Wednesday, August 11, 2010

Bisnesman Wannabe

Baru-baru ni, hidup aku digoncangkan dengan berita budak-budak rumah nak bukak bisnes sempena ramadhan kali ni. Haish.

1st perkara yang muncul dalam benak aku, habislah bersepah rumah. And memang tepat jangkaan aku. Sepah habis. Belum start meniaga dah sepah, tataw la kalau dah start camne.

Bila dorang jadi bisnesman, aku mula terpengaruh. Biasalah pengaruh rakan sebaya ni masih menularkan, so, tiba-tiba aku timbulkan idea, aku nak meniaga jugak. Pehh.

So, dalam kepala aku, aku dah pelan sikit demi sikit. Target aku, aku nak meniaga nasi lemak. Tapi aku tak pergi jual la. Aku nak buat je, bagi dorang jual.

Aku tak boleh nak jual, sebab khamis, rabu dan selasa aku ada kelas petang. Betul-betul petang. Mana sempat nak meniaga gitu.

Eh. betul gak kan, time bila aku nak buat nasi lemak tu? wahaha. Ok. Chill. Aku tahu, aku boleh buat masa tengahari. nasi boleh steady dalam periuk. Boleh-boleh. *yakin*

Sekarang ni, target aku, aku nak belajar camne nak buat nasi lemak dengan Uncle Saaid. Dia ohtai nasi lemak. Dulu perniagaan nasi lemak dia dekat Batang Berjuntai maju. Dengar-dengar, 3-4 periuk jugak sold out tiap-tiap pagi.

Aku tahu je camne nak buat nasi lemak. Tapi resipi rahsia, aku tak belajar lagi. Tu yang kena balik Kuantan jumpa dia. Menurun ilmu sikit.

So, siapa-siapa yang ada kat area bangi, nanti terserempak la dengan signboard " NASI LEMAK SAFWAN ". Singgah la ok. Aku bagi student price nanti.



p/s: Nanti bila nasi lemak aku dah laku, aku ingat aku nak sambar sebijik BMW. Orait tak?

8 comments:

Am said...

wakaka. ok ok. sambar bmw tuk aku skali

Mr. Schomey™ said...

sambar je la. bukan beli. keh3

Anonymous said...

tak lalu aihhh.
eh tak bole dapat free?

-A-

siggplus said...

lingkup

Lovely Bella said...

saje singgah sini.. ermm leh buat ke nasi lemak.. meh nak rase.. hehehe :)

De'din said...

huhu..

saya suka bila dengar ada owg bercita2 jdi bisnes man..
truskan sehingga berjaya..

btw,, salam ramadhan..
i was followiny u.. hope you too..

Mr. Schomey™ said...

A : boleh. kne cium dulu. wakaka

sigg: ah.kau tak pekena lagi.

lovely bella: haaa. nnt kalau bisnes on, datang ar rasa. jgn lupa bawa student id. untuk student price. haha

de'din: haha. orait..

Ibrahim Ali said...

rembat kontrak la masyukk