Friday, February 18, 2011

Ni Salah Siapa Ni Aku Merepek Pagi-pagi Camni?

Aku ni hari-hari buka blogger.com/post-create, tapi tak tertulis-tulis juga. Orang tua kata, tangan berat. Mungkin la kot. Tangan je la berat. Tapi badan aku sekarang tak berat dah. Makin meringan. Haritu timbang dah .. emm .. ada lah. Tapi dah kurang 5ribu gram.

Semalam aku tengok full Arsenal vs Barcelona. Aku dari awal-awal doa arsenal menang. Sebabnya, aku tak suka barca. Berlagak sangat. Fan-fan dia kat youtube cam sial. Semua bajek yang team dorang tu kebal sangat. Wak lu lah catalan.

Tapi yang tak berkenan bila dah menang ni, Arsenal fan stail budak-budak. Riaktakabur dorang over sangat. Macam dah menang UCL dah lagaknya. Team terhebat kononnya. Relek-relek la weh. Kau baru main kat Emirates, kejap lagi kena titik kat Nou Camp macam tahun lepas, tak ke malu? Pepaleh weh!

Hah! Baru-baru ni ada sorang blogger femes ni pos pasal Vday. Adalah hujah dan cerita dia kat situ. Aaa. Bila member sendiri up entri, sebagai member sesetan, mestilah berpositif bersama-samakan. Tak salah pun apa yang dia nak sampaikan tu. Tapi bagi AKU lah, tak perlulah nak vday-vday ni. Ulama-ulama pon ada keluar pendapat dorang. So, kita sebagai umat Islam kena vcool je. Tak payah nak besar-besarkan, tak payah nak sokong-sokong. Senang cerita, anggap je Vday ni agenda freemason. Ok. Tak kelakar. Cuma orang melayu ni, semakin dilarang, semakin lah nak buat. Makin nampak poster jangan sambut vday, makin tu otak ligat nak gentel awek malam tu. Ye dak?

Lagi satu, tak payah la nak salahkan kristian atas dosa masyarakat kita sendiri. Bukan salah kristian pon kita beromen lepas subuh sambil rakam dalam format 3gp. Bukan salah St Valentine pon sang rempit usung sang bohsia tiap hujung minggu. Bukan salah father-father pun orang melayu minum arak dan berclubbing tiap-tiap hari. Tu semua salah siapa? Haa. Itu semua salah jahil dan iman diri sendiri yang lagi nipis dari kulit bawang. Jadi, persoalan yang paling penting, siapa punya salah kalau diri tu jahil tentang dosa, dan iman di dada macam ada tak ada? Dapat jawapan? Tak dapat? Ok boleh unjurkan persoalan anda itu ke laman ini dan ini.

Lagi satu, eh ada lagi. Tak payah la post kat facebook dan twitter yang siapa beromen time vday ni akan sambut hari ibu time bulan 5, dan jadi bapak bila bulan 10 nanti. Lame sangat. Buaya-buaya sekarang dah pandai keluar dari lubuk ontime. Tak caya, tengok Discovery Channel!

2 comments:

HEROICzero said...

niceeee~

*agak2 kalau takde vday, anak2 melayu akan beromen atau tidak? puiii~!!! keh3x

delarocha said...

setuju..dari perenggan satu sampai perenggan akhir :-)