Wednesday, February 10, 2010

Bengkek weh

Salam

Malam dah lewat. Tapi keinginan untuk menulis itu tetap membara. Sebenarnya aku tengah tiada mood tadi. Ini disebabkan sesuatu terjadi membuatkan aku tidak puas hati. Ditambah lagi penat dengan pelbagai kerja dan bosan dengan pelbagai kerenah rakan-rakan.

Haishh. Memang tak puas hati!!! Sebagai cara mengembalikan mood aku, aku beraksi depan webcam dan gelak sorang2 bila tengok hasilnya.

Sekarang mood aku lebih stabil.

Malam tadi, aku merayau-rayau di Mines untuk mencari salon. Nak potong kasi kemas sedikit. Susah sedikit nak dapat parking. Kena pusing2 banyak kali, baru dapat. Lepas tu aku pusing dalam Mines pula. Lagi la penat. Salon yang aku cari tu dah tutup. Bankrup barangkali. Lepas turun naik eskelator, baru la jumpa kedai gunting rambut - Quick Cut. Aku pon pelik kenapa aku tak nak tunggu esok je potong rambut ni. Malas nak cerita apa jadi. Baik korang tengok sendiri la hasilnya.
sebelum


selepas :(



shittttt!!!!!

25 comments:

Ribena said...

Erm..., apa yang shitnya? Lawa je !

HEROICzero said...

ape lg.. botakkan!

silence musica said...

hahahahahahahahaha! nak suruh ckp apa tu? lebih menarik compared to dulu ke?

Sabrina said...

Show off, neh!!!

Mr. Shcomey™ said...

ahhh.korang tak paham.ni lepas edit sendiri. pernah tengok rambut pengkid atau gay? camtu ar jadi masa mula2....;(

♥M.I.Z.A♥ said...

ha ha..
okay laa tuu...
dgn pose ko yg ala2 malu tu..
xde laa burok sgt..
kekeke..

HEROICzero said...

mcm pengkid kat pandan indah. kan safwan.. wakakaka~

Mr. Shcomey™ said...

ala2 malu ke? ciss.haha

hmm.kau rasa...kalau lepak kat situ,leh dapat tak sorang dua?heh

Tulip said...

waaa...ada style la...

gracieyna said...

ok whatttt rmbut kau.. x kelakar.. xburuk ponggg~

niachrysalis said...

hensem whattt

Mr. Shcomey™ said...

wahh..ramai aku cakap aku hensem.aku taw..huahuahua..
ahh..aku rase menyesal potong

silence musica said...

pls ahh safwan! sudah2 lah. mmg pose tu xleyh blah!

Tulip said...

ala...dalam hati 2 bukan main bersyukur lg..huhu

Sesumpah said...

terbaiklah selepas tuh :D

eh janggut tak rebonding?

hahaha

HEROICzero said...

kalau lepak pandan indah, kite open table, sure dpt pny.. jom~ i follow~ haha!

Mr. Shcomey™ said...

silence: pls pls pls, kamu memang hensem? eh2

tulip: bersyukur dikurniakan fizikal yg mencukupi.hehe

sesumpah:kalau perhati betol2.janggut da ilang.hehe

heroic: kau open table,aku tukang usha.ok? haha

deus X machina said...

gua sokong heroiczero
botak!!!!!!!!!!!!!!!

Mr. Shcomey™ said...

deux: taley ar..skang tak botak pon aku asek nyanyi lagu skinhead for life.kang kalau botak, blog ni da jadi blog skinhead.haha

Cahaya Pembuka Hatiku said...

ok per.. x der la huduh sngt hahha..
bersyukurlah dgn per yg ada.. heheh

Tulip said...

btl2...botak pun cukup fizikal..

HEROICzero said...

jgn duh botak.. aku botak ari tu, smpai skrg x tumbuh2.. dh sbulan dh oii~ T.T

mizara said...

look nice..:)

Mr. Shcomey™ said...

cahaya: alamak..syukur je.tp bengang dengan tukang gunting tu je..

tulip: dah banyak kali botak.kepala nampak kecik.hehe

heroic: jom la aku teman kau g yun nam..amcam?

mizara:aaa..not nice..kne potong sekali lg.haha

Anonymous said...

hahaha...tu r ko..aku da kate nak g salon ajak aku..nie r padahnye x mo dgr ckp pakar..lol