Monday, February 15, 2010

Aku Skandal - Episod 2

Aku tersedak walaupun bukannya tengah minum air. Ada dua orang sahaja yang sanggup ber'hoi' dengan aku di pagi-pagi hari begini. Dadaku berdebar-debar sebelum berpaling untuk melihat siapa empunya suara. Janganlah si Encik Hadri Sulaiman itu yang muncul. Kalau dia, mungkin aku terpaksa berlakon demam untuk menyelamatkan puting dada aku ni dari menjadi mangsa tangan nakal beliau. Dalam agak ketakutan, aku segera berpaling.

" Woo kau. Ponteng perhimpunan tak ajak aku ye. Kurang ajar! Haha. " kedengaran suara yang merdu lemak manis itu sekaligus terus melunturkan kerisauan aku.

" Hish. Buat apa nak ajak kau Joe. Bukannya kau bawakan aku donat ke, karipap ke pagi-pagi camni. " balasku dengan suara yang hampir tidak terkeluar. Barangkali sisa-sisa tersedak tadi menahan suaraku.

" Ahh. Kerja kau asyik nak makan je kan Wan. Tapi, memang aku bawa pun. Jomlah makan sekali. " pelawa si Joe kepada aku.

Ya, nama dia Joe. Itu nama samaran yang kami beri kepada dia dalam sekolah ini. Nama sebenar dia Juliana. Nama penuh dia tak pernah pula aku ambil tahu. Dia ini minah otai dalam kelas aku. Sebab itu kami panggil Joe. Sejarah Joe memang tak sama dengan perempuan-perempuan ayu yang lain. Dia pernah bertumbuk dengan si Idlan Kassim, samseng kelas hujung. Kesnya tak besar mana pun, si Idlan ini pow nasi lemak salah seorang budak perempuan kelas kami. Aku dengar, mata si Idlan tu lebam seminggu, dan rambutnya terpaksa dibotakkan sebab separuh rambutnya telah ditarik oleh Joe. Biasalah kalau dah nama perempuan, tarik rambut dah kira wajib bila bergaduh.

Sambil makan karipap panas yang berintikan ayam, kentang dan ajinomoto ini, aku merenung wajah si Joe.

" Cun juga si Joe ni" puji aku sendirian.

Kulitnya yang putih, mata yang bundar, dan wajah seakan-akan Nora Danish. Memang taste aku. Tapi sayang gayanya pula agak kasar sedikit. Ini kalau aku mengurat, dia tak suka, memang habis aku kena tumbuk rasanya.

Hish.

************************************

Pagi itu, cikgu kami datang lambat ke kelas. Hampir 30 minit mereka menunggu di dalam kelas. Aku pula tidak sanggup untuk menunggu. Bunyi sahaja loceng, aku segera ke tangga di hujung blok untuk melepak. Tangga di situ sudah setaraf tangga di Bukit Bintang bagi pelajar di sekolah ini. Jika ada masa terluang, pasti kelihatan muka-muka seperti aku di situ. Kadang kala mereka memperagakan langkah-langkah shuffle di situ. Saja mereka mahu tunjuk hebat. Jika ada gadis-gadis yang lalu lalang, makin deras langkah-langkah shuffle mereka. Sebagai mamat cool di sekolah, aku tak buat perkara-perkara macam tu. Aku lebih suka berbual tentang masa hadapan di situ. Ahh. Tak perlu aku berdolak-dalik lagi. Aku hanya suka berbual mengenai pelajar-pelajar perempuan di sekolah ini. Topik rutin bagi remaja lelaki seperti aku.

Sedang rancak aku melihat Eddie Shufflar menunjukkan tarian ala tari tirana di depanku, telefon bimbit aku berdering menggetarkan peha aku.

' weh.ckgu da msk kls. '

Mesej dari Amir Jambu membuatkan aku bergegas pulang ke kelas.

" Woi Eddie, lu simpan step lu, gua nak tengok esok ye. " jerit aku kepada Eddie Shufflar sambil berlari-lari.

Eddie Shufflar mengangguk-angguk. Aku kurang pasti dia mengangguk kepalanya tanda setuju atau pun sekadar mengikut rentak tarinya.

" Hah. 5 saat je aku dah sampai. Laju kan? " bisik aku kepada Amir Jambu sebaik sahaja aku duduk di kerusi.

Amir Jambu membuat muka seakan-akan malas melayan kata-kataku. Cikgu Taha merenung tajam ke arahku sebaik sahaja aku duduk. Aku merupakan 'orang penting' di dalam kelasnya. Ada sahaja mahu mencari kesalahan aku. Sebab itu aku tergesa-gesa kembali ke kelas bila tiba sahaja waktu kelasnya. Mengelak dari mencari pasal. Tiba-tiba aku pelik dengan suasana kelas kali ini. Semuanya kelihatan seolah-olah berbisik. Yang laki bagaikan teruja dengan topik yang dibisikkan, yang perempuan pula seperti makcik-makcik yang bergosip di depan kedai runcit. Hairan. Apa yang hangat sangat diperbualkan mereka.

" Hari ini, saya nak perkenalkan awak semua dengan pelajar baru kita. Dia baru pindah dari Kuala Lumpur. Kamu semua jangan nak buli budak baru, paham? "

" Awak, sila perkenalkan diri. Nama, tempat lahir, dan hobi kamu. Haa. Ikutlah apa sahaja kamu nak beritahu kat rakan sekelas kamu ni " kata Cikgu Taha sambil menunjuk jarinya ke arah kanan kelas.

Lantas seorang gadis bingkas bangun dari penjuru kanan kelas. Sambil menghayun perlahan rambutnya ke kiri badan, dia memperlihatkan mukanya.

Waktu itu aku rasakan seperti semua pergerakkan dalam gerak perlahan. Ketika itu juga, seperti ada angin yang sepoi-sepoi bahasa membuatkan rambutnya seakan melambai-lambai kepadaku. Walau jarak kami jauh, tapi aku seolah-olah terhidu bau shampoo Herbal Essences di rambutnya. Harum.

Aku segera terpegun pabila melihat wajahnya. Tiada kata-kata yang sesuai untuk aku ungkapkan. Ahhh. Senang cerita, mukanya iras-iras Nasha Aziz.

" Wahhh...." suaraku tiba-tiba memecah keheningan. Semua mata-mata memandang tepat ke arahku.

Alamak. Tiba-tiba ia terpacul dari mulut aku. Merah padam mukaku menahan malu.

" Ehem. Assalammualaikum. Nama saya Nur Qaseh Liyana binti Haidar. " dia bersuara. Aku segera menahan ketawa. Masakan tidak, namanya seolah-olah tajuk drama di Tv3 itu. Tapi ketika itu juga, hatiku mula berbunga-bunga. Suaranya sungguh lunak sekali.

" Saya berasal dari Petaling Jaya di Selangor. Sekolah saya sebelum ni Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Jaya 1. " sambung dia lagi. Hatiku semakin berbunga-bunga nampaknya.

" Saya berpindah ke sini kerana mengikuti ayah saya yang bertukar jawatan ke bandar ini. Err..saya rasa tak ada apa-apa lagi yang perlu saya beritahu. Kalau kamu semua ingin tanya apa-apa, silalah. "

" Awak dah ada boyfriend? " aku tiba-tiba bertanya tapi masih lagi di dalam keadaan duduk. Sekadar mengangkat tangan kiriku.

Lagi sekali serentak semua mata-mata menoleh dan tertumpu padaku. Cikgu Taha merenungku bagaikan mahu sahaja dia menelan dan mengunyah-ngunyah diriku.

" Err.."



bersambung...

19 comments:

HEROICzero said...

dah mai dah Qaseh Liyana dia... haha!

Nurul Roddy said...

Niceeeee ! :D
dah tak pasal2 nak kena fikir apa kesinambungannya sebab entah bila pula encik schomey nak post cerita ni lagi.

Patimah said...

remaja nye cerita kau

Patimah said...

remaja nye cerita kau

RinG said...

nama dan watak dalam cerita ni tiada kaitan antara yang hidup dan mati kan? hahahaha, kadang kala kebetulan satu kepedihan.

Wanturd™ said...

heroic: name tu ok whattt..siot

ribena: haaa.jgn pk.kang pening. da pk da story line die mcm mane..jeng3.haha

aku: ciss.jgn la smpai 2x post.hehe..cite kne ar remaja.sesuai ar dgn keremajaan aku..

ring:hehehe..awat terasa lebih ni amir..makan jusmate5 laa bg kurang sensitif sket..haha

HEROICzero said...

weh, sape2 ade jalan cerita, sila post kt sini.. kesian safwan, die sebenarnye dh mati akal dh tu.. xtaw nak sambung apa..

haha! betul x syak wasangka aku~

Wanturd™ said...

cmon la.sume story line da ade dalam otak..

RinG said...

alaa, lps ni awek tu member watak cter ni sapu makan sorang. pastu dia pon frust, kecewa, try cari awek lain tapi awek tu berkenan kat member dia yang lain, tapi member tu xnak la pulak. camtu la kan? kan? kan? hhahahaha.. ni idea aku la, kalo nk amek, silekan je.. hehhehehe

Patimah said...

aku hantar dx sebab nak nyatakan senyata2 nye di situ.
kot la xfaham lg

Wanturd™ said...

ring: cerita kau, kalau masuk wayang, orang baling selipar kat screen..haha

aku: ciss.cover baik punye

deus X machina said...

Setan siap ada sambungan
next year ko dah leh apply slot drama kt RTM
erk888

Wanturd™ said...

deux: ahaha..aku awal2 da kate ade smbungan..
pe barang rtm, aku nak astro prima

HEROICzero said...

awat x p anta kat CBS terus. haha~

deus X machina said...

hantar kat tv venezuela la senang
erk888

deus X machina said...

lupa maw kasi tau
ko kena tag
sila ke blog aku
erk888

Wanturd™ said...

alamak.men tag2 plak..haha

deus X machina said...

ni gua marah ni
bila nak buat sambungnya ni

Wanturd™ said...

sabtu petang,aku siap kan.kalau tak,sabtu maghrib.kalau tak, sabtu malam..siapkan yang tag tuh.haha