Friday, May 28, 2010

Meet Nugget

Okeh. Penat ok balik tiap-tiap minggu. Ni minggu ke 4 berturut-turut aku balik kuantan. Jiran-jiran pon dah jemu tanya "Cuti ke?" sampai kali ni tak tanya pun aku.

Okeh. apedehal tajuk aku sepekeng london lak ni? Mesti la ade cerita. Takkan sesaja je.

Masa kami tengah melayan shisha 3 rasa (rasa mahal-Rm25 okeyyy, rasa tak sedap, rasa nak terajang sape buat shisha tu) kat Long Beach di Perhentian malam tu, tiba-tiba kami nampak ada seorang mamat melayu topless tengah menari-nari depan obor api. Perghh. Peraak gile. Ingat clubbing ke. Tengah mabuk la tuuuu..

Pastu nampak lah dia da lelah menari. Dan-dan lah dia nak berehat kat meja kami. Sambil duduk, dia kenalkan diri.

"My name is Nugget. U can call me Nugget ayamas."

Pergh.. speaking mamat ni. Bunyi english dia macam broken dan slang dia macam kau nak pijak tekak dia okeyyy.

Disebabkan memory aku tak kuat, aku ingat sikit2 je apa yang dia sembang malam tu. Lama jugak dia melepek kat situ.

Dia ada tanya umur, kami jawab la "Kami baru 22tahun."
Lepastu dia respons "I am 25. So, i am younger."
Ada lah sorang dua yang bunyi "Haaa?"
Lepastu dia jawab "im not saying im younger than you. But im younger from them. Hahaha"
*gelak sorang sambil menunjuk ke arah budak-budak bawah umur yang tengah buat shisha tu*

Okeyy. Aku dah cuba untuk ketawa, tapi tak boleh. Tak boleh.

Ada sorang rakan aku tanya nama sebenar dia. Dan dia jawab

"My malay name is Megat. I am malay hokaayy but not a good muslim"

Hah! Sedar pon! Mula-mula aku dengar aku ingat dia cakap nama dia Maggot, terkejut gak aku. haha.

Si Nugget ni ada la bertanya-tanya pasal kerjaya kami, tapi kami jawab kami ni student lagi.

So, tiba-tiba tanpa ditanya, dia bercerita " I am civil engineer too, I am studying at Manchester. After i grad, i working with JKR Kelantan set2 Ring. After 3 month i quit because working as civil engineer, u must always thinking 24 hours. I kenot be like that u know. Then a one girl ask me to work with her as a diver guard and guide a trip in Perhentian. "

"I make money in here more than civil engineer out there. I earn rm7000 to rm8000 per month hokayy. U see all guys there? *sambil tunjuk mamat2 yang tengah mabuk2* They all rich. They can easily buy Gucci just like this *sambil petik jari 2x*"

Okay. Aku dah nak muntah dengarnya. Kalau kaya BETUL2 pon, tak perlu sebut Gucci ok.

Yang aku paling teringat dia komen pasal shisha.
"Shisha here taste very bad, right? They not serious about making shisha. They just want to make money. Even im their friend, but im just tell uolss the truth ok. Oh, u know where the best shisha? I tell u, there has one man even turkey shisha person pon kenot beat him. Very best ok. *sambil thumbs up*. U go to Kelantan and try to go to Nik Cafe at KB. The best shisha in the world! Nik Cafe!" sambung Nugget dengan muka penuh konfiden.

So, anyone already went to Nik Cafe? So, how? :)

8 comments:

Am si Sang Asura said...

byk mase nk g KB semata-mata tuk shisha. org tu weng doe. haha. kang sekor2 kene tangkap.

E said...

oohh!! hensem x Megat Nugget tu? hohohoho

HEROICzero said...

aku syak naget uh hensem~

E said...

aku pon syak nugget ni hensem gak sbnarnye..

nand nasyari said...

apesal xlempang je...? haha

RinG said...

haha, kemak tol name aku naik. sedang aku masih d klate ni, nnti aku cari nik cafe. pastu gua kasi review

Ribena KM said...

NAK BERKENALAN DENGAN NUGGET ! hahaha saya baru makan nugget ni :P

Mr. Shcomey™ said...

am: baik shisha kat andalus je. rm6. murah n puas ati.haha

E: tak hensem. beach boy msia, rasa2 ada ensem tak? wahaha

heroic: jgn gay sangat okkkk..

E lagi: tak ensem orang kata!! haha

nand: kang lempang, beratus2 geng dia kat situ lempang aku balik. gila? haha

Ring: tolong preview weh..betul ke best in the world. pehhh

Ribena: better u kenal dengan burger je. makan lg kenyang. haha