Monday, January 17, 2011

Makan lagi. Makan la.

Krup krup krup krup krupp.

Bunyi aku asyik mengunyah keropok tak henti-henti. Damn. Sekarang musim aku ketagih nak makan keropok lekor. Malam tadi je, RM4 habis untuk keropok lekor je. Belum masuk kuih-kuih lain lagi.

Lepas tengok bola, bantai cheese nan pulak. Ni lah bila rasa nak mengunyah tu datang tak henti-henti. Tambah-tambah pulak, ada awek yang tak reti nak mengalah. Asyik nak melawan je. Aku makan, dia pon nak makan sekali jugak. Beli keropok RM10 pon tak cukup camtu.

Dah la sekarang ni trend jual keropok atau kuih mahal-mahal. Setakat ada 20 sen, beli kerak pisang goreng je la jawabnya. Sekarang keropok RM1 dapat la dalam 4 biji. Dulu, RM1 dapat 8,9 biji. Bila tengok harga karipap, lagi la sakit jantung. Karipap yang kalau goncang dengar inti gerak-gerak laju kat dalam, boleh la dapat 50 sen. Ada kedai kat kuantan, karipap sebiji 70sen. Padahal kecik je. Inti pon rasa ajinomoto. Damn.

Dulu orang meniaga kuih, untuk pendapatan sampingan. Untuk makcik-makcik ni tolong suami sara keluarga. Sekarang dah lain, jual kuih untuk jadi jutawan. Memang camtu la harganya. Ye dak?

Ahh. Dah malas nak taip dah. Nak cari makanan lak. erk. Chow! hehe

5 comments:

FATI said...

aku suka kuih cek mek moleek.dulu beli rm1 dapat 5biji skrg dapat 3biji jaaa.

minyak naik harga katanya. nak beli gula. gula pulak naik harga.cmnaa

Mr. Schomey™ said...

yang naik 10sen, 20sen untuk sekilo. bukan untuk sesudu,2,3 sudu yg dorang guna untuk wat kuih. kalau kau tak caya, cuba buat kat umah, sket je modal dia.

kuih cek mek moleek? kat ne tu

~~aKoO~~ said...

seyesly klu nk mkn kuih muih murh meh klntn area pgkln chepa..
kuih2 mmg murh..goreng pisang 8 singgit..giler murh..
kuih2 lain pon 8 singgit xder la kecik sgt..sdg2 jer..meh2 jln2 kt klntn..

HEROICzero said...

ko beli kuih kat ni murah. depan pizza hut kat rumah lama aku uh~ goreng pisng beli rm2, dapat berlambak2 aih~

Mr. Schomey™ said...

akoo: haha. jauh sangat kelantan. duit tol ngn minyak je da boleh buat modal bisnes kuih. ;P

heroic: yeke? kau tak penah nak promot pon. malas la g sane. jauh. nnt balik dari gombak, kirim k. kah3