Sunday, July 25, 2010

Man. Mana kau?

" Cilakak. Sedap pulak bau burger Amar makan tadi. Aku dah la tengah lapar ni. Hish! " rungut Adi dalam hatinya.

Bau burger Ramlee yang gerainya terletak di seberang jalan sana amat menggamit perasaan Adi yang sedang bertungkus-lumus membuat persediaan untuk SPM tidak lama lagi. Perut yang berdentum-dentum menandakan tahap kelaparan Adi di paras yang kritikal.

Adi segera menutup buku teks Sejarah tingkatan 5 itu walaupun baru sahaja separuh jalan kerja menggaris isi-isi penting dalam bab 4 yang berkisarkan peristiwa Malayan Union itu. Bagi Adi, mengisi perut itu lebih penting dari mengulangkaji matapelajaran Sejarah itu. Setelah mengenakan boxer Sponge Bob kegemarannya, dia segera menyarung seluar panjang Michiko London nya. Selang beberapa saat, Adi cepat-cepat menyusun langkah ke bilik sebelah.


" Man. Man. Oww Man. " jengah Adi di muka pintu.


" Haih. Tade pulak si Man ni. Mana pulak dia pergi ni? " bisik Adi kebingungan.


Adi berpaling dari muka pintu dan perlahan-lahan berjalan menuruni tangga. Setibanya dia di aras 2, tiba-tiba ada tangan yang menepuk bahunya.


" Woit Adi, hang nak pi mana semat-semat neh? " bunyi suara dari belakang.


" Kau rupanye Man. Weh. Jom teman aku fly jap. Aku lapar la. Aku nak pergi beli burger kat Ramlee tu." terang Adi kepada Man.


" Jom. No hal. " jawab Man ringkas.



.....


" Man. Apasal kau tak beli burger tadi Man? Kau tak lapar ke? Ishk. Jangan pow aku taw nanti. Haha. " kata Adi sambil menginjakkan badannya melepasi pagar separuh batu separuh besi itu.

Mudah sahaja untuk melepasi pagar di belakang dewan makan ini. Rendah dan kacang untuk dilepasi. Sebab itu Adi dan Man sanggup memilih untuk berjalan jauh sedikit. Lagi pun, kawasan pagar ni agak line clear dari pak Guard. Tetapi selepas melalui dewan makan, mereka terpaksa melalui bangunan Bengkel Kemahiran Hidup yang agak usang dan gelap.


" Tak. " jawab Man ringkas dan sedikit perlahan.


Adi tidak lagi bertanya. Dari tadi dia rasakan Man seolah-olah tidak mahu melayan pertanyaannya sejak dari tadi lagi. Adi merasakan di belakangnya itu seperti bukan Man yang dikenalinya. Man yang dikenalinya sangat banyak mulut dan pantang diajak berbual. Tapi Adi segera menepis andaian-andaian alam angkernya itu. Dibuang jauh-jauh pemikiran itu.

Tiba-tiba kedengaran bunyi anjing menyalak-nyalak sahut bersahutan. Ditambah dengan keadaan bangunan Bengkel Kemahiran Hidup yang agak usang itu menambahkan keseraman kepada Adi.


" Haramjadah punya anjing. Tade masa lain ke nak karoke? Time-time camni la kau nak menyalak. " bentak Adi secara perlahan.


Tiba-tiba bau busuk yang amat menusuk hidung Adi. Adi mula panik. Adi segera berpaling ke belakang.


" Man? Man? Mannnn? Mane kau weh? Kau jangan memain Man. Ini bukan masa kau nak buat lawak setan kau taw. " jerit Adi ketakutan. Jelas dari suara Adi, dia sedikit menggigil.


Bau busuk tadi makin lama, makin kuat menusuk hidung Adi. Bulu roma Adi pula makin meremang. Adi yang sudah panik tanpa berfikir panjang terus berlari.

Berlari.

Tanpa menoleh kebelakang langsung, Adi terus berlari sepantas mungkin. Kelihatan air mata sudah mula mengalir di pipi Adi. Adi menangis ketakutan. Rupa-rupanya, bukan setakat itu. Adi juga terkencing di dalam seluarnya.

Malam itu, Adi tidak dapat tidur, dan sepanjang malam Adi menggigil ketakutan. Sambil menggigil-gigil di perbaringan, Adi mengomel-ngomel seorang diri berjanji tidak akan melalui Bengkel Kemahiran Hidup tu lagi. Adi demam selama 2 hari 1 malam.




.......




" Weh Adi. Ang memang babi no. Selamba ang ja tinggal aku kat bengkel semalam haa. Aku pi berak sat ja kat belakang bengkel, tup-tup ang da tada sana. Cilaka! " maki Man kepada Adi pagi keesokkanya.

8 comments:

Anonymous said...

ko pnah dgr ONburger kat ampang? best dooow haritu aku g, dgr kate femes gak

-RinG-

Anonymous said...

...okay, dah baca. :) haha!


-A-

~~aKoO~~ said...

woit..
mti2 aku igt man tu hntu..
pi berak rpenyer..
apa daa..

cik GULA-gULA said...

laaa.......

Mr. Schomey™ said...

ring: haha. aku dengar burger bodo dekat subang tu sedap. nama pelik je. burger bodo.

A : cehhh

akoo~: dia p berak ek? jap tak baca abes lg. haha

cik sweet: laaaa

Anonymous said...

poyo.

-A-

HEROICzero said...

haa ni aku tau neh... latar tempat, uia PJ.

watak dan perwatakan belum aku nak kaji lg.. keh3x

jane said...

citer APA NI?
HAHHAHAHHA