Friday, October 23, 2009

Rehat

Aiyah...malam ni penat gila kot.. penat apa? penat cari jalan macam mana nak tidur. Dah pukul 6 pon, aku still tak boleh tidur. SAKIT!!!

Hari ni jumaat. dan Jumaat kali ni bermakna aku ada exam. Wahhh..dah final kan.. Aku rasa, bukan rasa,tapi sangat pasti, semester kali ni paling malas sekali. Lab tak hantar pada waktu yang diminta, kuiz tak study, dan ada yang x pergi.duh! dan paling ketara,dapat warning letter dari lecturer tercinta..Tapi kebanyakan benda ni, semua aku start buat perangai lepas aku kena "penyakit" tak boleh tidur malam ni.. ;(

Hah.semakin hari, semakin tiada idea nak post. sebab utama? kehidupan amat membosankan sekarang.. dan mulai hari ni,aku nak offline dulu..biar dunia cyber ni rindu kat aku..pffttt..tade sape nak rindu pon kan.ciss..

ok.sesapa yang nak exam..good luck..n study hard/smart.. xkan nak harap luck je..hehehe..

Assalammualaikum...

Friday, October 16, 2009

Mengejar Kegembiraan

Hidup ini perjalanan yang panjang. Tapi sepanjang2 perjalanan hidup ni pon, hidup di dunia ni sekadar "intro" kepada dunia di sana je. Apa yang kita corakkan di awal karangan, itu yang menentukan penutupnya nanti..kan?

Panjangkan hidup kita ni? Makin lewat ajal, makin panjanglah perjalanan kita ni.. Tapi tak bosan kah? Tak penat kah? Kalau setahun ada 365 hari..10 tahun da ade 3650 hari..kalau 50 tahun ade 18250 hari..wah..byk gila weh..nak lalui sehari pon rase da cukup memenatkan, apetah lg beribu2 hari..eh,perlu ke aku ajar korang mengira hari??ciss..

Hari yang penat,bosan,memeritkan, mesti selalu je ade kan? Sape plak nak hari dorang cmtu kan?
Jadi, menjadi lumrah manusia untuk mengejar kegembiraan. yela, bila gembira, semua pon jadi indah, bila gembira, hati jadi senang, bila gembira, terasa bahagia..gembira dan terus gembira..

Mudah ke untuk sentiasa gembira? Manusia sanggup je lakukan ape saje untuk rase gembira. Ade yang sanggup beli kegembiraan tu, ade yang sanggup nikmati kegembiraan palsu yang hanya menjelma di otak sahaje dengan terjebak pada dadah, ade pulak yang sanggup bersusah payah untuk gembira, ade plak yang sanggup hilang segala2 hanya untuk gembira, ade plak yang sanggup dihina untuk gembira, ada plak yang sanggup berdosa untuk gembira, ada plak yang sanggup berlapar dahaga untuk gembira......

Tapi kenapa ada manusia yang sanggup menolak kegembiraan demi satu pilihan yang mereka tidak pasti pilihan yang tepat atau tidak..ada jugak yang sanggup menolak kegembiraan yang sedia ada,kerana nafsu dan haloba.. kenapa ye?

Jika anda sedang gembira sekarang, hargai dan nikmatilah sementara ia masih ada....tapi ingat lah, jangan lah bergembira dengan cara yang salah sedang kan banyak lg cara yg lebih diberkati Allah..

Tuesday, October 13, 2009

Gosip bila x boleh tidur..

Sudah pukul 5 pagi.. aku terbangun hampir sejam yang lepas. Nak lepas hajat kecil agaknye..
Tak tahu la kenapeeeee dengan aku ni. dah terbangun tu,reti2 la tertidur balik..ishkk..da sejam aku golek2, buka fb yg mmg cm tade fungsi, buka itu,buka ini,buka itu kembali..lepas tu golek2 kembali..

hasilnye? same je..taleh tidur jugak..masalah betul..bila dah taley tidur, tangan aku mesti tercapai(mestinye laaa) hp lame aku..hp yang aku agak tidak guna pakai sangat da skang..sekali sekala aku panaskan hp lame aku tuh dengan menelepon pengguna2 maxis tegar cam mr heroic n mr ring tu..

Oh. Hp. Hp ni memang seboleh2 aku tanak pegang. Sebab condition,ringtone,wallpaper,alarmsound,gambar2, semua tersimpan rapi dalam tuh..x berubah langsung..dan semuanya pasal memori...memori yang pahit untuk diingati...shittuu..

Malam ni plak,aku terbelek2 plak msg lame2..wah..cm bagus je bila bace ayat2 msg tu balik..msg lame,setahun-2tahun lepas punye msg..so, janji2 palsu tu buat sakit hati jek..hehe..dengan selamber,aku keypadlock hp tuh, dan baring semula...

hasilnye? taley tidur terus! jadi, sebab tu aku dengan bajet bagus nye buat post nie. Ok. Dah selesai pon pendahuluan post aku...hehe

Kalau dah masuk bulan 10 ni, tema utama kat facebook -exam dan busy.. ye. Semua orang pon busy. Name pon setuden, mesti2 lah busy kan bulan 10 ni..time ni la semua projek, lab2 yang terkumpul, kuiz, nak disettlekan dan yang utama,start studi untuk final...

Alahhh bro, chillax la..baru je pagi tadi (isnin) aku submit 8 lab report aku..n kejap lagi (selasa) aku kena presentbentangkan projek MOM aku. Minggu ni jugak tarikh akhir submit lab report aku yang lagi 10 tuh..oh ye..aku amek 2 lab sem ni,tu yang nak dekat 20 lab report aku kene submit..stail kan? rabu(esok la kan??) ni pulak aku ade test, n jumaat ni plak aku ade test LAGI. dan FINAL aku 26hb ni. iaitu seminggu lebih je lagi.. oh ye,kenapa aku perlu cerita ape yang aku busy ni?? aku tahu, korang mst lagi busy dari aku kan? haha

Bila aku dengan tungkus lumus luahkan ke-busy-an aku ni, aku terlupa motif sebenar aku nak cerita dalam post ni..ade tadi..siyes ade weh motif die tadi..lupa plak..*sigh*
-terjangkit penyakit pelupa dengan Okayo nenek tua la ni..adoi..

Lain kali lah aku cerita ek..~.~

Friday, October 9, 2009

oh babaayyy..

kadang kala bila kita rindukan seseorang, kita hanya sekadar menyakiti diri kita sendiri sahaja..

kadang kala bila kita perlukan seseorang, kita baru mengerti bahawa kita tiada sesiapa..

kadang kala bila kita kesunyian, baru kita tahu yang kawan itu berharga..

kadang kala bila kita cuba memaafkan, baru kita tahu maaf di mulut tidak seberapa berbanding memaafkan di hati..

kadang kala bila kita bercinta, kita akan jadi bodoh tanpa kita sedari..

kadang kala bila kita bahagia, kita terlupa menghargai kebahagiaan itu sementara ia masih ada.....

sedar atau tidak, kita sentiasa melakukan kesilapan yang kita tidak sedari..

sedar atau tidak, kita tidak mungkin dapat undurkan masa untuk memadamkan kesalahan kita..

sedar atau tidak, kita sentiasa mengharapkan 'yang dulu' itu kembali memaafkan kesalahan kita..

sedar atau tidak, kita sentiasa mengharapkan keajaiban berlaku untuk kita...
dan sedar atau tidak, kita telah berharap kepada sesuatu yang sia-sia sahaja..













sedar atau tidak.korang dah baca apa yang korang x suka/suka baca..