Sunday, February 6, 2011

Pubis sama gelap, tapi hati lain lain

Setiap manusia ini dijadikan dengan kod yang berbeza. Ada yang ini, ada yang itu, ada yang iniitu, ada yang ituini, ada yang iniini, dan ada yang ituitu. Macam-macam.

Bagi aku, tak perlu tunjukkan diri tu lebih dari orang lain, kerana orang lain yang kita rasa kurang itu ada sesuatu yang lebih dari segi lain dari kita. Mungkin lebih panjang? Lebih besar? Atau pun bulu lebih? Kita tak tahu.

Yang perlu kita lakukan ialah menerima kekurangan seseorang. Kekurangan ini kadang-kala hanyalah dari sudut pandangan kita. Mungkin bagi diri mereka, itu hanyalah normal semata-mata.

Ada manusia dilahirkan dengan kebolehan menerangkan sesuatu dengan ringkas. Bagi ayat sepatah dua kata, tapi orang lain boleh paham maksud yang nak disampaikan. Contoh bagi aku adalah blog Hilang Punca. Cerita pendek-pendek, tapi ramai paham apa yang dia nak sampaikan. Kadang-kadang aku rasa dia tak terfikir pon, tapi orang lain tafsir berjela-jela.

Ada manusia pula dilahirkan sebaliknya. Terang panjang lebar, tapi orang lain tak paham juga. Contoh macam lecturer aku. Tulis blog panjang-panjang, tak tentu orang boleh paham apa aku nak sampaikan. Tulis pendek-pendek, memang orang tak paham terus. Kadang-kadang memang tiada apa pun yang nak aku sampaikan. Sekadar menaip tanpa tujuan.

Mungkin orang lain beranggapan itu adalah satu kekurangan aku, tapi bagi aku, itu adalah normal. Dan mereka yang anggap sikap aku ini menjengkelkan, sila terima apa yang kamu anggap kekurangan ini. Kalau rasa ego/tak boleh/taknak/tak terfikir/tak ingin terima langsung kekurangan ini, sila cuba untuk terima juga, atau pun bagi peluang untuk aku baiki. Kalau tak boleh juga, boleh close tab aku dari hidup korang dan biarkan aku dalam history dan bila-bila masa senang boleh clear history serta cookies.

Bagi aku, penerangan tu bagus. Ringkas itu juga bagus. Tapi manusia itu sendiri complicated. Sebagai contoh, bukan semua benda aku suka cerita panjang lebar. Sebagai contoh, ketika meminta sesuatu atau memberi arahan. Aku lebih cenderung untuk memberi sesuatu penyata yang lebih ringkas dan tidak menerangkan maksud sebenar tindakan itu diambil.

Contoh: Kau tunggu sini, jangan gerak.

Mungkin orang yang aku suruh tu pelik dan bereaksi: "Kenapa pula aku kena tunggu sini." "Eh suka hati aku la nak gerak." Atau pun "Kenapa tak boleh gerak, ada apa kat depan tu?"

Aku dah terbiasa bila selesai semua, baru aku cerita kenapa kena tunggu situ, kenapa jangan gerak, kenapa dan kenapa semua diterangkan. Itu aku kata manusia seperti aku ini complicated.

Akhir sekali, jangan kata entri ni adalah kekurangan aku. Mungkin kamu semua tidak paham apa yang ingin aku sampaikan, kerana tidak semua yang disampaikan berkaitan dengan diri kamu. Si A tidak akan paham apa yang aku tujukan pada Si B. Begitu juga dengan C, D, dan juga E. Hanya B sahaja yang dapat memahami. Itu pun kalau si B ambil tahu.

Kesimpulannya, jelas sekali, pubis sama gelap pun, belum tentu hati semua sama.

3 comments:

HEROICzero said...

manusia itu ringkas jek. tapi kadang2 nak rasa "up" , bajet macam complicated sgt, xde orang yang akan faham , konon. keh3x

*well ni aku rasa mesej neh.... ade la tuwww ade la tuwwwww~

Wanturd™ said...

tu la kau. kau tak dapat isi entri ni. kena baca ngn mata hati. kahkahkah. lancau pe mata hati.

isi dia sebenarnye, aku tak reti cakap sket2, mesti nak panjang lebar, then orang tak paham.

see. komen pon nak panjang. x boleh buat pe da

Zulfadli Zainal said...

title kau euuuuuw!