Wednesday, June 9, 2010

Hidup 4

Kebelakangan ni, bila aku tengok cermin, aku tertanya-tanya, siapa diri aku ni? Aku dah tak kenal diri aku sendiri. Nasib baik ada ic dalam dompet, boleh lagi nak tahu identiti tu siapa kadang-kadang. Gejala tidak mengenal diri ni semua berpunca daripada imej-imej yang terpapar pada cermin tu.

Kadang-kadang aku tengok muka aku berbeard, punyalah serabut sampai aku rasa nak lempang sesiapa disebelah.

Kadang-kadang bila dah shave, smart sangat macam Ben Affleck. Over plak hensem camni.

Kadang-kadang nampak wajah aku makin lama, makin tembam, makin lama, makin lebam, makin lama, makin kusam.

Kadang-kadang bila aku usha dengan badan sekali, aku rasa nak tumbuk perut sendiri. Aku rasa sedar aku dah gemuk. Penat diet, tak jadi pape. Kuciwa.

Tapi lagi kebelakangan ni, lebih tepat, seminggu dua ni, kat cermin tu . . . .

Kejap-kejap aku nampak seorang yang loser habis.

Kejap-kejap aku nampak seorang yang pemalas serba serbi.

Kejap-kejap aku nampak seorang yang tiada hala tuju hidup.

Kejap-kejap aku nampak seorang yang bahagia, senyum tak putus.

Kejap-kejap aku nampak seorang yang jiwanya sakit.

Kejap-kejap aku nampak seorang yang cool, periang.

Kejap-kejap aku nampak seorang yang pemerajuk, pecemburu.

Kejap-kejap aku nampak orang di cermin itu bukan diri aku.

Bukan diri aku yang aku harapkan. Yang aku impikan.

Siapa aku disebalik cermin itu? Tolonglah jelaskan pada aku.




Mungkin aku boleh start amalkan doa semasa melihat cermin.

11 comments:

deus X machina said...

meh sini aku kasi penerajang

nand nasyari said...

kau nih xlame lg dah...
aku rasa lam 2 kali jumaat je ni...wakakaka!!!

Mr. Shcomey™ said...

deus: please please please. aku nak terajang kau..

nand: cilakak.haha. aku pulak cuak kau cakap camtu. wahaha

HEROICzero said...

anda serabut?

Welcome to the club =)

Mr. Shcomey™ said...

wahaha. tak2. aku tamo join kelab kau.

aku said...

aku tau itu memang kau

dan bukan malik noor yg aku harapkan

Mr. Shcomey™ said...

haha.cissdale. sket lg..kau tgguuu

aku said...

haha caiyok2!!aku give up dah..hehe
xtahan weh nafsu mkn

silence musica said...

memang sebenarnya kene berdoa mcm tu .

saya serabut juga :((

HEROICzero said...

yeah zati~!!! Welcome to the club~!! hahaha~

Mr. Shcomey™ said...

Aku: laaaa..tu la..kau kne ikat perut. maksud aku, betul2 ikat.. dengan tali pinggang ke. tali rafia ke.baru bkesann..

silence heroic:trauma yang melanda. melanda di jiwa.. haha