Friday, April 2, 2010

KL Evolusi Darwin

Salam 1Drift.

Hai. Di sini saya mahu memaparkan rebiu sebuah filem yang ditayangkan semalam iaitu KL Evolusi Drift.

Kali ni aku rasa memang ada sedikit evolusi. Kenapa sedikit? Meh aku ceritakan.

Kisah bermula dengan babak poyo Zack lakonan si poyo Syamsul Yusuf ber'drifting' di litar apa aku tak tahu. Seperti biasa, dah nama pun poyo, konpem la menang kan? Hero mana tak poyo? Betul tak? Kira dia berjaya memenuhi salah satu elemen nak jadi hero wayang.

Selepas beberapa adegan yang agak kaku, kelihatan babak memperkenalkan kesamsengan Joe lakonan Aliff Aaron Aziz dan Ery lakonan Shaheizy Sam. Dorang ni terlibat dalam pengedaran dadah. Tipikal lah , dah samseng mesti ada adegan tembak menembak. Yang lain aku tak ingat. Haha. Kau orang tengoklah sendiri ok.


Komen : Terdapat beberapa kekurangan yang pasti, mesti, patut, wajib, senang dibaiki. 1st. Lakonan yang kaku. Syamsul Yusof dah boleh berhenti berlakon dan fokus pada pengarahan. Lakonan dia tak beberapa ngam. Muka hensem dan jambu lebih, tak sesuai jadi hero. Ayat terlalu banyak "dow" dan ayat2 rempit yang terlalu mual didengar. Ayat rempit dalam Adnan Sempit sempoi. Lakonan Scha juga kena baiki. Babak dia nangis, orang dalam wayang boleh gelak ramai-ramai. Fikirlah sendiri kenapa. Tapi dia cute, so cover banyak kekurangan dalam filem ni. Hehe. Disamping itu, ada Hetty Sarlene, hot stuff.

Ok. Da habis menggatal. Seterusnya ialah watak pembantu Zack tu tak mantap. Tapi ok lah dari radhi OAG dalam V3. Dialog-dialog pon kena banyak baiki. Kasi nampak natural sedikit. Babak bercinta tu kena banyak belajar lagi. Buat kena gelak dengan penonton je. Serius ramai gelak tadi.

Lakonan Aaron Aziz dan Shaheizy Sam banyak menghidupkan cerita ini.

Aku tak tahu la, mata aku atau emosi aku yang tak stabil ke, tapi aku rasa filem ni macam nak cepat habis. Peralihan scene kepada scene lain macam berlumba2. Kot ye pon filem lumba kereta, tak perlu la semua laju k. Kena ada slow, dan lagi satu, tak perlu sepanjang filem ada lagu background.

Komen memuji ialah, ending bagus. Aksi-aksi lumba dan aksi lain-lain yang ada, semua sangat bagus. Aku rasa nak bangun tepuk tangan kat dalam wayang sambil jerit "Cayalah!". Syabas kepada Syamsul. Kena variasi kan lagi angle kamera tu. Dan dengan bajet seciput tak macam bajet filem Hollywood, kau boleh bikin filem sehebat camni. Ini yang aku tunggu! Tabik!

So, aku cadangkan korang pergi tengok. Kalau taknak rasa tak berbaloi, pergi sebelum pukul 6 pada weekdays. Boleh dapat student prize. Bagi aku, aku rasa berbaloi la jugak.

12 comments:

deus X machina said...

aku dah tengok dah
ermmm boley la
not bad

Wanturd™ said...

kan? kan? tengok ngn aweks ke deus? keh3

nerdy nadea said...

owh..dpt student price ea b4 kul 6..huhu, aku ni kedekut banyak..tengok wayang kulit bleh r kut(sbb tak kene bayar)

deus X machina said...

aku tgok ngan dak2 blogger gak la...

Wanturd™ said...

nadia: tak tahu ke sblom kol 6? kalau kau nak tahu lebih lanjut, jom tgok ngn aku. kau blanje..haha.

deus: macam boleh agak je "blogger" tu..haha

Tulip said...

baru jew nak p tgk...hehehe..tp xtau bila..kihkih..

Nand Nasyari said...

student prize...?
student price suda...hadooy~ ;D

Wanturd™ said...

tulip: haaa.g tgok cpat2..tp tak cepat pon tape, tak penuh pun panggung


nand: helehh..silap typo sket pon kecohhhhh

nerdy nadea said...

nak aku belanje? sampai bertanduk pon aku takkan belanje org pegi tengok wayang..
see, i'm so kedekut..hehe

Wanturd™ said...

yeke? memang nasib baik la. aku dah lama ada tanduk. so, jom.haha

silence musica said...

wahhh! puji sam! hak tuih!

Wanturd™ said...

haha..biar la..jeles pehal?