Saturday, July 10, 2010

Masih tak boleh terima

Semalam aku dah tulis panjang lebar mengenai apa yang jadi n apa yang aku fikir time tu. Panjang gila oh. Tapi bila dah siap tiba-tiba aku fikir2, aku tak jadi post. Sebab aku dah rasa lega bila dapat tulis je. Belum post lagi dah lega, so apa point nak post kan?

Tiba-tiba aku rasa aku benci dengan diri sendiri. Selalu sangat buat mistakeS and buat perkara yang memakan diri. Aku still sayang dia even aku tahu aku tak patut buat camtu. Gila. Kalau orang tahu pasal kisah aku, dorang akan kata aku gila.

Aku gilakan someone yang aku sendiri tak pernah jumpa. Hanya video call yang buat kami tahu rupa masing2. Shit. Perkara yang terakhir yang aku nak, sangat nak, aku nak sangat jumpa dia. Even sekejap 2,3 minit, aku nak sangat. Yela, dah 2 bulan lebih aku tunggu dia balik Malaysia, tapi bila dia dah balik sini, dia pergi dari aku.

Inilah akibatnya kalau kau cepat sangat nak berbunga hati tu. Even sekejap je kau kenal, tapi once kau dah sangkut, efek dia memang teruk.

Sampai sekarang, aku terfikir2 lagi apa yang dia cakap. Aku tak dapat terima benda tu betul atau tak. Aku tak tahu samada aku patut percaya atau tak. Tak mudah ok.

Apa yang aku harap sangat sekarang, dia akan datang balik dan beritahu aku benda tu semua tipu je. Itu yang aku harap SANGAT. Tapi kalau dia datang untuk jelaskan yang benda tu betul, dan yakinkan aku benda tu betul, aku redha.

Now aku dah fikir-fikir apa aku nak buat lepas aku redha dengan fact yang dia beri. 1st, maybe aku akan monyok sepanjang hari. Pergi jalan sorang-sorang naik kereta. Pastu buat benda yang bodoh sikit iaitu rindukan dia. Lagi bodoh jika layan perasaan tu sambil dengar derita merindu. Bodoh kan? kan? shit. Jangan lah. Idea tu memang bodoh.

Sekarang ni, aku hanya dapat tadah tangan, dan doakan benda ni sekadar mainan je. Sy harap sangat awk kata awk tipu je semalam. Oh. Betapa mengharapnya saya.


Fuck.

I really miss u.



Lagu tema kali ni. aduh.

8 comments:

Nurul Ayu said...

hidup perlu diteruskan...ye dak..

Anonymous said...

waooo. drooling. aku rase ape yg ko rase wei.

hati ni rase crack2 je.

HEROICzero said...

aku dah kata, lagu derita merindu tuh jgn di layan. ko gak kate best. kan dah... kan dah....~

Wanturd™ said...

@yue: a'ah..sebab kne teruskan tu yang rasa perit tu.

am: aiyoh. bukan crack. dah tahap cucuk2 sakit dada.

heroic: lagu tu style nak rap. tu yg layan. ahh. aku banned dari playlist aku.

Patimah said...

pengalaman ah tu. perasaan ni bukan boleh tipu-tipu.
tapi kalau org dah tak serius, buat apa kita jadi gila byang.
cakap mmg senang ye idak? jgn terbawa-bawa je.bunga bukan sekuntum dua.
sabar na ^^

Cahaya Pembuka Hatiku said...

aku sure pasti ko amik masa lame gler nak terima hkikat.. wawawa.. sian ko beb.. sbb aku cm penah rasa beb..
cara atasi dekatkn diri ngan Allah.. dan jgn lepak sorg2..gi lepak ngan kwn giler2 ko.. sure ko x melyn perasaan ko..kalo leh tdo pun berteman la ek.. heheh

RinG said...

yang aku perasan la kan skang ni, kan, ko ngan adil macam dilema percintaan jek. haha. i understand you

HEROICzero said...

weh weh weh asal nama gua naek neh RinG. haha sial~ skrg gua banyak ikot flow jek.. main jek.. ikot rentak. x payah pening2 serabut2 kepala.

seyes ko kene wat cmni wan. rilek jek, go wit da flow, kate timbaland.