Ulangtahun Perkahwinan ke 2.
Yeargh. Dah dua tahun aku berkahwin dan 6 tahun bersama. Masih panjang perjalanan aku. InsyaAllah.
Sepanjang 6 tahun berkenalan dan 2 tahun berkahwin, banyak betul kesalahan aku pada Anis. Aku harap aku dapat berubah kepada lebih baik. Yang mana tahu perangai buruk aku, jangan ketawa. Niat aku memang nak berubah kepada yang lebih baik, dan aku selalu berdoa aku dapat tinggalkan sifat buruk aku.
Anis merupakan seorang isteri yang kuat. Ya. Sangat kuat. Mental yang sangat kuat. Aku tak paham macam mana Anis boleh lagi kerja di 7e sekarang. 7 stor sehari, 35 stor seminggu, 140 stor sebulan, 1680 stor setahun. Utara dan Selatan. Timur dan barat. Sabah dan Sarawak. Berbelas ribu kilometer setahun. Gila. Kalau aku, dah berhenti lama dah. Aku tak mahu paksa dia untuk kerja di mana, bila dan berapa gajinya. Ikut suka hati la. Nak berhenti, aku boleh tanggung. Tak cukup makan minum belanja aku boleh cari. Taknak berhenti, aku boleh tunggu bila dia bekerja di luar kawasan setiap bulan. Aku betul-betul tak kisah asalkan dia suka.
Perkara yang paling aku suka ialah masakan Anis. Tak lah sedap sehingga lima bintang, tapi cukup kena dengan selera aku. Sebab itu aku tak suka makan di rumah. Nanti bertambah nasi banyak kali. Dan itu adalah salah satu sebab berat badan aku turun naik di sekitar 80-85kg. Fak.
Tukar topik sikit, aku tak suka perjalanan KL-Alor Setar, Alor Setar-KL. Lagi-lagi bila ada cuti awam dan cuti sekolah. 7 hingga ke 12 jam memandu aku rasa sebagai pembaziran dan perkara bodoh. Tapi aku suka Alor Setar. Lebihnya Kuantan ialah rasa berada di tempat membesar, kawan-kawan, dan ada adik aku. Mak Ayah tu memang sentiasa di hati la. Tapi Alor Setar ini aku suka pada makanannya. Aduh. Punca naik berat badan juga ni. Mama dan abah (mentua) memang terbaik. Tak bosan kalau balik sana. Cuma kalau ada soalan-soalan maut dan hint-hint pedas tu aku tak berapa suka. Eh. Bukan. Mungkin tak suka langsung. Soalan seperti bila nak timang cucu, bila nak kerja kerajaan, bila nak beli rumah, bila nak itu dan ini. Pasal timang cucu tu lagi bertambah pedas mendengar bila kakak ipar aku yang baru berkahwin 3 bulan lepas pun dah mengandung. Malas nak dengar hint/soalan tu walaupun aku tahu niat dorang baik. Dan pasal hala tuju hidup aku dan Anis, kami dah ada matlamat kami sendiri. Aku tak mahu jadi biri-biri yang ikut pada aturan kumpulan. Ikut orang lain kamu mesti beli rumah, kamu mesti kerja kerajaan kerana lebih terjamin, tetapi itu semua bukan matlamat aku. Maaf la Mama dan Abah.
Akhir kata, doakan kami berdua kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Dan cepat dapat zuriat.
Notakaki: Aku tulis secara jujur dan tak banyak berfikir sangat. Sebab sekarang dah 4.30 pagi dah pun. Esok kerja pulak tu. Fak
1 comment:
It‘s said that the Proton X70 2020
is coming now
Post a Comment