Saturday, June 5, 2010

Hidup 3

Lagi 3 hari aku dah nak exam. Hadoi. Aku tak tahu apa yang buat aku sibuk sangat dalam 2,3 hari ni sampai nak studi pon tak ada masa. Aku ingat sempena sabtu ni, aku nak p library. Kalau aku tak post kat facebook "BERADA DI LIBRARY" harini, kira perancangan aku ni ditunda la. hehe.

Oh ya, memang kena caps lock status itu, sebab benda baik, kenalah sentiasa ditunjuk-tunjuk. Barulah timbul perasaan riak dan takabur itu. Alaaa. Macam orang-orang yang rasa alim selalu buat kat laman sesawang Facebook tu.

Baru-baru ni geng kuantan aku telah dikejutkan dengan berita salah seorang dari batch aku sudah hendak melangsungkan perkahwinan bulan 7 ini. Sekaligus menerbitkan perancangan hendak menganjurkan reunion tidak formal di Majlis Perkahwinan tersebut. Selain itu juga, perkhabaran ini merancakkan minggu-minggu kami dengan topik yang agak sinikal iaitu "Bila korang2 ni nak kahwin pula?"

Sebagai sebahagian dari persediaan menyertai AF tahun depan, aku dah berlatih cara-cara pertuturan yang wajib diamalkan artis-artis ini. Lalu, soalan-soalan menjerat sebegini ditangani dengan mudah oleh aku dengan menjawab, "Ada rezeki, adalah" ataupun "Tak terfikir lagi soal jodoh". Ah. Itu ayat artis andartu.

Kebelakangan ini, aku selalu bangun awal-awal pagi. Tidurlah lambat bagaimanapun, namun aku tetap bangkit bila matahari sudah mula menerbitkan fajarnya. Sejurus sahaja aku bingkas dari katil, aku akan segera mencapai komputer ribaku. Dan tanpa berlengah walau sesaat, aku melayari internet dengan harapan akan ada 'sesuatu' yang akan menceriakan hari-hariku. Namun hampa. Ibarat menunggu bulan jatuh ke riba.



*amacam karangan aku? ada can nak dapat A tak selasa ni? keh3.
*tolak perenggan pertama k.

10 comments:

Alien Hijau said...

failed! hak3

Mr. Shcomey™ said...

failed ke prof? jangan gitu...huaaa

Anwar Ibrahim said...

faking

HEROICzero said...

hahaha nak exam~ nak exam~ study la oii~!! aku tau ko mesti x g library.. kan? kan?

Mr. Shcomey™ said...

skang dah pukul 4..aku masih lg di lay-bed-rare-ry.

silence musica said...

hahahahahahahahahahahahahahaha! lawak gila psot ni. statement artis andartu? hahahahahahahahaha

ni sah x gi library. td kt call tgh mamai2.

Anonymous said...

babat

Mr. Shcomey™ said...

gelak tak ikhlas ke zati? haha. ciss.

ahha. cuaca tak mengizinkan. bukan sengaja taknak g library.

anon: babat?

Anonymous said...

alahaii, ko nak cari awek ke skang ni? meh folo aku meh, kite cari sesame jom.

-ring-

Mr. Shcomey™ said...

haha.butoh.tade ar.aku tak mencari. skang aku relek je.