Wednesday, June 18, 2008

Menunggu waktunya

Ini bukan menunggu mati ya. Mati yang menunggu kita. Tidak pula saya menunggu keputusan peperiksaan, itu sudah lama saya dapat. Gempak woo Biasa saja. Tapi, apa yang saya tunggukan itu sehinggakan boleh dijadikan suatu topik yang hangat di blog hebat ini? Ini tentunya mengenai bola!

Ya, setiap hari sekarang saya asyik menunggu tibanya waktu 2.45 pagi untuk qiamullail melihat aksi pemain-pemain bola dari Eropah berentap. Ya tuan-tuan dan puan-puan! Bola sepak dah tiba, tapi kita tak ada sponsor. MUSTAHIL! MUSTAHIL! Ya tuan tuan dan juga puan puan, sepak mula bola sepak sekarang ialah pada pukul 2.45 pagi. Satu waktu di mana orang nyenyak tidur dan ada juga yang mula bangun untuk qiamullail dan belajar. Tapi apa yang saya buat adalah untuk lihat bola. Bola yang disepak cuba saya carik dengan mata yang sepet ini dek kerana mengantuk, ke mana ia pergi, gol ke brader tu sepak, dan macam-macam ragam yang diperlakukan ke atas bola tersebut, saya cari juga dengan setianya.

Kenapa la dia orang (diorang) ni main kul 2.45 pagi? Diorang tak tido ke? Saya nak tido la waktu ini. Dalam saya bersungut menunggu pukul 2.45 pagi ni, sebenarnya, saya tengok satu je game yang ditayangkan pada pukul 2.45 ni, iaitu game Italy lawan Perancis.

Gempak siott!!

Italy menang! Tanpa ragu lagi dari pasukan yang bergelar juara dunia. Jadi, saya akan menunaikan janji kepada saya sendiri iaitu jika Italy melepasi peringkat kumpulan, saya akan beli satu jersi Italy. Tiba masanya untuk ke Rantau Panjang! Siapa tak malu nak ikut?

2 comments:

mat potpet said...

cm gampang!! haha..amir..jersi itay kaler pe? ko make sure btol2 arr...

RinG said...

wan, kaler jersi tu kacang je..

'apa kita sanggup berkorban untuk dapatkan bola sepak? berkorban demi bola sepak!'

'biru! biru! biru!' haha