday, June 5, 2011

Selamat Hari Jadi Anis Azhani

Dulu masa tahun 1990, masa ni aku baru umur 2 tahun 2 bulan 28 hari, seorang bayi comel keluar ke bumi yang nyata. Masa tu berat dia hampir 20kg(tipu).

Setelah genap 21 tahun dia dah membesar menjadi gadis yang comel pulak(tak tipu).

Dah hampir setahun aku dengan dia. And yet, hari-hari aku rindu dia. Dia ni degil tapi banyak jugak dia ikut cakap aku. And aku rasa aku tak pernah sehappy ni dengan someone. And aku harap kami ni berkekalan.

Perangai aku memang banyak ragam. And dia buat aku ubah ragam aku. Walaupun tak semua, tapi perlahan-lahan dia bawa aku ke arah positif. And yes. I need you.



Selamat Hari Jadi Anis Azhani. :)


Cerita Jun

Hari ini chief Iblis panggil meeting. Disuruhnya juak-juaknya memanggil seluruh jentera dari ketua cawangan hinggalah ke ahli akar umbi.

Di atas pentas keramatnya, chief Iblis bersama timbalan satan satu dan timbalan satan dua duduk dan berbisik sesama mereka. Ahli-ahli mula mengambil tempat masing-masing, manakala ketua cawangan masing-masing mengipas exco-exco pemuda, literaly i mean. Ada hati nak naik pangkat cepat letteww.

Keadaan yang hingar seketika akibat dari rasa ingin tahu ahli akar umbi mengenai tujuan musyawarah ini diadakan menyebabkan Pengerusi Majlis bingkas bangun lalu bertempik.

"DIAMLAH SETAN! "

Semua terkatup mulutnya, terus sahaja duduk tanpa bergerak hatta menggoyang ekor sekalipun. Hanya segelintir ahli-ahli Majlis Tertinggi sahaja yang otai masih lagi sibuk membetulkan kedudukan perut yang boroi ketika duduk.

" Dipersilakan chief yang kita sayangi Iblis Laknatullah tampil memberi sepatah dua kata sekaligus menerangkan kepada kita kenapa musyawarah kali ini diadakan." lantang suara Pengerusi Majlis berkata-kata lalu disambut dengan tepukan gemuruh oleh satan-satan sekalian.

.........


" Wahai satan-satanku yang dikasihi sekalian. Tujuan gua panggil lu orang datang kemari untuk memberi pencerahan dalam misi terbaru kita. Seperti lu semua sedia maklum, kita tinggal dua bulan lagi untuk merdeka. Ya! Dua bulan lagi!" kedengaran ucapan chief Iblis lalu disambut dengan suasana cemas oleh para satan semua.

Kebanyakan dari mereka tidak sedar atas perkara yang dihighlightkan oleh chief Iblis lantaran dari kesibukan bekerja seharian.

" Gua tahu lu orang semua malas bekerja kebelakangan ni. Mentang-mentang cucu cicit nabi Adam sekarang lebih kurang kita perangainya, tak bermakna kerja lu orang sudah habis. Cittt! Lu jangan fikir tiada siapa report kat gua lu orang duduk menunggul di kawasan dun masing-masing perabiskan income tiap-tiap bulan buta-buta je. Now gua nak lu orang pertingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi! Gunakan 2 bulan ni sebaik-baiknya. Kalau boleh gua nak lu orang tanam kat hati mereka nafsu makan, nafsu serakah cukup-cukup. Bagi time siang bulan RAMADHAN nanti hasilnya meletus-letus. Ingat tu semua! Dah. Korang boleh gerak. Jangan lupa salam dengan senior-senior bila nak blah! GERAK!" jerit chief Iblis tanpa gagap sikit pun.

Masing-masing bersurai sambil mula membelek buku Maksiat 101 dan Advance Human Greed 12th edition.

Saturday, May 7, 2011

I never let you go.

Semenjak dua menjak ni, aku rasa aku dah berjangkit dengan si Ring. Sebulan sekali je update. Cilakak betul.

Sekarang aku dah mula sedar atau mengaku pada diri sendiri yang aku ni manusia jenis yang sukar nak let go something. Kalau tak paham jangan khuatir sangat, biar aku bagi pencerahan sedikit.

Yang dimaksudkan dengan Let go something, aku susah nak lepaskan something tu pergi. Contohnya, aku susah nak jual barang yang aku dah guna. Contoh kepada contoh aku tadi ialah, walaupun aku dah banyak kali tukar telefon bimbit, aku tak pernah jual/trade in telefon bimbit lama aku. Sama ada aku simpan, atau pun aku bagi awek (dulu) pakai. Masa nak tukar telefon tu pun rasa berbelah bagi, tapi bila dah pakai, rasa taknak dah pakai yang lama. Hehe.

Selain tu, ayah aku dah banyak kali tawar aku beli laptop baru. Dia bagi syarat, jual laptop yang aku guna sekarang. Fuhh. Berat hati. Walaupun laptop aku ni dah 3,4 tahun pakai. Walaupun laptop ni dah tahap kritikal panas sampai kena pakai kipas angin speed 3 baru boleh sejuk, tapi aku rasa berat juga nak tukar kepada yang baru. 1st, aku rasa sayang. 2nd, keyboard ni ngam2 dengan alunan jari aku bila menaip. Dalam gelap pun steady je taip laju-laju. 3rd, laptop ni yang buat aku pro PES. Setakat si Heroiczero tu selamber je tapau. 4th, laptop ni tak pernah buat hal macam stuck ke, tak boleh on ke, walaupun dah jatuh banyak kali. Damn, kalau kantoi kat future customer kat mudah, mesti harga down gila.

Laptop ni steady. Setakat air tumpah sikit-sikit tu, relek je keyboard boleh guna balik. Setakat kabel plug tercabut tu, relek je on balik tak hang pape. Steady.

Fuh. Panjang lebar aku puji laptop sendiri. So, lepas ni boleh jual kot?


HEHEHEHE.

Monday, April 18, 2011

True Beauty

Dulu aku pernah tengok rancangan ni kat astro. Boleh tahan lah menariknya. Tapi aku tengok 1,2 episod je kot. Tade masa sangat nak tengok tv selain tengok bola hujung minggu. Rancangan ni pada asasnya tujuan dia nak cari siapa yang cantik pada hati, bukan pada rupa.

So, aku rasa aku ni fail bab-bab camtu. Kalau fikir-fikir balik, rajin juga la aku menolong orang yang eksiden ke, OKU nak melintas ke. Tapi bila pagi tadi, buat aku fikir yang aku sebenarnya fail bila ujian tu di'twist' sikit.

Pagi tadi, aku tengah tunggu kakak aku tengah berurusan dengan bos dia kat pejabat dia dekat Wangsa Maju. So, nak habiskan masa dari pukul 9.30 sampai pukul 2, cara terbaik ialah tidur dalam kereta. Pagi-pagi lagi aku dah tempuh jem sejam lebih, so, ambil masa untuk rehat la kan.

Dalam pukul 11 camtu, aku terbangun. Panas gila dalam kereta. So, aku start enjin, dan pasang air cond. Sejuk balik. Tengah-tengah menyejukkan badan tu, aku nampak seorang perempuan cina yang da berumur lebih kurang 60-70 tahun kot dari rear mirror kereta aku. Dia cam perhati je aku dari belakang kereta. Dia jalan slow-slow dengan bertongkat tiga tu. Dari cermin tu, aku nampak la dia dari tadi panggil-panggil orang kat sekeliling dia tapi semua buat bodoh je. Sambil-sambil panggil tu, dia masuk tangan dia dalam seluar, dan garu-garu celah kangkang dia(kot). Fuck. Geli siot.

Then dia buat muka serius je pandang kereta aku. Aku time tu fikir dia nak kencing kat kereta aku ke apa. Slow-slow dia lalu tepi tingkap kereta aku belah kiri. Sambil lalu, dia ketuk-ketuk panggil aku suruh keluar. Aku buat muka "haa?" sambil check pintu da kunci ke belum. Shit, cam cuak juga takut dia mengamuk hentak cermin kereta aku dengan tongkat dia tu.

Lepas beberapa minit aku buat muka blur, dia blah. Tiba-tiba dia panggil seorang brader kat seberang jalan. Brader tu datang and cakap dengan perempuan cina tu. Dia macam mintak tolong something and terus brader tu kata "Boleh-boleh."

Serentak dengan tu, aku rasa cam malu dengan diri sendiri. Baru kena uji sikit, aku dah tak sanggup nak tolong. Time tu aku rasa macam sucks gila. Dalam masa sama aku cam puji brader tu yang sanggup tolong cina tu tanpa rasa prejudis. Haish.

Sambil mengenang rasa malu pada diri sendiri tu, aku matikan enjin dan fikir-fikir nak buat ape selain terperap dalam kereta. Selang seminit, aku keluar dari kereta sebab tak tahan panas dan nak ke maple berdekatan. Sambil lintas jalan tu aku toleh ke belakang dan nampak cina tua tu still ada kat tepi jalan tu tengah mengomel sorang-sorang, and brader tu dah blah hilang entah ke mana.


Cilakak.

Thursday, April 14, 2011

Makan Duit.

Dah selalu aku dengar tentang orang makan duit ni terutama duit sewa rumah. Bukan nak tuduh la. Tapi memang ada. Apa jenis orang pun tak tahu.

Dulu rumah sewa aku ada seorang mamat ni pungut untuk duit sewa rumah. Masa tu sewa rumah kami murah je. Dalam rm560 sebulan. Campur dia, kira bahagi dengan 9 orang, so, kalau ikut matematiknya sorang bayar lebih kurang RM62.22 la kan? So, setakat nak pungut rm62.30, atau rm 63 tu kira boleh la halal. Tapi ni pungut sampai RM65. Bukan nak berkira. Tapi kalau dah sampai lebih rm2.70 sorang, kalau 8 orang dah ada balance RM21. Amboih. Banyak tu beb kalau tiap-tiap bulan nak tibai camtu. Tengok gaya dah alim dah. Boleh pulak makan duit.

Yang rumah sewa Anis pulak, aku syak something. Rumah tu dulu ada perempuan ni duduk. Dia dengan geng2 dia lah. So, bila dorang keluar rumah tu, Anis ni masuk la ganti dorang Disember haritu. Tulis kat iklan, disediakan TV dan perabut2 lain. So, yang tukang pungut sewa ni salah seorang dari perempuan2 tu. Alih-alih, tak sampai 2,3 bulan, minah tu bawak balik TV tu. Alasan dia punya. Kalau dah tahu TV tu kau punya, buat apa nak tulis dalam iklan? Lagi satu, dia dah keluar rumah tu, tapi duit sewa rumah bulan-bulan, still kena bank in kat dia juga. Tak tahu la apa motif. Bukan dia duduk rumah tu dah. Lagi satu, dulu kata sewa rumah ni, tak perlu bayar deposit, sebab ape tah. Now, dia minta balik deposit tu. Alasan sebab duit dia yang bayar deposit rumah tu. Bukan sikit bai, RM1600. Yang pelik, dia kata duit dia sorang pulak dah. Kaya betul bayar deposit sorang-sorang. Dulu cakap lain. Bila Anis dan budak rumah dia tanya pasal tuan rumah, contact number semua, dia berkeras taknak kasi. Tak macam ada udang sebalik batu ke?

Bukan apa, sekarang ni pasal rumah sewa kena jaga-jaga sikit. Kena tahu mana duit pergi, kat siapa kita bayar, betul ke tak tuan rumah dibayar. Baru-baru ni dalam suratkhabar ada satu berita pasal sepasang suami isteri tipu beberapa buah rumah. Kononnya dorang ni pungut duit sewa untuk tuan rumah. Tapi last-last kantoi sebab tuan rumah tanya kat penyewa2 tu, kenapa dah 4,5 bulan dah tak bayar sewa. See. Dunia sekarang macam-macam. Jangan bulat-bulat percaya dekat orang lain. Atleast kena ambil tahu dan siasat mana pergi duit kita.

Siapa-siapa yang duk makan duit orang tu, fikir-fikir lah sampai bila nak makan duit haram. Sekarang nikmat la, untuk berapa tahun sangat kau nak bermewah dengan duit orang. Kat neraka tu lebih 1000 tahun kau nak hadap azab api neraka tu. Nauzubillah.

Thursday, April 7, 2011

Monday, March 28, 2011

Battle of Los Angeles lah sangat.

Baru-baru ni aku ada muat turun satu movie. Pehhh. Ada Battle of Los Angeles DVDrip.

Ni dah kira bagus! Advance betul. Biasa ada yg TS je. Muat turun punya muat turun, siap je terus aku mainkan.

teettttt!

Cam gampang. Rupanya yang version parody aka fake(bagi aku). Rating kat IMDB pon 2.1 je. Worst!

Cam sial. Patut la pelakon dia cam lain dari yang aku tengok kat trailer. Membazir masa je aku muat turun.

Sampahhhhhh!

Saturday, February 19, 2011

Awan Nano

Aku pun tak tahu apa maksud dia. Awan kecik kot? Nano=kecik? Damn.

Shit. Aku kena speed trap masa nak pergi kelas haritu. Pecut dari KLIA memang bawak padah. Tapi laju mana la Kancil aku ni. Lebih sikit je dari halaju(kot).

Tapi sistem sekarang ni cam bangang. Apasal la nak tukar-tukar kadar diskaun saman tu ikut tarikh pula. Macam la speed aku kena trap harini, esok da sampai surat saman. No no no no never. Mungkin paling cepat 2 minggu. Mungkin sebulan. Dan paling lambat pun kiamat. Nasib baik la aku tergerak hati nak check saman kat internet sebab sekarang kecoh-kecoh dekat surat khabar pasal saman punya promo nak habis.

Siapa-siapa yang rasa cam terkena dengan menda alah speed trap ni, boleh check dengan method ni: POLIS SAMAN ABC1234 [email] dan send ke 32728. Cas 50 sen sekali message masuk.

Aku harap 'sumbangan ikhlas' dari aku dan rakyat dapat membantu PDRM menambah kereta lancer untuk kegunaan rondaan harian dan juga pecut sekali sekala sambil pasang siren tanpa tujuan.

Sunday, February 6, 2011

Pubis sama gelap, tapi hati lain lain

Setiap manusia ini dijadikan dengan kod yang berbeza. Ada yang ini, ada yang itu, ada yang iniitu, ada yang ituini, ada yang iniini, dan ada yang ituitu. Macam-macam.

Bagi aku, tak perlu tunjukkan diri tu lebih dari orang lain, kerana orang lain yang kita rasa kurang itu ada sesuatu yang lebih dari segi lain dari kita. Mungkin lebih panjang? Lebih besar? Atau pun bulu lebih? Kita tak tahu.

Yang perlu kita lakukan ialah menerima kekurangan seseorang. Kekurangan ini kadang-kala hanyalah dari sudut pandangan kita. Mungkin bagi diri mereka, itu hanyalah normal semata-mata.

Ada manusia dilahirkan dengan kebolehan menerangkan sesuatu dengan ringkas. Bagi ayat sepatah dua kata, tapi orang lain boleh paham maksud yang nak disampaikan. Contoh bagi aku adalah blog Hilang Punca. Cerita pendek-pendek, tapi ramai paham apa yang dia nak sampaikan. Kadang-kadang aku rasa dia tak terfikir pon, tapi orang lain tafsir berjela-jela.

Ada manusia pula dilahirkan sebaliknya. Terang panjang lebar, tapi orang lain tak paham juga. Contoh macam lecturer aku. Tulis blog panjang-panjang, tak tentu orang boleh paham apa aku nak sampaikan. Tulis pendek-pendek, memang orang tak paham terus. Kadang-kadang memang tiada apa pun yang nak aku sampaikan. Sekadar menaip tanpa tujuan.

Mungkin orang lain beranggapan itu adalah satu kekurangan aku, tapi bagi aku, itu adalah normal. Dan mereka yang anggap sikap aku ini menjengkelkan, sila terima apa yang kamu anggap kekurangan ini. Kalau rasa ego/tak boleh/taknak/tak terfikir/tak ingin terima langsung kekurangan ini, sila cuba untuk terima juga, atau pun bagi peluang untuk aku baiki. Kalau tak boleh juga, boleh close tab aku dari hidup korang dan biarkan aku dalam history dan bila-bila masa senang boleh clear history serta cookies.

Bagi aku, penerangan tu bagus. Ringkas itu juga bagus. Tapi manusia itu sendiri complicated. Sebagai contoh, bukan semua benda aku suka cerita panjang lebar. Sebagai contoh, ketika meminta sesuatu atau memberi arahan. Aku lebih cenderung untuk memberi sesuatu penyata yang lebih ringkas dan tidak menerangkan maksud sebenar tindakan itu diambil.

Contoh: Kau tunggu sini, jangan gerak.

Mungkin orang yang aku suruh tu pelik dan bereaksi: "Kenapa pula aku kena tunggu sini." "Eh suka hati aku la nak gerak." Atau pun "Kenapa tak boleh gerak, ada apa kat depan tu?"

Aku dah terbiasa bila selesai semua, baru aku cerita kenapa kena tunggu situ, kenapa jangan gerak, kenapa dan kenapa semua diterangkan. Itu aku kata manusia seperti aku ini complicated.

Akhir sekali, jangan kata entri ni adalah kekurangan aku. Mungkin kamu semua tidak paham apa yang ingin aku sampaikan, kerana tidak semua yang disampaikan berkaitan dengan diri kamu. Si A tidak akan paham apa yang aku tujukan pada Si B. Begitu juga dengan C, D, dan juga E. Hanya B sahaja yang dapat memahami. Itu pun kalau si B ambil tahu.

Kesimpulannya, jelas sekali, pubis sama gelap pun, belum tentu hati semua sama.

Friday, January 21, 2011

Malam jumaat + Bulan mengambang

Shit. Malam ni memang true. Tengah-tengah aku belek PC member aku, aku terbuka satu laman web. Spookycorner.com. Baca punya baca punya baca, baru aku tersedar yang malam ni malam jumaat. Dah la time aku parking kereta tadi bulan baik punya mengambang.

Damn. Cerita hantu. Dah la minggu ni aku layan cerita hantu je kat wayang. Khurafat, Ngangkung(?), Season of the witch(bukan cerita hantu, tapi pasal lawan demon. haha) dan malam tadi aku layan cerita Paranormal Activity 2. Mood horror orang kata.

Okeh. Berbalik kepada laman web tadi, aku rasa cerita hantu terbaik datang dari salah seorang pengomen. Biar aku restory balik kat sini.

HI there… UTIM…hheheheh .. sure happens…. it happens to me…. i wasin science applied course.. my hostel is in C3 – meaning Cempaka campus in Uitm shah alam.. i think stress of exam.. i was restless..couldnt get to sleep… in C3 its like a long narrow dorm.so we have the bed against the wall facing the tall closet and by the window we would have our long study table…

at that nite.. around 3am.. i woke up..listen to a gurl voice that i cannot even recognize at all…i can hear flipping of papers.. but it was dark!!!..but still i can see because of the street lights in front of our dorm… i listen carefully at her voice.. right infront of my bed.. meaning she was sitting at my desk.. i was wondering.. who was it…suddenly she said…. ” susah lah soalan ni…saaaaapppeer blom tido ek??” followed by giggles…. it really freak me out… i got goosebumps all over…

i quickly covered my face with my blanket…i was shivering & sweating like hell..i can sense a figure in front of my face & breathing hardly in front of me..i couldnt dare to open my eyes & blanket. then i heard the chair …dragged from end to the other end.. i took a peep as it reach in front af my bed area..but i coulnt not see anything..( the street light was actually quite bright..it was our nite light)…

i didnt sleep untill morning…. the next morning i told one of my seniors.. then she revealed a story..my bed was double decker..on top..second end of the left room… the last bed..exactly against the wall ..the lower bed… a gurl student suicide becoz she was frustrated with her BF….she cut her wrist.. they realize when they smell blood & see pool of blood…no wonder my senior didnt allowed anyone to stay in that bed…

starting from that day.. i stayed at my mom’s where actually its near by itm… i was totally freakout… i cannot study i cannot concentrate.. i actually dismissed from applied science… then i continue in Uitm perak..the story continues… but not as bad as this…

just keep in faith in ur believing & God… everything would be alright….

Okeh. Siapa budak Uitm sila seram sekarang. Okeh. Tade la seram sangat. Tapi kalau tengah studi sorang-sorang tengah malam kat hostel, mau terus tutup buku ye dak?

Kalau ikut pengalaman aku, tade lagi la. Alhamdulillah. Dan aku amat harap aku takkan jumpa selama-selamanya. Siapa yang ajak aku mencari hantu kat rumah-rumah kosong kat Bukit Tunku dengan Highland Tower memang mengundang penapak dari aku.

Pengalaman aku paling teruk pon, member aku dan aku dalam perjalanan pulang ke bangi dari Shah Alam. Member aku tu la yang bawak kereta. Aku pulak duduk kat seat penumpang sebelah driver.

Time lalu hospital Serdang, tiba-tiba dia macam terkejut dan buat muka cuak. So, tanpa berlengah-lengah, aku pon join la cuak dia.

"Apehal woi?"

"Wei. Cuba ang tengok belakang, ada 'benda' "

Damn. Memang tak la aku nak pusing tengok belakang! Selow-selow aku tengok side mirror kereta aku. Memang la kalau ikut sudut pantulan, macam susah nak nampak seat belakang, tapi aku try jugak.

Nothing.

" Ada mende weh? Tade pape pon " celupar jugak mulut aku. Macam mintak ada 'benda' je kan.

Selepas 3,4 kilometer dari kawasan tu, member aku ni mula bukak mulut. Dia kata ada lembaga rambut panjang tengah duduk kat seat belakang betul-betul kat tengah. Tapi, lembaga tu tak menghadap kami, ia menghadap kebelakang. Tak nampak muka.

So, malam tu aku tidur rumah dia. Gampang betul. Memang tak berani la aku nak redah balik rumah aku sorang-sorang jalan kampung dia tu.

Cam sial. boleh pulak dengar bunyi ngupngap ngupngap member aku laga gigi time tidur. Baik aku tidur cepat. Chow

Friday, January 14, 2011

Nasib

Wow wow woww!

Dah masuk 3 minggu aku tak 'atas-tarikh'. Dan seperti yang aku jangkakan, nobody nobody nobody missing me. Aiyakk.

Esok aku ada paper. Calculus. Apa jadah dah sem ke 6 baru nak ambil calculus pon tak tahu. Apa jadah aku up entri time nak test pon aku tak tahu. Erk.

Hidup memang ada banyak dugaan. Dan banyak benda yang kita tak duga akan berlaku. Contoh macam semalam.

Semasa tengah sedap-sedap bawak kereta, aku nampak dari jauh lampu isyarat bertukar kepada merah. Keadaan jalan tu macam bentuk senyum, atau turun bukit then naik bukit. So, masa nak turun tu, awal-awal aku tekan brek, almaklumlah keadaan jalan agak basah.

Sedang-sedang molek membrek, tiba-tiba ada pajero dari lorong kiri mencelah depan aku. Aku apalagi, terus brek emergency. Setelah sliding sejauh 5-6 meter dekat curam bukit tu, aku dah rasa nak langgar dah pajero tu. Dalam fikiran aku dah terfikir kat cik awek, eh, dah terfikir kat mampus aku nak ganti rosak kereta. Mampus aku nak jawab dengan Encik Saaid. Shit. Aku nak pejam mata layan perasaan nak berlanggar tu, tapi tak boleh.

Tiba-tiba pajero tu tekan minyak secara mendadak, dan naik ke atas bukit. Damn. Aku berenti tak sampai 1meter belakang pajero tu. Jantung aku dup dap dup dap. Darah dah mengepam-ngepam naik ke kepala. Aku geleng kepala sambil memaki pajero tu. Bodoh apa masuk depan orang macam tu?? Selang seminit, baru aku teringat nak ucap Alhamdulillah. Hurm.

Aku rasa aku luck dalam bab-bab eksiden. Mungkin Allah nak tunjuk kebesaranNya kat aku. Aku je yang tak reti nak bersyukur. Dah banyak kali aku nyaris nak berlanggar dan dilanggar orang. Dan dilanggar orang tu dah masuk 3 kali. Aku tak pernah lagi langgar orang. Alhamdulillah.

Hidup ni memang tak didugakan? Pepatah lama sepanyol juga ada menyebut no la mala suerte. Dan aku setuju dengan itu. Kita kena bersedia sebab malang itu ada di mana-mana.

Sedap-sedap sepanjang hari kau bergembira dan bergelak ketawa dengan awek, tiba-tiba malam tu kau bergaduh dengan dia. Siapa tahu?

Sedap-sedap kau gelak ketawa main bola, tiba-tiba jatuh pengsan dan mati sebab kena serangan jantung. Siapa tahu?

Sedap-sedap kau sambung tidur time sembahyang jumaat jap lagi, tapi tiba-tiba mati dalam tidur. Siapa tahu?

Allah je tahu.

Wallahualam.

Thursday, December 23, 2010

Dah 23 Disember? wtf!

Kalau boleh, tajuk tu je panjang entri aku. Tapi macam da tulis status kat facebook pulak. Haha.

Damn!

Dah 23 Disember dah. Tade sepesel pon tarikh ni, cuma aku terfikir yang dah nak habis dah tahun 2010 ni! Arghh. Cepat betul. Lagi 2 tahun nak 2012. Lagi 2 tahun kita boleh gelak kat omputeh ngn kaum maya yg over konpiden pasal kiamat. :p

Sempena akhir tahun ni, pasni aku nak up entri sempena akhir tahun. Buat rumusan sikit pasal tahun 2010 ni.

Hm. Itu pon kalau aku rajin. Haha

Thursday, December 9, 2010

Sikit-sikit je.

Hye.

Disebabkan gian nak menaip tapi tiada idea yang menarik, aku just nak tulis pasal apa jadi seminggu dua ni.

Busy meh. Ulang alik sana sini untuk settlekan masalah-masalah kat Uniten. Sebagai pelajar yang kurang cemerlang, awal2 sem camni memang menjadi minggu busy. Nak add drop, nak g jumpa lecturer, HOD serta akak-akak pendaftar yang kadang-kadang tak kurang kimak kereknya.

Tensen.

Petang-petang kena turun padang. Tahun ni team bola semangat. Siap rekrut player-player baru. Aku pulak sebagai player veteran berpengalaman, mestilah bimbing, maki dan tunjuk ajar player-player baru, muda dan bergetah ni. Busy meh.

*dua tonggak utama

Selain busy-busy dengan hal-hal universiti, hidup aku turut dibusykan dengan hal rumah sewa baru aku. Baru je tadi aku da settlekan kemas-kemasan(touch up) terakhir kat bilik aku. Kali ni dapat bilik sorang. Nice and more privacy. Boleh tidur bogel selesa sikit. Kan? Nasib baik housemate aku kasi almari lama dia dan meja dia, so, jimat dah kat situ. Cuma tambah beli almari, kipas (thanks Ayah), rak kecik dan lampu meja yang agak berahi untuk tidur. Comforter serta barang-barang kat katil, rembat je kat rumah kat Kuantan. Hehe.

Tapi satu je masalah bilik ni. Cahaya tak masuk bilik. Gelap je sepanjang masa kalau tak bukak lampu. Aku selalu perasan yang aku bangun subuh, padahal dah pukul 12 tengahari. Tertipu I ok. Memang tak terganggu la tidur aku. Em, masalah ke ni? Hehe.

Okay. Cukup la tu. Sikit ape kalau dah panjang camni. Ye dok? Tulis panjang-panjang pon karang cik Anis dengan cik heroiczero komen pasal topik lain jugak. Hehe.


Tuesday, November 30, 2010

Malas

Bapak malasnye sekarang.



malas dalam segala hal.




Nak tulis pun malas. Haih. Bye

*malas nak layan perasaan malas ni.

Monday, November 22, 2010

Chocolatier

Cuti sem kali ni, aku cuti sebulan je. Eh. Tak. 3 minggu je. Kejap betul. Orang lain sampai 6,7 minggu. Target aku awal-awal nak kerja. Tapi disebabkan kedai banyak tutup seminggu time raya haji, Ada tempoh 2 minggu je untuk kerja, so, tade sape nak amek keje 2 minggu. Interview GSC pon tak dapat gak. So, cuti ni, kerja aku ialahhhhhhh :


Nombor 1st kot. Masa aku baru main, yang nama Wan tu nombor satu and level 20++. So, aku dan Anis tu start sama2. So, habis cuti ni, aku dah nombor 1, dan Anis nombor 2. Dan si Wan tu nombor 3. Aku mula-mula ingat Wan tu dah stop main. Tapi aku perasan level dia asyik naik je. Tapi berkat kesungguhan, aku berjaya melintas si Wan.

Ni Anis la punya idea main game Chocolatier ni. Damn. Semangat gak kitorang sampai siap mintak tolong jaga kedai lagi.

Well. Rumusan aku, cuti kali ni, ada la jugak pencapaian. Haha.

Wednesday, November 17, 2010

Aku, Lembu, dan Makan. Versi raya.

Tak cukup ummph la kalau raya-raya camni tak update blog, betul tak? Hari raya Qurban kali ni aku bagi rating 2 bintang. Tak selima bintang time Bulleted ListRaya Puasa tahun ni. Sebab-sebabnye:

  • Terlajak tidur sampai tak sempat pergi sembahyang raya.
  • Tiada baju melayu nak pakai. Apetah lagi nak pekena sampin.
  • Tiada MMS raya. :P dan juga tiada sms raya dari kengkawan.
  • Tiada aksi nak ditanduk lembu macam 2,3 tahun lepas.
  • Tiada kes lembu lari lagi.
  • Ada satu je rumah yang kami pergi beraya.
So, boleh dikatakan, raya haji makin lama makin tak meriah. Ini semua berpunca dari sistem cuti kita la. Ni pendapat aku lah. Cuba kalau kerajaan kasi cuti 2 hari cuti umum untuk perayaan Raya Haji ni, mesti lagi ramai orang ada masa nak balik kampung dan masa untuk berehat semua. Ni kalau fikir 1 hari je cuti, nak pergi mana2 pun fikir penat dan fikir nak kerja esok.

So, tahun depan please cuti 2 hari. atau seminggu terus la. :P


Saturday, November 6, 2010

Mukadimah untuk cuti kali ini

Hye.

Deepavali nampaknya sudah berlalu. Nampaknya kaum India hendak melawan kemeriahan Kelantan di Bukit Jalil. Dari segi mercun nampak seimbang, tapi kalau bab bakar kerusi, Kelantan mendahului dengan cemerlang.

Tahniah kepada Mr. Ring yang sedang bergembira dengan hasil-hasil gomonya selama 89 tahun. Erk. 22 tahun. Hargai Piala Malaysia yang berada di Kelantan tu setahun ni, kang lagi 80 tahun nak dapat balik, tak ke naya nak tunggu tu.

Deus, Farid, and Heroiczero, macam mane raya semalam? Dengar-dengar banyak open house pergi. Amboi amboi amboi. Raya sakan ek korang! Ada bawak balik maruku tak? Tosai pon jadi la. Dengar-dengar Anis Azhani pon banyak dapat duit raya semalam. Berdiwali sungguh ek korang.

Setelah dua minggu kurang tidur sebab exam, akhirnya aku cuti sem jugak. Cis. Rasa baru je semalam tulis target-target untuk semester kali ni, tup tup dah akhir sem. Disebabkan rasa cam baru semalam, so, target-target tu banyak tak complete. Semalaman je, mana sempat! :P

Bila nak masuk Sem kedua bagi 3rd year ni, target utama ialah Piala Uniten. Target-target seperti nak dapat gpa 3.5 dan taknak ponteng kelas terus diabaikan. Yang penting, dapat perform. Minat sangat aku dengan sukan bolasepak ni. Kalau awal-awal dulu bapak aku galakkan, konpem aku dah main untuk Malaysia dah sekarang ni. Haha.

Kasut bola aku dah koyak. So, aku amek keputusan untuk errr.. basuh kasut dan hantar ke kedai untuk dijahit tapaknye. Duit pulak.

Hurm. Duit menjadi agenda utama. Aku pindah rumah bulan ni. Nak sewa tempat baru yang oke sikit. So, setakat ni, tengah tunggu keputusan je bidaan aku kat rumah sewa serdang ni. Kalau dapat, aku kena sediakan RM1200 untuk deposit sekali dengan sewa rumah. Mampus. Sekarang rumah tu aku baru dapat cari 2 orang termasuk aku. Nak cari lagi 2 orang untuk 2 bilik yang kosong tu. Anyone?

Harap cuti kali ini tak berlalu dengan sia-sia.

Friday, November 5, 2010

KL-Alor Star-KL-Kuantan

Hye.

Penat badan tak hilang lagi. Baru je meredah 6 jam dan baru sampai KL dari Alor Setar, jap lg dah nak kena balik Kuantan si Bandar Palma.

Oh ye. Tujuan ke Alor Setar memang simple. Nak jumpa si buah hati pengarang jantung. Dah lama tak jumpa jadi rindu *aiyak jadi gedik plakss.*

Oh ye. Kedah dan sewaktu dengannya tengah banjir. Masa aku baru sampai, banjir masih lagi tengah 'in' kat situ. Tapi kebanyakan jalan tak tutup lagi.

Pagi rabu, sekitar 6.00 pagi, aku sampai Shahab Perdana. Last time aku pergi sini ialah 2005. Time balik dari Mrsm dulu kena naik bas kat sini. So, selok belok Shahab tu masih lagi 'good' dalam memori aku. Perkara pertama aku buat ialah cari tandas. Mandi dulu dan gosok gigi serta tempat-tempat lain yang patut digosok. Dah selesai mandi, aku cari surau. Nak buat apa yang patut. Tapi apakan daya, air tade kat surau tu.

Tapi aku tetap cool. Aku ambil keputusan untuk pergi terus rumah bidadari. (eh Farid, cam kenal je ayat ni. ) Setelah menelaah papan tanda laluan-laluan yang ada, aku pilih untuk ke Langgar. Puas juga aku nak mengingat google map yang aku tengok semalam, apa benchmark yang patut aku btaw conductor bas tu. Last-last aku mintak berhenti kat masjid AlBuhkhary.

Lepas solat, aku turn off silent mode hp aku. Baru je turn on, ada orang call. Aiseh. Berita buruk. Ada kazen dia meninggal. Dia kena balik kampung makcik dia. Aaaa. Rumah dia tak sampai 100m je lagi, tapi aku kena patah balik pulak. Kami buat keputusan untuk aku stay lagi sehari, so, aku patah balik shahab dan tidur kat motel sebelah tu.

Motel dia oke je. Rm30 sebilik. Tapi tah apa malang aku, silap timing la datang Kedah time2 ni. Dah la banjir, air tade satu Alor Star. Kedai makan banyak tutup sebab tade air. So, malam tu match AC Milan dengan Real Madrid pon aku tak dapat tengok. Shit sungguh.

Esok nye pukul 6.30 dah bangun. Semalam tu aku dah beli air 3 botol. Rasa cukup la untuk aku mandi, basuh muka dengan gosok gigi. Pagi tu, bas tade sebab jalan banyak tutup. So, aku naik teksi. Akhirnya dapat jumpa :)

Petang tu pukul 5.30 naik bas balik KL. Shit. Dapat seat yang tak boleh baringkan seat dia. Patah pinggang duduk lama2 camtu.

Aaa. Aku nak g start packing balik kampung.

Monday, October 25, 2010

Muka Lurus.

Hye. Sakit perut dan sakit luar dalam memang pakej untuk buat aku tak boleh tidur malam ni.

Yep. Bila tak boleh tidur, aku merewang-rewang. Bila klik sana sini, terjumpa youjizz satu lagu. Haih. Buat tak boleh tidur lagi ada la camni.



Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka

Menangis bersama, selama-lamanya

Ahh. Lagu P. Ramlee memang suka buat aku camni. Ishk.

Friday, October 15, 2010

Sayang anak, rotan rotan rotan kan aje.


*cilok from google.


Hye.

Sekarang ni memang trend orang muatnaik video ke facebook. Ada yang oke, ada yang bangang tahap nak buang dalam tong sampah pon tak layak.

So, baru-baru ni aku ada tertonton(ter konon) video budak kantoi pergi cc dengan mak dia. Agak cilaka jugak abang dia gelak tak hengat. Tapi kalau aku jadi abang dia pon, aku gelak sakan gak.

Dengar pada mak dia bebel tu, nampak sangat budak tu banyak kali buat hal, cuma tak kantoi je. Sampai pergi ngaji pon sekali dua je (kot). Banyak menipu dan juga kelepet duit mak untuk buat modal pergi cc. Sungguh tak molek orang kata. Padan muka.

So, setakat budak tu kena, apa la sangat. Aku dulu kena lagi teruk. Dan aku yakin ramai lagi kat luar sana tu kena lagi teruk. Budak sekarang ni je la susah nak merasa camtu. Eceh. Aku cakap cam tua sangat plak.

Bila ingat-ingat balik, dulu aku dah lali kena pukul-pukul-pukul dengan ayah. Senjata faveret ayah, rotan yang kat pangkal dia tu ada gulung-gulung. Halusssss je. Kira kalau libas-libas angin tu, angin pon mengaduh ngaduh. Zass zaasss!

Tapi aku masa kecik dah ada bab-bab kreatif ni. Aku selalu sorok je rotan dia tu. So, bila dia cari-cari tak jumpa. Tapi otak kreatif aku tak dapat menandingi lagi la otak kreatif budak UTP orang tua. Dia guna hanger sebagai pengganti, tak pun pembaris kayu. Haish.

Setakat penumbuk, penerajang, pelempang tu dah biasa jadi makanan aku. Tapi semua bersebab la. Semua sebab salah aku sendiri. Siapa suruh nakal sangat dulu. Bila aku belajar taekwondo dulu, aku dah pandai tepis ayah aku terajang aku. Keh3.

Tapi lepas tu, aku kena lagi teruk la sambil bebel "kau ingat taekwondo kau power sangat la? dush dush dushhh!"

Ada banyak lagi la hukuman-hukuman yang aku terima dulu. Aku yakin korang-korang pun pernah mengalami juga pengalaman yang lagi dasyat dari aku.

Kebanyakan budak-budak sekarang ni tak paham apa yang moral yang makpak dorang nak sampaikan bila marah itu ini. Dorang tahu bila kena cubit sikit mulalah nak memberontak, merajuk, dan emo2 kat facebook.

Makpak pulak manjakan sangat anak-anak. Bila dah besar mula la jadi syaitan, perv, dan tahi dadah. Masa tu tuding jari kat orang lain yang pengaruh anak dia. Padahal korang sendiri tak reti jaga anak. Ahh. Bukan budak-budak sekarang je. Dari zaman Anakku Sazali lagi dah ada.

Yang lagi kritikal gila babeng, jenis makpak yang anggap anak dia dicipta dari cahaya. Ingat anak dorang malaikat. Kalau cikgu rotan, cikgu yang salah. Kalau orang kata anak dia buat benda tak elok, cakap mulut orang tu celupar. Bekap anak sendiri tak kena tempat. Wadehel!

Apa yang aku pasti, benda-benda yang menyakitkan ni la yang melenturkan diri aku dari menjadi buluh buluh yang jahanam sekarang.

Eh, ayah aku pukul aku dahsyat dahsyat pon, aku sikit tak benci ayah aku. Dulu-dulu time kecik memang la tacing, emo, ingat ayah aku tak sayang aku bila dia pukul camtu. Tapi atlast aku sedar gak betapa dia sayang aku. Aku sayang ayah aku lebih dari aku sayang diri aku sendiri. Fakta.