Thursday, July 1, 2010

Entri Poyo untuk Semester Baru.

Kalau entri yang lepas, aku dah membebel pasal bola. Minggu ni, aku nak mempotpet pasal lain pulak. cilakak jangan nak tukar url aku pornpetpot.com. Sila buat-buat layan ok?

Seperti yang diketahui umum, aku sambut 'new year' aku dua kali setahun. Iaitu bila tiap-tiap kali aku nak start sem baru. Haha. Time-time camni lah, macam-macam azam, idea, plan, jadual, target dan tekad yang baru dicipta. Kadang-kadang bukan baru sangat. Recycle benda-benda sem lepas punya. Erk. Kadang-kadang ke? Macam selalu recycle je. Hikhikhik.

Ok. Pertama-pertama, aku dah fikir plan aku, aku nak score lagi tinggi dari sem lepas. Kalau boleh, aku nak sipi-sipi 4plet. Hok alohh. Bukan susah pon. Cuma kena banyak ulangkaji, studi dari awal doplohpatjam, pergi library selalu, pergi kelas, rajinkan diri menyalin note, perbanyakkan skill toyol dan yang penting pergi kuiz dan exam. Tak susah pon kan?

Yang kedua-kedua, aku nak turunkan berat badan. Aku dah dengki dengan badan Hrithik Roshan yang cam-sial-badan-katang-nak-mampus dalam cerita Kites . Tak caye? Klik sini. Ahh. Azam ni aku dah berjaya tipis semester lepas. Dalam short sem 2 bulan haritu, aku dah turun 2kg. Takkan short sem yang malas2 tu pon boleh turun 2kg, yang sem panjang ni taley turun 10kg? Haha. Siapa-siapa yang jumpa aku nanti tapi rasa macam salah orang, sebab badan cam fahrin ahmad, jangan segan-segan la nak tegur k? Tak silap orang tu.

Yang ketiga-ketiga, aku dah cadang nak kurangkan pergi KL atau daerah-daerah lain di Selangor. Lebih tepat lagi, aku malas nak bazir duit pergi jalan-jalan tak tentu hala. So, kepada rakan-rakan yang nak ajak jejalan/ajak lepak/invite/rsvp/ajak-ajak ayam, sila pastikan aktiviti yang anda plan tu menarik. Setakat takde arah tujuan dan pekdahnye tak dapat dikenalpasti, aku rejek. Dan yang penting dekat dengan Bangi. Jemputan-jemputan karoke, futsal, reunion masih lagi boleh dipertimbangkan.

p/s: Bila lagi en deus dan en parid nak karok?

Yang keempat-keempat, semester baru ni aku nak bekerja sambilan. Haa. Plan ni, aku tak tahu lagi jadi ke tak, tapi aku tanamkan azam la. Nak cari rezeki lebih sikit. Cadangnye nak kumpul duit nak kahwin beli handphone baru. Walaupun aku baru dapat phone baru dari ayah aku, tapi phone tu tak memenuhi nafsu serakah aku. Aku nak phone yang ada fungsi(function?) wireless dengan boleh letak garmin. Senang sikit hidup aku. Nak twit twit, nak update blog pun boleh pakai phone je. Huih. canggih-manggih hidup ni. Barulah sedap sikit nak lepak setabak pasni. Ye dok?

Yang kelima-kelima, aku nak pastikan diri aku ini merajin untuk update blog. Sebab aku rasa otak aku mendap bila perap idea-idea aku yang tiba-tiba datang time basuh berak air besar, time makan, time tengok tivi, dan time lepak-lepak ngn member. Tabiat malas membelog ni menyebabkan otak aku jadi makin lembab dan pelupa. Tengah pegang mangga, tapi terkebil-kebil cari mana mangga time nak kunci pagar rumah. Shit kan?

Yang keenam-keenam.

Eh. Malas pulak nak buat yang keenam. Nanti-nanti la aku potpet lagi. Haha.

Selamat Masuk Semester Baru woi. Babai.

4 comments:

aliyah yayaya~ said...

walaupun ko x suka di tag,aku tag ko lagi!hahaha

Mr. Shcomey™ said...

ciss!

Cahaya Pembuka Hatiku said...

Mcm siut jer.. hahah.. anyway semoga azam ko terlaksana la ek. sem depan.. mcm nak wat entry psl azam la jugak.. lalalal

Farid MOFASAD said...

ADA HATI NAK KAROK NGAN AKU