Tuesday, February 2, 2010

Tips Mengelak Jangkitan Virus ke External Hard Disk

Sempena hari komputer sedunia, aku nak post tips2 yang berguna untuk rakan2ku si penternak virus.

- Pastikan laptop, pc, mac anda dalam keadaan sihat walafiat. Kalau asyik tersangkut2 kejap2 tu cube check ada trojan kot. Kalau asyik hang, cube check malware atau trojan skali. Boleh download free software macam malwarebytes. Nak cari pembuang trojan percoma, agak sukar. Contoh yang boleh pakai free trial macam The Cleaner 2010. Boleh la nak guna scan2 trojan ni.
- Kalau rasa perasan bagus dah ada semua antivirus yang berguna/berfungsi, sila lah rajin2kan diri update database nya. Pastikan semua dalam kondisi yang terkini.
- Kalau tak pasti komputer anda itu berada dalam keadaan sihat, jalani pemeriksaan percuma melalui antivirus2 yang anda miliki.
- Imbas dengan pengesan virus segala dokumen yang anda muat turun dari internet. Biasanya ada malware yang menyorok rapi di dokumen2 yang anda dapati.
- Dalam sejarah virus, ada sesetengah virus yang kunci pengaktif virus berkenaan terletak pada 3 arahan iaitu open, explore dan juga scan with antivirus blablabla. Jadi, langkah2 yang telah dikenalpasti ialah guna perkakas winrar untuk membuka file2 berkenaan. Maksudnya, buka winrar, pastu scan virus melalui winrar tersebut. Kalau kena jugak, cari kat google untuk cara2 lain.
- Bila komputer sehat, baru la cucuk USB tu ke komputer anda.
- Jangan amalkan penggunaan Autoplay. Guna manual je.
- Macam biasa, amalkan scan antivirus sebelum buka file. Kalau lama, tunggu je la. Kalau malas tunggu, buka je. Nanti kena, delete je la. Kalau tak boleh delete,padan muka format je external tu.
- Kalau rasa takut kena virus atau rasa "external baru takkan nak kena virus" takpayah cucuk kat komputer. Simpan je buat kenangan k.

Sampai di sini sahaja petua dari saya. Next Hari Komputer Sedunia, aku kasi tips lagi okeh.

9 comments:

nanad said...

hahaha... ayat ko pkai kelakar la weyy. buat ak gelak je =))

HEROICzero said...

Terima Kaseh, Safwan~

Wanturd™ said...

nad: wah2. gelak ek.aku serius ni.haha

heroic: sama2. rawati laptop adik kau tu.haha

Anonymous said...

haha lantak p la~

-Mr.Heroic-

deus X machina said...

tips yang bagus
thanx bro!

deus X machina said...

Walaupun aku hanya ada pendrive
tak ada external pown
erk888

Wanturd™ said...

welcome.hehe..
eh..kne beli external ar.cmne nak transfer movie satu kaler byk2..hehe

HEROICzero said...

betoool~ ade stok baru x safwan?

Wanturd™ said...

hishh.mane ade..heh