Saturday, November 6, 2010

Mukadimah untuk cuti kali ini

Hye.

Deepavali nampaknya sudah berlalu. Nampaknya kaum India hendak melawan kemeriahan Kelantan di Bukit Jalil. Dari segi mercun nampak seimbang, tapi kalau bab bakar kerusi, Kelantan mendahului dengan cemerlang.

Tahniah kepada Mr. Ring yang sedang bergembira dengan hasil-hasil gomonya selama 89 tahun. Erk. 22 tahun. Hargai Piala Malaysia yang berada di Kelantan tu setahun ni, kang lagi 80 tahun nak dapat balik, tak ke naya nak tunggu tu.

Deus, Farid, and Heroiczero, macam mane raya semalam? Dengar-dengar banyak open house pergi. Amboi amboi amboi. Raya sakan ek korang! Ada bawak balik maruku tak? Tosai pon jadi la. Dengar-dengar Anis Azhani pon banyak dapat duit raya semalam. Berdiwali sungguh ek korang.

Setelah dua minggu kurang tidur sebab exam, akhirnya aku cuti sem jugak. Cis. Rasa baru je semalam tulis target-target untuk semester kali ni, tup tup dah akhir sem. Disebabkan rasa cam baru semalam, so, target-target tu banyak tak complete. Semalaman je, mana sempat! :P

Bila nak masuk Sem kedua bagi 3rd year ni, target utama ialah Piala Uniten. Target-target seperti nak dapat gpa 3.5 dan taknak ponteng kelas terus diabaikan. Yang penting, dapat perform. Minat sangat aku dengan sukan bolasepak ni. Kalau awal-awal dulu bapak aku galakkan, konpem aku dah main untuk Malaysia dah sekarang ni. Haha.

Kasut bola aku dah koyak. So, aku amek keputusan untuk errr.. basuh kasut dan hantar ke kedai untuk dijahit tapaknye. Duit pulak.

Hurm. Duit menjadi agenda utama. Aku pindah rumah bulan ni. Nak sewa tempat baru yang oke sikit. So, setakat ni, tengah tunggu keputusan je bidaan aku kat rumah sewa serdang ni. Kalau dapat, aku kena sediakan RM1200 untuk deposit sekali dengan sewa rumah. Mampus. Sekarang rumah tu aku baru dapat cari 2 orang termasuk aku. Nak cari lagi 2 orang untuk 2 bilik yang kosong tu. Anyone?

Harap cuti kali ini tak berlalu dengan sia-sia.

4 comments:

~~aKoO~~ said...

ko x gi beraye jgk ker??blh kumpul duit byr deposit..uhuhu

Mr. Schomey™ said...

ishk. Raya puasa pon tak dapat duit raya, ni kan pula raya orang lain. haha

deus X machina said...

maniam maniam

armouris said...

info tentang kurang tidur di SIHAT SELALU - Kanser Angkara Kurang Tidur