Friday, November 5, 2010

KL-Alor Star-KL-Kuantan

Hye.

Penat badan tak hilang lagi. Baru je meredah 6 jam dan baru sampai KL dari Alor Setar, jap lg dah nak kena balik Kuantan si Bandar Palma.

Oh ye. Tujuan ke Alor Setar memang simple. Nak jumpa si buah hati pengarang jantung. Dah lama tak jumpa jadi rindu *aiyak jadi gedik plakss.*

Oh ye. Kedah dan sewaktu dengannya tengah banjir. Masa aku baru sampai, banjir masih lagi tengah 'in' kat situ. Tapi kebanyakan jalan tak tutup lagi.

Pagi rabu, sekitar 6.00 pagi, aku sampai Shahab Perdana. Last time aku pergi sini ialah 2005. Time balik dari Mrsm dulu kena naik bas kat sini. So, selok belok Shahab tu masih lagi 'good' dalam memori aku. Perkara pertama aku buat ialah cari tandas. Mandi dulu dan gosok gigi serta tempat-tempat lain yang patut digosok. Dah selesai mandi, aku cari surau. Nak buat apa yang patut. Tapi apakan daya, air tade kat surau tu.

Tapi aku tetap cool. Aku ambil keputusan untuk pergi terus rumah bidadari. (eh Farid, cam kenal je ayat ni. ) Setelah menelaah papan tanda laluan-laluan yang ada, aku pilih untuk ke Langgar. Puas juga aku nak mengingat google map yang aku tengok semalam, apa benchmark yang patut aku btaw conductor bas tu. Last-last aku mintak berhenti kat masjid AlBuhkhary.

Lepas solat, aku turn off silent mode hp aku. Baru je turn on, ada orang call. Aiseh. Berita buruk. Ada kazen dia meninggal. Dia kena balik kampung makcik dia. Aaaa. Rumah dia tak sampai 100m je lagi, tapi aku kena patah balik pulak. Kami buat keputusan untuk aku stay lagi sehari, so, aku patah balik shahab dan tidur kat motel sebelah tu.

Motel dia oke je. Rm30 sebilik. Tapi tah apa malang aku, silap timing la datang Kedah time2 ni. Dah la banjir, air tade satu Alor Star. Kedai makan banyak tutup sebab tade air. So, malam tu match AC Milan dengan Real Madrid pon aku tak dapat tengok. Shit sungguh.

Esok nye pukul 6.30 dah bangun. Semalam tu aku dah beli air 3 botol. Rasa cukup la untuk aku mandi, basuh muka dengan gosok gigi. Pagi tu, bas tade sebab jalan banyak tutup. So, aku naik teksi. Akhirnya dapat jumpa :)

Petang tu pukul 5.30 naik bas balik KL. Shit. Dapat seat yang tak boleh baringkan seat dia. Patah pinggang duduk lama2 camtu.

Aaa. Aku nak g start packing balik kampung.

4 comments:

~~aKoO~~ said...

motif??
penat giler..
terharu akoo klu bf akoo wt cmtuh..
*klu bf aku mau mngamuk dtg jauh2 postpone 1 hri tuh..
bgus r ko nih..uhuhu
*aah r..salah timing tol..

Mr. Schomey™ said...

Akoo~: selamat jumaat. hehe.

aih. penat bila nak habiskan masa tunggu sehari tu je. yg lain tak penat ah..:P

yeke ngamuk. tak kot. laki ni dia marah kejap je. nnt dia tunggu jugak. haha

Anis Azhani said...

baguih sungguh.. :P
nak beyak pon susa kan xdak air nih? sabaq jelaa

Thanks!

nand nasyari said...

nomad betol kau nih