Wednesday, July 28, 2010

Kentut Telematch

Alkisahnya bermula, King Coil merupakan raja berperlembagaan yang adil dan saksama. Baginda merupakan seorang yang gagah perkasa dan juga seorang ahli perang yang terunggul. Di bawah pemerintahan baginda, sebanyak 25 buah wilayah di eropah berjaya ditaklukinya. Empayar King Coil amat stabil dari segi ekonomi kerana mempunyai sistem cukai yang efisien dan muamalat.

Ketika usia 55 tahun, permaisuri kepada King Coil telah mangkat. Lama-kelamaan King Coil berasa kesunyian kerana isterinya, Ratu Felcia, tiada untuk menemani hari-hari baginda. Ditambah pula dengan keadaan negaranya yang terlalu aman damai, keboringan baginda di tahap maksimas. Pada suatu Julai yang aman, baginda mengarahkan bendaharanya, Sir Edward Tullen untuk mencadangkan sebarang aktiviti yang boleh menggembirakan hati King Coil.

Cadangan pertama Sir Edward Tullen iaitu Larian Merentas Desa Bottomless di tolak mentah-mentah oleh King Coil. Maksiat katanya. Setelah berfikir dan memikir, Sir Edward Tullen terfikir akan Pertandingan Kentut Siapa Paling Dasyat. Sebaik sahaja baginda mendengar idea bangang dari Sir Edward Tullen, baginda merasa teruja sekali dengan idea itu dan begitu tidak sabar untuk melihat kentut siapa yang paling dah-syat di dalam 25 buah wilayah taklukannya.

" Perhatian, raja kita yang kita sanjungi, King Coil telah mengadakan satu pertandingan Kentut Siapa Paling Dasyat. Sesiapa yang berkerakyatan taraf warganegara, berumur lebih 18 tahun, dan masih belum mati, dijemput menyertai pertandingan ini pada Ahad minggu ke tiga Julai, yang akan bermula seawal 10 pagi. Tempat ialah dewan serbaguna Gereja St Poul. Sila daftar 30 minit sebelum pertandingan bermula. Sekian. " jerit pencacai yang bertugas menjadi penghebah berita dari Istana.

Heboh lah sekalian orang kampung di warung-warung Starbuck, Coffee Bean berceritera mengenai pertandingan yang bakal dilangsungkan itu. Dikatakan, hadiah untuk pemenang pertama merupakan percutian 3 hari 2 malam di Alabasta, tanah 10000 kangkang kera, barang kemas Zullian, serta yang paling istimewa ialah dikahwinkan dengan anak saudara King Coil, Puteri Isabella.


.......


Pertandingan berlangsung dengan lancar sekali. Tiada gangguan yang berlaku. Penduduk mula bersurai. Kelihatan terdapat ramai penonton yang diusung oleh rakan-rakan atau ahli keluarga masing-masing. Ini semua gara-gara tidak dapat menahan impak kentut yang dipersembahkan oleh kesemua peserta-peserta itu.

Pemenang tempat ketiga memang cukup dahsyat. Kualiti yang dipertandingan memang bukan calang-calang. Dikatakan, semasa beliau kentut, semua meja-meja, kerusi-kerusi dan barang-barang dalam gereja bergegar kencang. Rambut-rambut palsu penonton ala-ala hakim juga kelihatan bersepah berterbangan.

"Pelepup pelepap pelepup pelepap" tepukan gemuruh memenuhi dewan serbaguna gereja.

Tempat kedua pula, pemenangnya mempersembahkan kentut yang dahsyat. Sekali lafaz je, seluruh dewan gereja bergegar. Kelihatan meja-meja terbalik, piano-piano terbunyi dengan sendiri, skru-skru bangunan juga bergetar-getar mahu tertanggal. Kelihatan serpihan-serpihan pasir dan simen berguguran dari siling gereja. Damn.

Selang 3 minit, gegaran berhenti.

"Pelepup pelepap pelepup pelepap" tepukan gemuruh memenuhi dewan serbaguna gereja.

Kalau nak dibandingkan, pemenang tempat pertama memang otai. Selamber je menang tanpa ada cabaran dari tempat kedua dan ketiga. Peh. Bila dia berdiri je di pentas, tanpa disuruh2, dia melepaskan angin kentutnya secara istiqamah.

"poottt puttt prutt pooooottttut" 4 das dilepaskan.

Selang 2 saat, ramai penonton rebah pengsan berganti-ganti. Macam domino. King Coil dah ready dengan topeng gasnya. Dahsyat. Tapi kentut yang impaknya setakat ini hampir sama sahaja dengan pemenang tempat kelima. King Coil segera memerhati sekeliling untuk mencari dimana keistimewaan pengentut ini.

.
.
.

" Tengok tu! " jerit King Coil sambil menunjuk-nunjuk ke arah hadapan gereja.

.
.
.


Itu dia, patung jesus yang disalib pon perlahan gerakkan tangan untuk tutup hidungnya. Busuk betul!