Wednesday, December 30, 2009

Kawan

Hai.

Kadang-kadang kita terfikir kenapa susah sangat nak cari kawan bila dah besar2 macam ni. Masalah kurang ikhlas la, khianat la, tikam belakang la, emo lebih la, buat tahi la dan lain2 lagi la.

Bila diimbas kembali, dulu2 macam senang je nak cari kawan. Kat sekolah macam semua orang dalam kelas tu satu kepala. Ngam habis la. Tapi bila sekarang, ada je yang tak kena. Ini semua kerana manusia sudah berubah bila umur makin berubah. Kalau dahulu ketika kecil, manusia ni macam kain putih. Semua sama je. Bila dah besar, makin bercorak2 kaler nye, ade yang putih bertompok2 biru, ada yang dah hitam kaler nye, ada juga yang kalernye macam pelangi. Ada pulak yang kalernye seimbang. Ada gelap, ada cerah.

Oleh sebab itu, manusia ni susah nak ngam bila da besar. Masing2 dengan fi’il mereka sendiri. Kalau ada yang ngam, bernasib baik la kan. Kita sendiri pon ada sikap,sifat kita sendiri, ada yang baik, ada yang tak baik. Apa tanggungjawab kita kepada rakan2 kita? Memahami, sabar, dan sentiasa membuka peluang.

Kita kena paham manusia adalah spesis yang berbagai2. Oleh itu, tugas kita adalah memahami orang lain dan yang penting, memahami diri sendiri. Sebagai contoh, mungkin rakan kita mengalami masalah lampi, lembab nak mampus. Jadi, sebagai rakan yang baik, selain bahan rakan ni, kita paham sifat dia itu. Lalu kita jangan jemu untuk ulang apa yang dia tidak paham. Kan? Baik kan camtu?

Kalau ada member cepat emo, kita kena paham jugak. Selain sabar dengan ke’emo’an dia tu, kita nasihat la dia. Biasa la, tekanan dalam hidup boleh buat seseorang tu cepat panas dan hilang rasional dalam berfikir. Dia fikir dia je betol. Tak apa. Kita layan je. Baik kan camtu. Dan kalau setiap hari pon emo, kita bagi penyepak kat muka, dan cari kawan lain.

Ada pulak rakan yang suka buat tahi. Janji tak tepati. Orang macam ni, kita paham dia dengan bagi mereka peluang. Jangan cepat melatah atau melenting. Sabar je. Kita bagi dia ‘hint’ yang kita tak suka cara dia tu. Baik kan cara camtu? Kan? Dan kalau jenis ini jenis tak paham bahasa dan suka ulang2, kita letup je. Sound setepek atas muka. Bagi dia paham sikit yang kita ni kawan dia. Bukan nya kuli mak bapak dia upah suruh kita berdamping dengan dia.

Bagi diri kita pulak, kalau kita rasa mereka macam marah kita, tidak suka kita, kita fikir balik,apa puncanya. Apa silapnya kita. Adakah kita tersilap cakap, atau adakah kita telah berkasar, atau pun apa sahaja yang kita ter atau sengaja buat pada dia. Dan kalau kita fikir kita ada terbuat sesuatu macam atau memang salah, kita minta maaf. Kalau dia seorang rakan yang baik, mereka akan respon apa kita maafkan. Sama juga kalau mereka yang ada buat salah. Kalau kita mahu teruskan, respon. Jangan bermuka2.

Akhir kata, dunia ini memang penuh pancaroba. Kadang2 kita bernasib baik dan kadang2 kita sering dirundum malang. Mungkin belum nasib kita bertemu sehabat sejati. Tapi syukur Alhamdulillah bagi saya, saya telah menemui mereka. Terima kasih kawan2.

10 comments:

kamalya kamal said...

sebagai sorang kawan...ko terbaik bhai!aku takkan lupa ko...

Mr. Shcomey™ said...

thanks babe. ;) hehe

gracieyna said...

aku stuju.. dh bsar mmg ssh beb nk carik kwn yg baik.

HEROICzero said...

ade kawan aku blogging ngan tulisan cm sial aku nak bace, panjang lagi post nye..

Mr. Shcomey™ said...

gracieyna: taw tape..dunia warna warni.camtu jugak la dgn orang keliling kita...

heroic: kau sebagai kawan,kena memahami..hehehe

HEROICzero said...

faham2~

RinG said...

aku kategori mane wan?

Mr. Shcomey™ said...

kau kategori pop dangdut..haha

RinG said...

agak comel tu

HEROICzero said...

<< boy band