Wednesday, July 21, 2010

Nyah kau!

"Jangan! Jangan kejar aku!" aku menjerit-menjerit sambil lari membawa perut.

Cilaka mana datang anjing ni. Aku nak main bola pun susah. Perlahan-perlahan aku sandar di belakang pokok sambil termengah-mengah cuba menghirup oksigen yang sepoi-sepoi bahasa.

Ini aku tak puas hati. Golongan itu tahu membela je, tapi jaga tak reti. Mana ada orang lepas anjing siang-siang camni kat padang bola. Golongan macam ni kena ajar hukum sivik, baru mengerti apa itu menghormati. Ah. Tiba-tiba otak aku nak membebel.

Aku cuba menghulur leher jinjang ini ke sebalik pokok. Cari. Cari. Cari.

Lega. Anjing banjingan itu sudah tiada. Selepas menarik sedikit pinggang seluar ke atas, aku mulakan gerak langkah. Nampak macam mahu menuju ke rumah. Tapi.

Tapi aku blur. Aku kat mana ni?

Kelihatan di hadapan aku sebaris gerai buah-buahan. Mana padang bola tadi? Sekejap aku menggaru kepala. Sekejap aku menggaru siku. Macam di alam barzakh lain. Dalam kepala aku dah bermain-main tayangan fiksyen-dakyah amerika macam X-files.

Sambil berfikir-fikir, aku mengunyah jambu merah sebesar bola saiz 2 tu. 'Luar negara bikin' agaknya. Pakcik tua berkopiah tu berdehem-dehem tanda "itu bukan free dol". Aku menghulur not merah sambil membuat isyarat 'keep the change'. Dia sengih sambil mengucup not merah itu.

Tiba-tiba aku rasa ada sesuatu bergerak-gerak di perut ku. Aku segera menarik baju ke separa dada. Cis. Apa pulak syaitan yang bermain-main di perut aku. Seolah-olah ada gelembungan yang bergerak secara rawak.

Peluh menitik.

"Tak boleh jadi. Syaitan!" jerit aku pendek.

Sambil mengunyah baki jambu merah tadi, aku menumbuk-numbuk gelembungan di perut itu. Semakin aku tumbuk, aku semakin senak. Aku tumbuk lagi. Aku tumbuk lagi. Terasa semacam ingin pecah. Semakin lama semakin hampir. Aku tumbuk sekuat hati. Dah makin hampir.



Burchhh!!!


Aku segera terduduk dari bangun. Cilakak. Nak kena basuh cadar pagi ni.

5 comments:

HEROICzero said...

Ni pengaruh inception. Mimpi. tak ingat awal mimpi. tiba2 dah ade kat tengah2..

Keh3x..

STYLE duh ceta uh~

deus X machina said...

apa punya mimpi daa
mimpi ngan luna maya lagi best

nand nasyari said...

pe bodo ni weh? hahaha!

Mr. Schomey™ said...

pengaruh tu ade. biasa la. otak ni tak fresh lg. tunggu smggu dua. haha

deus: tanak ar luna maya. baik ratu felicia. keh3

nand: hahaha. cilakak

JARz said...

hahahha.. dengan syaitan ang leh basah.. isk2