Saturday, July 24, 2010

Bintang Ini

" Abang. Kalau Ana tak datang boleh tak? Hehe :) " mesej Ana menyergah lamunan aku.

" Ana jangan gedik ye. Abang dah pakai semat-semat, hensem-hensem untuk Ana taw. Datanglah cepat, Abang risau awek-awek restoren ni ngorat abang la. Cepat datang taw selamatkan abang. :p " balasku mengusik.

Sudah 30 minit Ana lewat. Ana tak pernah lewat untuk datang makan malam bersamaku. Selalunya, aku yang lewat. Malam ini special buat kami. Special yang dirancang aku.

" Abang. Ana sayang sangat kat abang taw. " mesej Ana pendek.

Aku sedikit kehairanan. Ana jarang menyatakan sayangnya kepadaku dengan kata-kata. Alasannya cintanya tidak perlu dipatri dengan kata-kata selalu. Cinta hanya perlu dirasai dan dihayati. Tapi aku tetap geram dengan pendiriannya itu dan selalu sahaja aku merajuk mengada-ngada dengan Ana. Bila dipujuk, aku sengaja merajuk lama-lama supaya dia terus memujuk. Mengada kan? Namun ciuman Ana di pipi pantas mencairleburkan diriku begitu sahaja.


" Mengelat! Mana aci pujuk camtu. " kataku padanya selepas dicium.

" Padan muka abang. Siapa suruh merajuk lama-lama. Hehehe. " ketawa Ana tersengut-sengut. Ketawa Ana yang tersengut-sengut itu bagiku sangat comel. Ketawa yang comel itu terlalu indah untuk aku tatapi. Indah.



.......



Sambil meneguk air mineral yang disediakan di atas meja, aku menyeluk poket kanan seluarku. Tangan aku melilar-lilar mencari sebuah kotak di dalam poketku itu. Ada. Lalu ku keluarkan kotak merah hati kecil itu. Aku meletakkan gelas tinggi itu ke atas meja. Perlahan-lahan aku membuka kotak itu. Cincin yang bertatahkan berlian kecil di atasnya aku tatap lama-lama.

Sambil memperhati cincin itu, akal ku ligat memikirkan apakah cara yang sesuai untuk melamar Ana menjadi isteriku yang sah. Mahu saja aku cilok idea dari cerita-cerita romantik barat yang selalu aku tonton sendirian di rumah.

Aku meletakkan kotak merah hati itu di meja dan segera mencapai telefon bimbitku lalu menaip sepatah demi sepatah mesej untuk Ana.


" I love you too Ana. :) cepat datang taw" balasku ringkas.



.......


Setengah jam sudah berlalu. Berkali-kali aku menelefon Ana. Namun hanya mesin suara yang menjawab panggilanku. Geram. Risau. Perasaanku bercampurbaur dan membuatkan aku tidak senang duduk.

" Auntie Ros " nama mama Ana terpapar di skrin telefon bimbitku. Terdetik dihatiku rasa tidak sedap hati.


" Hye Auntie, ada berita pape tak dari Ana? Saya call dia tak dapat lah. " kataku.

" Wan. Ana dah tade Wan. Dia kemalangan ..........." putus-putus sebutan mama Ana disambungi bunyi tangisan yang panjang.

" Anaaaa ..... " suara ku seakan-akan tersekat.



Kosong.



Gelap.


..........






Ana. Bintang kini tidak lagi terang seperti kala dirimu berada disisiku. Betapa hidupku tidak akan pernah sama bila kau tinggalkan diriku. Ana. Kenapa kau pergi dulu Ana. Takkan mampu ku hadapi dunia ini sendirian. Tiada erti semua ini bila kau pergi Ana.

8 comments:

HEROICzero said...

woooaaah gua ingat cerpen lucah neh ade cium2 pipi.

keh3x...

kotak merah tuh kotak marlboro kan?

Mr. Schomey™ said...

ada pulak. kotak merah tu kotek durex perisa pebendetah. hahaha.

cilakak

aku said...

lu bikin gua mau nangis sama T_T

Mr. Schomey™ said...

ahh. ni cerita kelakar la. heh

~~aKoO~~ said...

erk..
citer klaka ke?
cam citer real + sdh jer..
ksian kt lki tu n ana..

Anonymous said...

akoo: mati2 mana ada kelakar woo. aha

-mr.schomey

nad said...

weyy ko tls sndri ke cerpen2 ni???

Mr. Schomey™ said...

yela. nape weh?