Friday, October 15, 2010

Sayang anak, rotan rotan rotan kan aje.


*cilok from google.


Hye.

Sekarang ni memang trend orang muatnaik video ke facebook. Ada yang oke, ada yang bangang tahap nak buang dalam tong sampah pon tak layak.

So, baru-baru ni aku ada tertonton(ter konon) video budak kantoi pergi cc dengan mak dia. Agak cilaka jugak abang dia gelak tak hengat. Tapi kalau aku jadi abang dia pon, aku gelak sakan gak.

Dengar pada mak dia bebel tu, nampak sangat budak tu banyak kali buat hal, cuma tak kantoi je. Sampai pergi ngaji pon sekali dua je (kot). Banyak menipu dan juga kelepet duit mak untuk buat modal pergi cc. Sungguh tak molek orang kata. Padan muka.

So, setakat budak tu kena, apa la sangat. Aku dulu kena lagi teruk. Dan aku yakin ramai lagi kat luar sana tu kena lagi teruk. Budak sekarang ni je la susah nak merasa camtu. Eceh. Aku cakap cam tua sangat plak.

Bila ingat-ingat balik, dulu aku dah lali kena pukul-pukul-pukul dengan ayah. Senjata faveret ayah, rotan yang kat pangkal dia tu ada gulung-gulung. Halusssss je. Kira kalau libas-libas angin tu, angin pon mengaduh ngaduh. Zass zaasss!

Tapi aku masa kecik dah ada bab-bab kreatif ni. Aku selalu sorok je rotan dia tu. So, bila dia cari-cari tak jumpa. Tapi otak kreatif aku tak dapat menandingi lagi la otak kreatif budak UTP orang tua. Dia guna hanger sebagai pengganti, tak pun pembaris kayu. Haish.

Setakat penumbuk, penerajang, pelempang tu dah biasa jadi makanan aku. Tapi semua bersebab la. Semua sebab salah aku sendiri. Siapa suruh nakal sangat dulu. Bila aku belajar taekwondo dulu, aku dah pandai tepis ayah aku terajang aku. Keh3.

Tapi lepas tu, aku kena lagi teruk la sambil bebel "kau ingat taekwondo kau power sangat la? dush dush dushhh!"

Ada banyak lagi la hukuman-hukuman yang aku terima dulu. Aku yakin korang-korang pun pernah mengalami juga pengalaman yang lagi dasyat dari aku.

Kebanyakan budak-budak sekarang ni tak paham apa yang moral yang makpak dorang nak sampaikan bila marah itu ini. Dorang tahu bila kena cubit sikit mulalah nak memberontak, merajuk, dan emo2 kat facebook.

Makpak pulak manjakan sangat anak-anak. Bila dah besar mula la jadi syaitan, perv, dan tahi dadah. Masa tu tuding jari kat orang lain yang pengaruh anak dia. Padahal korang sendiri tak reti jaga anak. Ahh. Bukan budak-budak sekarang je. Dari zaman Anakku Sazali lagi dah ada.

Yang lagi kritikal gila babeng, jenis makpak yang anggap anak dia dicipta dari cahaya. Ingat anak dorang malaikat. Kalau cikgu rotan, cikgu yang salah. Kalau orang kata anak dia buat benda tak elok, cakap mulut orang tu celupar. Bekap anak sendiri tak kena tempat. Wadehel!

Apa yang aku pasti, benda-benda yang menyakitkan ni la yang melenturkan diri aku dari menjadi buluh buluh yang jahanam sekarang.

Eh, ayah aku pukul aku dahsyat dahsyat pon, aku sikit tak benci ayah aku. Dulu-dulu time kecik memang la tacing, emo, ingat ayah aku tak sayang aku bila dia pukul camtu. Tapi atlast aku sedar gak betapa dia sayang aku. Aku sayang ayah aku lebih dari aku sayang diri aku sendiri. Fakta.

5 comments:

~~aKoO~~ said...

aKoo pLg sUke staTemeNt yG niH sBB bIler dH deKt nk jD cHegu ni..baHang nyer kiaN tRase..
"Yang lagi kritikal gila babeng, jenis makpak yang anggap anak dia dicipta dari cahaya. Ingat anak dorang malaikat. Kalau cikgu rotan, cikgu yang salah. Kalau orang kata anak dia buat benda tak elok, cakap mulut orang tu celupar."..
bDk2 zaMn sKang lG tRuk dr zaMn peMerIntahN jePun dLu..pTut lahirkn dOrg nIh tYme zaMn jePun bRitsh duLu kaLa tuh..bRu dPt pnGajarn biLer dPt sePak terJg jePun..hah aMik ko..kn2??

Anonymous said...

muat naik duh... Keh3.

Ala, we all did it. Sape x penah ponteng mengaji, tuang kelas, amik singgit dua dari wallet mak bapak dia?

Apa point aku td. clake. Dah lupa. Ah lantak. Renung2kan dan slamat beramal.

Dulu kecik2 penah bapak aku rotan aku, sebab sakit campur marah, aku jerit, "babi!!" pastu kene rotan lagi teruk. Wakakaka~

Masih x igt point aku tadi. Fak.


Woaaah panjang sgt ni.

Babai.

-HEROICzero

Mr. Schomey™ said...

~~aKoO~~ : alamak. budak2 yang kena sepak terajang jepun dulu pon banyak je jadi jantan kabaret. keh3. selamat maju jaya cikgu. jadi lah cikgu yang cun dan disegani. keh3

heroic: lancau pe malas nak login akaun. haha.

muat naik. skema kan.

betul. aku pun buat, sebab tu aku pon kena sebat dulu.

aku paling kuat pon, cakap "tak tak tak. tak buattt" tade aih nak balas2 balik. haha

kau tak ingat point kau tape. tapi point aku, anak-anak nak nakal, biasa lah, tapi peranan makpak yang bagi pengajaran dan terap nilai murni kat anak2 dia.

ada nilai2 murni. cam komsas da weh. keh3.

RinG said...

aku naik berendam doeh tgk mak dia pukul camtuh. ish ish ish, jiwa tacing siol aku neh. bagi aku lah, budak dah merana, kesiann tu. seb baik aku skema dulu, xwat hal sgt, aku kene prapp dulu pon sebab bengap sgt bab2 belajar. ape point aku? aku pon tatau laa.

OT sket, ko tgk x budak kena buli sbb main saidina tuh? klakar gila babeng.

annyss said...

ooohhh~ entry yg best...hahha...^^ syg kn anak, msti nak pukul klu dia buat slh..tp bpada2 dn stimpal dgn kslhn yg dia buat la..^^