Wednesday, December 30, 2009

Kawan

Hai.

Kadang-kadang kita terfikir kenapa susah sangat nak cari kawan bila dah besar2 macam ni. Masalah kurang ikhlas la, khianat la, tikam belakang la, emo lebih la, buat tahi la dan lain2 lagi la.

Bila diimbas kembali, dulu2 macam senang je nak cari kawan. Kat sekolah macam semua orang dalam kelas tu satu kepala. Ngam habis la. Tapi bila sekarang, ada je yang tak kena. Ini semua kerana manusia sudah berubah bila umur makin berubah. Kalau dahulu ketika kecil, manusia ni macam kain putih. Semua sama je. Bila dah besar, makin bercorak2 kaler nye, ade yang putih bertompok2 biru, ada yang dah hitam kaler nye, ada juga yang kalernye macam pelangi. Ada pulak yang kalernye seimbang. Ada gelap, ada cerah.

Oleh sebab itu, manusia ni susah nak ngam bila da besar. Masing2 dengan fi’il mereka sendiri. Kalau ada yang ngam, bernasib baik la kan. Kita sendiri pon ada sikap,sifat kita sendiri, ada yang baik, ada yang tak baik. Apa tanggungjawab kita kepada rakan2 kita? Memahami, sabar, dan sentiasa membuka peluang.

Kita kena paham manusia adalah spesis yang berbagai2. Oleh itu, tugas kita adalah memahami orang lain dan yang penting, memahami diri sendiri. Sebagai contoh, mungkin rakan kita mengalami masalah lampi, lembab nak mampus. Jadi, sebagai rakan yang baik, selain bahan rakan ni, kita paham sifat dia itu. Lalu kita jangan jemu untuk ulang apa yang dia tidak paham. Kan? Baik kan camtu?

Kalau ada member cepat emo, kita kena paham jugak. Selain sabar dengan ke’emo’an dia tu, kita nasihat la dia. Biasa la, tekanan dalam hidup boleh buat seseorang tu cepat panas dan hilang rasional dalam berfikir. Dia fikir dia je betol. Tak apa. Kita layan je. Baik kan camtu. Dan kalau setiap hari pon emo, kita bagi penyepak kat muka, dan cari kawan lain.

Ada pulak rakan yang suka buat tahi. Janji tak tepati. Orang macam ni, kita paham dia dengan bagi mereka peluang. Jangan cepat melatah atau melenting. Sabar je. Kita bagi dia ‘hint’ yang kita tak suka cara dia tu. Baik kan cara camtu? Kan? Dan kalau jenis ini jenis tak paham bahasa dan suka ulang2, kita letup je. Sound setepek atas muka. Bagi dia paham sikit yang kita ni kawan dia. Bukan nya kuli mak bapak dia upah suruh kita berdamping dengan dia.

Bagi diri kita pulak, kalau kita rasa mereka macam marah kita, tidak suka kita, kita fikir balik,apa puncanya. Apa silapnya kita. Adakah kita tersilap cakap, atau adakah kita telah berkasar, atau pun apa sahaja yang kita ter atau sengaja buat pada dia. Dan kalau kita fikir kita ada terbuat sesuatu macam atau memang salah, kita minta maaf. Kalau dia seorang rakan yang baik, mereka akan respon apa kita maafkan. Sama juga kalau mereka yang ada buat salah. Kalau kita mahu teruskan, respon. Jangan bermuka2.

Akhir kata, dunia ini memang penuh pancaroba. Kadang2 kita bernasib baik dan kadang2 kita sering dirundum malang. Mungkin belum nasib kita bertemu sehabat sejati. Tapi syukur Alhamdulillah bagi saya, saya telah menemui mereka. Terima kasih kawan2.

Monday, December 28, 2009

Rock Arghhh!!

Salam.

Sebagai pembuka selerakata la kan, gua nak story lu semua dow, kelmarin - sabtu, gua pergi ROCK THE WORLD 9 kat stadium bukit jalil gua cakap lu. Gua paham ar kalau lu semua nak cakap gua cam budak2 sekolah tgk RTW9 tuh, tapi gua da lame kempunan beb, dari 2005 gua nak pergi, ada aje yang kecoh tak kasi gua gerak sane. Kira aral melintang la beb.

Pagi sabtu tu, gua bangun awal. Kot. Gua rasa cam awal la. Gua tak ingat la plak pukul berapa.haha. Tapi kan, gua tak rancang pon nak pergi RTW9 tu, gua rancang nak lepak kat uia gombak je. Lepas gua mentekedarah kat Upten, gua teros gerak uia. Sampai pukul 2.30petang camtu la. Tiba2 dorang gegar gua kate nak gerak RTW9. Gua cam tengah2 ar. Ade cam excited. Ade cam rasa bazir duit gua je pergi. Ahhh. Gua ikut gerak hati gua je. Pergi.

Gua tanak cerita la kan apa jadi kat sana. Banyak sangat dow jadi. Contohnye, gua lompat2 cam beruk yang style atau pon hujan lebat akibatkan banjir kilat kat kasut gua atau pon pasal awek2 yang ngorat gua ke.haha. Tade hal. Apa yang gua nak cerita komen, pasal band2 yang perform. Gua rasa banyak sangat la bro. Gua tak larat layan. Eh. tapi lagi banyak lagi ok kan? aha. Gua pon dah pening. Mungkin la gua berpegang pada kualiti, bukannya kuantiti. Tu maksud gua kot.

Setelah penat gua mentelaah persembahan2 band2 yang ada, gua rasa yang paling buat hampir semua orang jadi gila, ialah Pop Shuvit. Lagu dorang memang into dengan jiwa gua dan rakan2. Gua mana la ade layan sangat lagu dorang kat mp3, tapi bila dorang perform, showmanship(betol ke aku eja) dorang cukup la buat kaki gua gerak sendiri dengan hebatnya.

Paling lama gua teringin nak tengok ialah band2 macam Disagree, Seven collar Tshirt. Aku teringin nak tengok camne dorang perform memandangkan gua jarang tak pernah nampak dorang kat gig kecil2an yang gua selalu pergi. Yang gua tak sempat nak tengok Bunkface. Itu lagi la gua tak pernah tengok. Suara live ok tak. Ke cam katak. Band2 lain tu gua selalu nampak da.

Geng gua beritahu kat gua, Rtw kali ni paling tak best la antara2 rtw-rtw yang die pernah pergi. Dia memang gila kentang la. Semua 9 Rtw dia pernah pergi.

Kesimpulannya, gua rasa gua nak tertidur time buat entry ni. Sekarang gua nak tidur selepas gua rapu ape tah. Chiowww. Yeyeaargghhh..

Band Small Dickie.
haha

Friday, December 25, 2009

Separuh Nafas

Atas permintaan ramai sendiri, aku buat karangan hari ini. okeh bebeh?

Hari ini,aku bergaduh2an dengan seorang rakan sejenis. Kali ini sedikit berbeza, aku pulak marah orang, bese nye, orang yang marah aku.

Entah mengapa, hati aku berasa cukup hotstuff malam tadi. Mungkin disebabkan wayang Treasure Hunter tu ala2 gampang yang buat rugi duit, atau pun mungkin kerana hati ini bengkek dengan kisah silam yang berlaku? Dendam ke? Tidak. Sekadar tak mahu pisang berbuah dua tiga kali.

Aku rasa la kan. Aku macam dah pesan awal2 kat mber aku. Korang nak bahan, kutuk, tumbuk, cubit, geletek, raba sound aku, aku tak kesah. Hati aku terima je. Yela. Masing2 punya perangai dan pandangan kan. Mber2, aku tak berkira. TAPI! aku paling pantang orang buat tahi dengan aku. Tak kesah la tahi tu kuning, coklat, atau hijau. Atau pun cair2 masam plus ade serpihan2 cili merah. Asalkan tahi, aku memang bengkek.

Ape korang rasa kalau kena tunggu sorang2 lame2 kat kl yang jauhnye dari uniten lebih 20km, tapi last2 tak jadi lepak. Pukul 2,3 pagi tu beb! Apa korang rasa? Rasa nak marah tak? Rasa nak cubit2 peha sendiri tak? Rasa nak main badminton pastu smash hidung opponent kuat2 tak?

KURANG AJAR!

Cuma kali ini, takde la tak jadi lepak cam dulu tu, cume aku kena tunggu lagi lame lepas aku kena tunggu lebih sejam kat pj tuh.. Kira lebih kurang ngn kes dulu, tu yang hati aku tak tertahan lagi untuk bengkek! I pon ade hati dan perasaan taw!

Cuba matang sikit fikir tu. Apa salah kau beritahu awal2 yang ade hal, tukar pelan ke. Ini tidak, biar aku jadi gila sorang dalam kereta tu untuk tunggu korang. Ingat aku tugu negara ke boleh terpacak lama2? Aiyooo..ane gedegang! tambi salim bachik!

Dah2. Sebelum aku rap macam toophat untuk carut2, baik aku sudahi karangan aku ini dengan serangkap kate...

FUCK OFF!

Thursday, December 24, 2009

amaaa..!

Eh. Tadi masa mula2 ingatkan nak tulis lirik lagu yang aku baru aku cipta tadi. tapi aku dah terlupa lirik tuh..huhu..

ahhh! Aku nak tulis jugak! tapi tulis benda lain la. emmm

emmm..jap!

Camne nak start ar? erkk..

Pada suatu hari emmmmmm... Semalam kan haishhh...


emmmm....


ahhhh. esok ar cite..! Selamat Malam!

Sunday, December 20, 2009

Bila Kahwin Menjadi Tajuk

Sebagai sari kata-kata penting, Selamat Pengantin Baru kepada kawanku yang bernama Huzaifah dan Isterinya Nik Ramona yang melangsungkan Majlis Persandingannya petang tadi.

Oh ye.Aku sebagai wakil kepada gerombolan yang datang bersama aku tu, ingin memohon maaf kerana tidak membawa apa-apa barang untuk dijadikan hadiah kepada kau. Kami hanya sempat membawa perut yang kosong ke kenduri kau. Kami juga ada berbincang untuk menghadiahkan stok durex kondom kepada kau. Tapi apakan daya, duit nak tong2 minyak pon terkebil2 nak cari,apetah lagi nak belikan hadiah tu. Maafkan kami.

Disamping itu jua, kami ingin memohon maaf kerana telah membawa seorang wedding crusher iaitu Farid Azmeer. Dia memang sengaja tidak sengaja merosakkan kek kau yang kaler nye biru tu.

Sebelum terlupa, aku mahu bertanya kepada kau, mana nak dapat ayam golek tu? Sedap nak mampus! Ayam golek kau hidang tadi memang telah membuatkan aku buat2 terlupa yang aku dalam proses diet.

sedap siotttt.


paham2 la ape yang jadi...hehehehe


awwww..soo shwweett.. Semoga Bahagia di dunia dan akhirat..


**alamak. lupa pulak zai x baca blog aku.sape2 yang kebetulan terbaca entri ni sila promotekan kepada zai. ;)

Wednesday, December 9, 2009

Datang bulan


Fakta-fakta menarik mengenai bulan:

-Bulan sentiasa berbentuk sfera walaupun kita sering melukisnya dalam bentuk sabit.

-Semasa bulan mengambang, tiada semestinya semua perempuan datang bulan.

-Jika sedikit serpihan bulan jatuh ke bumi, kemungkinan besar boleh mendatangkan impak yang amat kuat kepada permukaan bumi. Tetapi masih terdapat orang melayu yang mengharapkan bulan jatuh ke riba mereka.

-Walaupun teropong dan satelit pemantau dunia sudah semakin canggih dan boleh melihat permukaan bulan dengan jelas, tiada satu pun gambar yang memperlihatkan bendera amerika yang dikibarkan neil armstrong di bulan dahulu.

- Filem New Moon yang tengah hangat di panggung tiada langsung mengisahkan pasal bulan.

*post ini sekadar isi masa lapang*

Tuesday, December 8, 2009

Buat kamu.



[ o ] Ya. Tak perlu paham jika malas berfikir apa maksudku.

[ o ] Oh. Aku sudah 'gerak atas/hidup'. Jadi. Hati aku kering. Ya. Tak perlu lagi takut untuk melepaskan sesuatu. Wahai kamu2 yang takut untuk bergerak. Hayun saja langkahmu. Pasti ia akan terus bergerak. Lepaskan sahaja beban hatimu. Biarkan dirimu ringan, tiada lagi sauh yang menongkah arus.

[ o ] Hei kamu2! Jangan takut. Ikan bukan seekor. Terputus satu,dua,tiga mata kail tidak bermakna kamu tidak akan mendapat ikan buat selama2nya. Tarik sahaja jorannya jika kamu rasa ada goyangnya. Bukan tidak perlu bersabar langsung ok. Cuma jangan terlalu bersabar sehingga ikan itu sudah tiada, baru kamu mahu mengeluh kenapa tidak kau tarik sahaja jorannya tadi.

[ o ] Ya. Kamu! Takut hanya buat kamu menjadi tidak berani. Tanggung risiko jika mahu itu. Jika tidak sanggup, berundur sahaja. Mudah sahaja. Jika kamu fahami apa yang kamu takuti, mungkin takut itu sebenarnya bukanlah sesuatu perkara yang patut kamu takuti dan takut itu hilang dengan sendiri. Tiada perasaan takut itu, berani datang dalam dirimu.

[ o ] Jangan cuba berceloteh pasal cinta jika tidak tahu apa ertinya. Aku bukanlah seorang pakar. Cuma aku tahu apa yang aku perlu tahu. Jangan cuba membunga2kan cinta jika kamu tidak sanggup untuk meluahkannya. Jangan nafikan cinta, jika kamu belum merasakan kewujudannya.
dunia ini kejam kan.
kenapa hanya sediakan kerusi melepak sebegini untuk berdua.bukan seorang... heh

*Sekarang aku dah nekad. Nekad dalam segala2 nya. Ya. Azam semester baru. Tapi bukan sebarang azam. Ini azam disertai dengan nekad dan telah dimulakan langkah2 awalnya..huahua
* ini pemikiran aku. cuba berfalsampah sedikit..hehe

Sunday, December 6, 2009

Warna Warni Malam Sabtu


*superman united - gibson*


ahhh..aku malas main dah! aku nak baring je.loser nye aku! - gerrard


walaupun dia adalah judas. tetap hero~


babi.time2 ni la nak bersin..arghhh.da la kalah plak tuhh!! - the drog



Ape? chelsea kalah ngn man city? sayur nye..seronok plak aku gelak..lagi2 lampard x score penalti..hahaha.. -bigsam



sources:soccernet.com

Tuesday, December 1, 2009

Selsema Khinzir

Aku sendiri perasan yang aku cukup bagus malas nak menaip sekarang. Jarang2 nak update. Yela. Tade ape yang menarik, nak cerita ape kan.

Semalam lepak dengan en heroic. saje je nak berjumpa dengan die. sempena hari lahir dia la katakan. Banyak betol borak. Kalau x pandai nak tengok jam, agaknye subuh baru habis. Nasib baik la abes borak 5.30pagi je. Pastu singgah rumah dia kejap sebab nak lawan PES2010. Hmm.lupakan saje pasal ape jadi kat game tuh.

Oh ye. sesi persekolahan pembelajaran kat uniten ni dah bermula. Boleh la aku buat2 busy sekarang. Rajin kan? kan? Eh.pasal result pon, kita lupakan ye.


*sekadar hiasan*

Sekarang dah masuk bulan 12. Tinggal lagi sebulan, tahun 2009 ni akan meninggalkan kita. Agak2 nya ade x orang bodoh/bengap/baghal dah bunuh diri takut nak lalui 2012? Sedih la pulak nak tinggalkan 2009 ni. Padahal aku rase cam baru je lagi aku sambut new year aritu. Kejap betol.Kan? Kan?

2009. Tahun yang paling getir dalam hidup aku.macam2 jadi woo. siot tol.
Pepatah yang sesuai untuk kesah tahun ini:
Jatuh. Bangun. Dan Jatuh kembali. Aku tetap akan cuba untuk bangun kembali. Tidak kira berapa ramai yang suka dan ketawakan aku. Aku tetap bangun dan berjalan kehadapan tanpa ragu2. Sambil sapu seluar aku yang kotor kat buntut.

sekian.