Tuesday, March 9, 2010

Seantero Dunia

Hai.

Cita-cita aku nak jadi seorang pengarah dan pelakon filem. Tapi sekarang aku tengah on the way nak jadi Jurutera Awam.

Err.

Hmm. Kenapa aku berminat nak jadi pengarah dan pelakon filem?

Seperti biasa, aku jawab sendiri soalan aku. Sebab utama aku rasa filem-filem buatan malaysia ni ketandusan idea la. Tipikal dengan filem-filem yang lain. Mesti nak ikut trend.

Kalau masa tu cerita lawak tengah hangat di pawagam, mesti semua pengarah nak buat cerita lawak walaupun lawak yang dihidangkan kepada penonton taraf lawak yang rasa nak baling popcorn kat orang kerusi depan. Kalau musim cerita hantu, memang semua nak berhantu-hantu juga. Kalau cerita cinta hot, semua pon cintan-cintan je. Cop! Bagi aku cerita cinta sekarang, taraf tak layak masuk panggung. Baik dijadikan drama kat TV3 je.

Bagi aku tak salah kau nak curi idea filem negara lain. Tapi jangan la tiru jalan cerita pula. Olah sendiri dengan kreativiti kita sendiri, baru la meletup-letup. Orang putih pon banyak tiru idea orang lain juga la.

Aku tabik spring pada cerita Anak Halal, Papadom (kebanyakan filem adflin shauki), Pisau Cukur, Jangan Pandang Belakang, Sepi, dan cerita awal2 rempit. Lain dari yang lain! Mungkin Jangan Pandang Belakang tu macam tipikal, tapi cerita tu best. Hehe.

Perasan atau tidak, cerita malaysia, sikit2 nak potong. Padahal cerita luar siar dekat malaysia, aksi yang sama, tak potong pulak.

Kalau aku, aku nak try buat cerita macam Hitman ataupun Lucky Number Slevin. Tapi mungkin cerita 2 jam jadi 45minit je nanti. Banyak sangat kena potong.

16 comments:

deus X machina said...

Kebanyakan pengarah sekarang cakap lebey kurang sama sebelum mengarah filem pertama mereka
tapi disebabkan desakan "untuk box-office" dan memenuhi selera penonton melayu....maka hasilnya adalah seperti filem adnan sempit, lu pikirlah sendiri dan sembilu-sembilu
erk888

Mr. Shcomey™ said...

yang bab Lu pikirlah sendiri tu aku rasa bukan pecah panggung, itu pecah kepala punye movie. sebab tu la kita kena berani mencuba. Macam anak halal, boleh je bikin. stail kot cerita tu.

silence musica said...

aduh.. besar cita2 bday boy ni. insyaAllah... buat lah cite. suruh aaron aziz berlakon pls. dia boleh jadi hitman tu

Danial said...

"Kenapa aku berminat nak jadi pengarah dan pelakon filem?"

Hatiku tergelak seketika apabila membaca ayat itu.

Mr. Shcomey™ said...

silence:aaron aziz jadi hitman? tak sesuai kot.haha..jap.kne pk plak sape sesuai..aaaaa

danial: cilakak kau gelak.hahaha.. dulu aku jadi pengarah dan pelakon drama kelas. menang nom 1.haha.tak caye, tnye silence..

nand nasyari said...

dah r beb..lu fokus nk grad suda..sebok je pasal filem plak skg..
haip2..!! ;D

Mr. Shcomey™ said...

aduh nand..kasi la can aku nak bercita2 kejap.hehe

HEROICzero said...

jgn lupe shaheizy sam, special appearance utk zati jek.

RinG said...

aah, ko pon typical malaysian producer jgk, nk tiru citer hollywood je. ko knl dr. rozmey x? kan dia ada buat movie dia sndiri kan? haa, tu la producer berani. tapi aku rasa mamat tu klaka nak mampos, bajet dan poyo, dia tu spatotnya get a life and get laid

Mr. Shcomey™ said...

da tu kau ingat cerita hollywood tu tiru cerita sape? kan aku dah kate, kite tiru idea, tapi olah sendiri..ada pham?

aku marah kalau ade orang kacau bakat filem aku.hahahaha

chykeenzachary said...

hye..klik ini...dan sy akan dapat rm0.20 thank you in advance http://malaysia.youthsays.com/chykeenzachary/improve

HEROICzero said...

hai awak, saya nak klik awak boleh tak?

Sesumpah said...

sama kes dengan aku, minat lain kos lain. tapi goodluck yah^^

Mr. Shcomey™ said...

sesumpah: ahaa.jgn caye sgt ngn cita2 aku weh.mungkin next2 post,lain pulak cita2 aku tu..hehe

Siti Nur Aminah said...

cite v3 dorang potong bab kiss tu..peh...

Mr. Shcomey™ said...

aku da suspen da time kiss tu..ngeh3..