Monday, January 4, 2010

Dari jatuh, aku berdiri.

Salam.

Setelah diusha2, rupa2nya aku dah jarang menulis. Bukan best pon apa yang aku tulis, kan? Haha. Tapi aku seronok nak menulis. Aku tahu. Pembaca tegar blog aku seperti en heroic dan en ring dan lain2 mesti ada punya. Cukuplah dorang ada. Pedulikan apa orang kata, aku terus menulis.

Sebenarnya, banyak perkara yang aku nak cerita. Serabut otak aku weh. Tapi disebabkan Dasar Pemalas Safwan (DPS), aku abaikan je sebahagian apa yang aku nak cerita tu. Sekarang bukan musim bernasib baik buat aku. Dengan siri kekalahan yang dialami man united yang gempak tuh,ditambah dengan poket, akaun bank serta dompet yang semakin kempis isinya, serta badan yang makin ‘tough’ akibat kurang sukan, aku jadi serabut. Tak larat nak fikir2 lagi.

Disaat begini, aku mula terfikir untuk mendekatkan diri dengan tuhan. Jahil jugak, da susah baru nak doa banyak2. Bila nak doa nak mintak banyak2, malu menyerang diri. Bila ditoleh kebelakang, terasa banyak dosa silam yang mengejar. Tak sanggup aku nak toleh kebelakang lagi. *haihh*

Saat begini aku mula terfikir, tiap2 tahun baru tak kiralah Awal Muharram atau pon New Year, mesti aku ada pasang azam. Dan bila akhir tahun, aku sendiri dah tak ingat apa azam aku. Tahun ini aku nak ubah sedikit pendekatan aku. Aku nak tulis segala apa yang diazam,apa yang dicita2. Biar aku boleh tanda satu persatu apa yang belum dilakukan atau sudah dilakukan. Ya. Idea ini sedikit sebanyak diambil dari cerita My Name is Earl. Karma is interesting stuff – Earl. But im not believe in karma. In Allah we trust.

Bila sebut tahun baru, aku tak buat pon imbauan 2009 macam kat TV3 tuh. Baru sekarang nak tulis apa dah jadi 2009.

9 ialah nombor peberet aku. 9 ialah hari yang aku lahir. Kalau nak main apa2, mesti ambil nombor 9. Bajet macam ong la. Tade la ong pon. Cis. Tahun 2009 merupakan tahun yang penuh liku2. Tahun yang kalau boleh, nak di fast forward kan. Macam tak nak dilalui tahun tuh. Awal2 tahun dah dimulakan dengan pergaduhan dengan awek aku time tu. Bulan 2 kami break dan bulan2 seterusnya kami jadi kanak2 tadika. Bergaduh macam bodoh. Tahun ni jugak aku banyak bergaduh dengan kawan2. Gaduh macam perempuan je la. Gaduh tak bertegursapa. Alhamdulillah, bila da masuk tahun baru, kami semakin pulih. Ada la seorang dua (memang perempuan pon) yang tak baik2 lagi. Itu antara pergaduhan yang aku sesali la. Masing2 ego. Kenapa la asyik bergaduh je? Mungkin pengaruh crowszero amat menebal kot.

Tahun 2009 juga tahun yang huru hara. Exam selalu pass cukup2 makan. Kewangan tak pernah terurus. Satu perkara aku belajar dalam nak masuk tahun baru ni, pentingkan diri dulu baru belanja kawan2. Silap aku bila 2009, aku belanja orang lain dahulu, baru buat kira2 nak beli barang sendiri. Nampak macam baik/mulia tapi sebenarnya agak bodoh disitu. Belajar dari kesilapan. Tahun 2009 juga banyak membebankan aku. Dengan kena saman, dengan kena bayar itu ini, dengan segala2 benda nak kena hantar kedai repair, aku jadi pokai. Bila pokai asyik berhutang. Perkara yang aku dididik dari kecik jangan buat, tapi terbuat jugak. Tapi semenjak baru2 ini, aku dah pandai jadi akauntan, aku dah urus kewangan aku dan bayar hutang dorang slow2. InsyaAllah, tahun ni aku akan settlekan semua.

Tahun 2009 juga penuh emosi. Segala2 perkara nak mainkan emosi aku. Aku yang panas baran lama kelamaan berubah. Sekarang aku lebih suka senyum dan jadikan benda tu lawak dari aku buat kecil2 hati dan marah2. Ok la kan, dalam satu sem lepas, aku naik marah dua kali je. Cool betul. Hehe. Tahun ni perempuan yang suka ikot naluri period dorang pon aku layan je. Tak marah2 dan sabar je. Dorang tak period pon, tapi kejap marah,kejap okay. Marah tanpa sebab. Dan suka2 hati je nak marah aku asalkan dorang suka. Lepas tu tanya kenapa marah, dorang pon tak tahu. Perempuan memang camtu. Naluri period.

Mungkin tahun 2009 banyak mematangkan diri aku. Bukan lah aku menjadi amat matang, Cuma kematangan itu bertambah. Dan aku belajar dari semua yang berlaku pada 2009 ini. Teima kasih kepada kawan2 yang banyak membantu. Kadang2 nasihat korang memang tak boleh pakai. Nak kasi penyepak je. Tapi ada yang betol2 membuka mata aku.

Akhir kata, aku harap tahun 2010 ni aku banyak memperoleh kejayaan. Selain tu, aku harap man united dapat menang liga buat kali keempat berturut. Chelsea loser!

Haha.

11 comments:

♥M.I.Z.A♥ said...

ahaha..mengong naluri period..
ade ke...?
gud luck safwan...~
=)

Mr. Shcomey™ said...

ade la weh..itu normal ar bagi sesetengah pompuan..haha

RinG said...

gile a, name aku ade. thanks thanks. lgpon, xpayah percaye la karma, ko pecaye je qada qadar

Mr. Shcomey™ said...

tu name nye ingatan buat kau utk selalu bace blog aku. haha

aku da kate aku tak percaye.tgok.suh bace btol2 tamo.haha

RinG said...

aku tgh bersetuju ngan ko lah tu. tu la, bace btol2 tamo. haha

HEROICzero said...

apa2 lah korg~

Mr. Shcomey™ said...

haha..heroic baru balik orentasi ke?

HEROICzero said...

hahaha sial ko

kamalya kamal said...

comey la plak an mamat jiwang ni berkarya...chebai la kan...aku traser plakk part period2 tuh...tp ko ger...mmg ah kwn aku plg aku syg n kool...

Mr. Shcomey™ said...

hehe..segan ah..weh..da syg,kne ar blanje akuuu..haha

Sabrina said...

Baguslah wan, akhirnyer awak sedar kediri jugok..tp part yang paling best tu..bila aok nak bayar balik hutang yang belum dikira hangus kepada kakak aok yg paling byk sekali kena pau dgn aok ni...
Good Luck, wan dgn azam aok tu...usaha tangga kejayaan!