Wednesday, May 27, 2009

weekend yang bahagia ditamatkan dengan pendahuluan hari yang amat menyakitkan.....



speechless....



huuu...aiyak!

Wednesday, May 20, 2009

bodoh atau pandai??

hai..hari ini,terbukak jugak hati aku ni nak menulis..walaupon tulisan dan idea aku amat bagus terok,tapi aku tetap nak menulis..haha..
oh ye..selama beberapa minggu kot,aku asek teragak2 nak menulis..ada je perkara yang menghalang aku nak menulis seperti: malas, tak rajin, tiada mood, sibuk wat hal lain, tiada idea

tapi hari ini, aku tetap tiada idea,malas, dan sibuk.TETAPI, aku tetap nak menulis jugak.. haaa.semangat baru..
okay.. cukup dengan repekan aku..sebab aku ade kemusykilan yang bermain difikiran aku..

okay.. KENAPA perempuan suka dirinya ditipu?

tak percaya? kebanyakan perempuan, akan tersipu2 bila dipuji atau dijanjikan sesuatu seperti:

-wow,cantiknya awk harini.. **xpuji kang, ko marah lak

-wow,name awk cantik seperti tuannya, **10 orang da aku jumpe name cm ko

-sy adalah lelaki yang sungguh bertuah kerna dapat menemui gadis seperti awk

**aku mmg bertuah gle sbb dapat pompuan bodoh cm ko,sng sket tipu

-suara awk sedap lah membuat sy tidak henti2 rindukan awk, **ko ni laki ke pompuan??suara garau gile

-sy sudah xsabar2 untuk menghadiahkan awk hadiah tanda cinta kita sebaik sahaja awk menerima sy **nak dapat ko punye pasal,rasuah ko sket la..kalo xdpat,aku beli utk awek len..

-sy akan bertanggungjawab kalau ape2 terjadi selepas ini (wow) **tah sape2 yang buat,ko tuduh aku

haha..ini antara dialog yang biasa dipersembahkan lelaki untuk perempuan..n amat menakjubkan,kebanyakan perempuan akan percaya dengan "ayat manis" ini..

okay..aku mengaku, aku bukan lah orang yang berayat manis, sebab aku suke cakap direct tanpa berfikir..xpercaya? tanya sape2 yang kenal aku..sket2 "manis" ade la kan..
okay..diakui jugak,yang bukan sume laki yang janji/cakap ayat diatas hanya sekadar penyedap.maybe ada yang tulus dari hati..maybe..

tetapi..perlu diingati, seorang lelaki (xsemua), cenderung untuk menjaja ayat2 manis mereka selagi ape yang mereka nak xdiperolehi..

percaya lah..dari 10 yang dijanji,hanya satu ditunaikan apabila mereka dapat ape mereka mahu..

same jugak,dari 10 pujian/kata2 manis, mungkin satu,dua je yang betol..
n sila percaya jugak, lelaki akan menjadi seorang "putera idaman" apabila mereka mahu memikat perempuan..tetapi,akan menjadi "katak" kembali apabila sudah dapat ape yang mereka mahu kan? ahh..ayat aku da berbelit..heh..
okay..ape yang aku ingin maksudkan dalam post ni, bukan lah kehebatan lelaki berayat manis,atau pon sejauh mana lelaki berkata benar...

TETAPI aku nak maksudkan sejauh mana kebodohan kepercayaan seorang perempuan/gadis/wanita terhadap "ayat2 manis"...

oh ye..aku tahu..semua perempuan tahu apa itu ayat manis..n mereka sedar itu hanya ayat manis bila kata2 itu disebut lelaki yang diluar 'liputan' hati mereka..tetapi..mereka akan tidak sedar,khayal,angau apabila ayat manis itu diluahkan oleh jejaka idaman..mereka percaya semua..semuanya indah kan? bau kentut pon wangi,dikongkong pon dianggap kasih syg abadi..

tapi kan..itu lah kuasa cinta..so wanita,apa kata anda?


Wednesday, May 13, 2009

orang kuantan~ heh

**cun jugak

yuna - dan sebenar
oh bulan

jangan layan diriku lagi
pabila,air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,kau bersama yg lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya
ku rebah,jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air


adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
ohhh

oh ok..sume orang da pernah dengar lagu nie..n aku taw mst ramai da muak dengar..heh..tp ntah la nape aku nak post pasal yuna nie jugak..da sekian lame aku dgr,baru skang aku nak post..
ok..aku akui juga,aku taw lagu nie je..yg len aku dgr,tp x meransang pendengaran aku..so,aku minat yuna ade 3 sbb...:::

1st-suara die cm norah jones
2nd-lagu die ni dtg kat telinga aku time yg "kena"
3rd-die cun..heh
aku bukan la peminat die yg fanatik pon..aku xtaw biodata die,aku xtaw rupa sebenar die, aku xtaw die tggi mane, aku xtaw die punye myspace, aku xtaw die lgsung..
yang aku dengar2..die orang kuantan, die skolah kat kuantan,mak die cikgu kat sekolah sebelah sekolah aku..tapi mulut orang,bukan ley percaye sangat...kan? huhu
anyway..goodluck for her..harap2 la die terus maju jaya la..

Sunday, May 10, 2009

bace la weh..

tahukah anda
1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenalisebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzodalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini padatahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yangbernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau,menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripadapenggunaan susu cap bendera.
3. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani.Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besilain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik keretabukanlah magnet.
4. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicakmenyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supayabenda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu iatidak akan diekori lagi.
5. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuhtelinganya sendiri menggunakan siku.
6. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluarkadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atausilap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burungmempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
7. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir samawalaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapunorang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasalapar.
8. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masihaktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik dirumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
9. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wangringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
10. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayamdimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yangberupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untukmenggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja olehkawan kita.
11. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telahmencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku........ .....CAYALAH!

fakta yang mengelirukan
1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.
2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya,cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.
4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"
5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.
6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap 'cibai' kat depan orang tua-tua.
7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.
8. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.
9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.
10. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.
11. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok. (Mesej berunsur dakwah. Sila duduk tahiyyat akhir)

ok..ini adalah bersumber dari blog http://maenkhok.blogspot.com --bukan nak ciplak,tapi nak beritahu yang aku suka bace post nie..huhu

ni la aktiviti untuk hari ini..SMART NIAGA...
smart tu merupakan name skolah aku..
walaupon aku da xlayak nak bgelar dak skola lg, tp aku tetap pergi la..
mende setahun sekali..itupon xtentu tiap2 tahun dapat pergi..
kali ni xbanyak kedai bukak..tapi da jadi cm konsert lak kat sini..rupa2nye, skola aku baru dapat alat2 jamming tajaan kementerian pelajaran msia..siot tol! ktorang dulu tade pon,bwk gitar kat hostel pon kene rampas(bukan gitar aku la)
mula2 aku datang,smpai je pintu pagar,aku terasa amat tua untuk berada kat sini.. tapi redah je la..
rupa2nya..ramai jugak budak batch aku datang...lbey 10 tu kire ramai la kan..huhu
thanks kat mirul n azie yg support aku makan n minum..ahaha..da dorang ade kupon,blanje la aku...
pujian kepada gerai persatuan majlis pelajar,sbb dorang nye sambal sotong memang buat aku kecur lidah lerr..best! haha..
ape yang aku lihat kat sekolah aku mmg banyak berubah dari yang aku tinggal 6 tahun lalu..pergh..da lame jugak eh? antara2 perubahan yang aku dapat aku tgok la..kelas aku dlu da btuka jadi bilik komputer..kureng..pastu bilik disiplin berdebu..(sbb jarang orang datang,kes kurang berbanding dlu..perghh), tandas ade cctv (wow!), ade bilik jamming, koop da tuka tempat len, dewan da renovate,pastu banyak pondok2,kolam da tuka jadi tempat tnam bunga..banyak jugak la..n paling ketara, budak pompuan da selamber xpakai tudung kat skola..haihh..dulu mane ade,sume btudung rapi je..
yang menarik hati, klasmet aku dlu-vishnu, gamba die byk terpampang kat dinding2 dewan..legend SMART tol la...otak genius tuh..walaupon die kurang pendengaran,tapi die rajin..aku kagum ngn die..huhu..tahniah la dude..
bila kitorang berkumpul, n melihat sekolah kembali,hati kecil aku ni berkata aku teringin nak kembali ke sekolah balik..zaman yang tiada ganti keseronokannya...hmmm..miss em..

Friday, May 8, 2009

banyak idea datang..tapi tade mood nak tulis..jari rase berat sgt2..mmg siot tol..arghh!!!

Tuesday, May 5, 2009

Di luar liputan

Sesudah beberapa lama aku terperuk di kuantan, aku membuat keputusan drastik mepekkan beg aku dengan pakaian2 yang diperlukan di key ell kuala lumpur..
hm..tiada tujuan yang logik untuk aku ke kl kali ni.cuma ada satu sebab yang membuatkan aku tergerak hendak pergi.. aku rasa malu untuk menyatakan sebabnya kerana aku pasti digelar bodoh yang tak dapat diubati jika aku menyatakannya..haih..
hari pertama, aku menyelesaikan 'sebab' aku ke kl dulu kemudian baru fikirkan perkara lain.. tumpang tidur di rumah saudara adil gemok heroic, n tidak sedarkan diri pada hari kedua..ada sesuatu yang buat aku terasa amat bangang sekali..
di bilik heroic, keadaan pada siang hari,agak kelam..aku melihat tingkap menunjukkan keadaan di luar agak gelap(macam mendung la). n bunyi yang aku anggap hujan ditambah dengan keadaan bilik yang sejuk,membuat kan aku membuat kesimpulan cuaca hujan..walhal x pon..amat terasa bodoh sekali..patut la bila aku ckp kat heroic "asek hujan je harini" disambut dengan "bila plak??"..cesss aku terkena..
petang itu aku bertolak ke uniten dengan segera..terimakasih kepada aizat kerana sudi mengambil aku kat ktm serdang..keadaan tren yang sesak ditambah pula dengan beg yang berat disebabkan komik2 yang dipinjam dari heroic,membuatkan aku kehausan tenaga batin yang amat sekali..
setelah selesai makan malam,aku berjumpa dengan rakan2 sekelas aku yang mengambil sem pendek di uniten..biasa lah..lama x jumpa kan..
baki malam ni pula dihabiskan dengan menaip2 post nie..dan seperti biasa aku penuhi malamku dengan melukakan hati aku sendiri..ok2..dah2..aku tahu aku bodoh..
sekarang..aku tengah berfikir,apakah nasib aku esok? aku nak buat apa sok? macamana pula dengan rabu? dapatkah aku melepaskan rindu ku?..aku sekali lagi bingung dalam mencari arah....oh tuhan..tunjukkan padaku jalan yang benar dan berikanlah aku kekuatan dalam menghadapi jalan yang aku pilih..amin...
sampai bila harus aku menunggu? aku pon x tahu lorr..

maafkan aku jika kamu semua membaca ayat post ini seperti ayat novel murahan..hehe..aku x tahu kenapa aku menulis dengan begitu skema sekali..yayyy