Tuesday, May 11, 2010

K3G

Tajuk macam gempak.

Apedehal la dengan K3G ni kan?

K3G ni ialah Karnival Kerjaya & Keusahawanan Graduan. Tahun ni akan berlangsung lagi iaitu pada hujung minggu ni, 14-16hb May 2010 di PWTC.

500 MAJIKAN bermurah hati menyertai karnival ini.
15000 PELUANG kerja.

Kalau baca tajuk pon dah tahu kan apa motif Karnival ni. Nak tahu lebih lanjut? Klik SINI.

Kalau anda rasa anda :

- sedang menghabiskan duit mak bapak kat rumah dan kena bebel hari-hari.

- ada sijil degree atau diploma dalam laci, tapi tersimpan rapi tanpa guna sekali pon lagi.

- masih berbangga dah dapat grad, tapi tak sedar dicemuh hari-hari sebab tiada kerja.

- dah ada kerja, tapi kerja sekarang ni gaji cukup2 bayar PTPTN je.

- kerja anda sekarang ni tak ada kena mengena dengan course yang ada ambil kat U dulu.

- tempat kerja anda dipenuhi Mat Bangla dan selalu kena gangguan seksual.

Jadi anda boleh cuba menjadikan karnival ini sebagai batu loncatan, atau game changer dalam kerjaya anda. Siapa tahu rezeki anda di sini.

Tanpa perlu membaca bebelan seterusnya, anda boleh klik di SINI untuk mendaftar secara cepat, mesra dan betul.

Kalau nak lagi hebat, klik kat SINI untuk konfemkan kehadiran anda.

Berdasarkan maklumat yang aku terima, ada 200 terminal disediakan pada hari Karnival tu, bagi sesiapa yang tiada perkhidmatan internet dan nak pergi CC macam tak 'in' dengan diri, boleh mendaftar kat sana je. Tapi jangan komplen la ketiak basah sebab tunggu turn nak guna komputer tu. Ramai gila orang kat sana. So, klik kat link aku kasi tu untuk kesenangan bersama.

Oh ye. Korang semua boleh hantar resume pada hari berkenaan dan ada walk-in interview lagi. Pakai la smart-smart sikit k. Mana tahu ada awek-awek kat situ. 2 in 1. Dapat kerja dan jodoh sekali gus.. auww!!

UPDATE : turut dipromosikan secara free oleh Cik GSP, En.Ring, En. Farid Fernandez, Cik E

4 comments:

eleynashikin said...

ok.. dah link kan ke sini..

Wanturd™ said...

tq E..heh

Neyra Shazeyra said...

:P

RinG said...

bro, walk in interview untuk cari awek ade x? wa terdesak nk awek ni, wa xleh a dup kesunyian ni, hati wa pnoh ngan kasih sayang ni, xtau nk bg sape je.