Thursday, February 4, 2010

Setahun sudah berlalu

Sesiapa yang tak suka baca kisah hidup aku, berhenti baca dan baca post2 lain kat bawah.

Seminggu setelah kau pergi
teman silih berganti
menghiburku

berkata semua teratasi
dan terus sembunyi
di balik senyum palsu
ku dengar dirimu
tak sendiri lagi

betapa hancurnya
hati dan jiwaku

setahun setelah kau pergi
ku masih sembunyi
di balik senyum palsu
ku dengar dirimu
tak sendiri lagi

haaaaa……
betapa hancurnya
haaaaa …..
hati dan jiwaku

na na naaa aahh

setahun setelah kau pergi
ku masih sembunyi
di balik senyum palsu
ku dengar dirimu
tak sendiri lagi

haaaaa……
betapa hancurnya
haaaaa …..
hati dan jiwaku
betapa hancurnya

tolong bantu aku
melewati semua

Yep. Sudah setahun.

Petang itu aku dengan kepala yang serabut, menghidupkan enjin Kancil ku. Memang berat hatiku ketika itu untuk memulakan perjalanan.

Laju aku memecut di jalan raya dan selaju itu darahku mengalir pantas. Kami kerap bergaduh kebelakangan ini. Ada sahaja yang tidak kena dengan perasaan masing2.

Sampai sahaja di depan kolej dia, aku menaip ringkas SMS untuk dia. -turun. Selang beberapa minit, dia sudah tercegat di tepi tingkap kiri Kancilku. Mukanya masam sekali. Dia masuk tanpa berkata apa2. Aku tanpa berlengah2, segera menekan pedal minyak. Kancil meluncur laju di sekitar PJ.

" Nak kemana ni" tanya dia ringkas.

"Nak bincang sikit pasal kita." jawabku sepatah demi sepatah.

"Haih.bincang apa lagi. Kat mana nak bincang ni?" tanya dia lagi.

"Kat mana2 taman la" balasku tanpa berfikir lama pun.

Sebaik sahaja sampai di taman permainan berhampiran dengan Seksyen 14 Pj, aku segera menoleh ke sekeliling taman. Takut juga kalau kena tangkap khalwat petang2 camni. Bukan boleh percaya abang2 polis di sini.

"Kenapa kita boleh jadi macam ni?" soalan kegemaran aku dilontar tanda permulaan perbualan.

Pelbagai soalan aku tanya, namun kebanyakannya dijawab dengan berdiam tanda protes. Memang perangaiku suka bertanya bertubi2 dan berulangkali. Memang sikap semulajadi dia suka berdiam untuk menyakitkan hatiku kembali. Aku pula sudah tahu dia tidak suka aku tanya banyak,tapi aku tanya juga. Aku dan dia sama2 bersikap seperti kanak2. Sering buat sesuatu yang tidak disukai. Setiap kata yang kututurkan bagaikan tiada guna lagi. Masing2 sakit hati dan tidak tertahan lagi.

Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada sahaja nak digaduhkan. Tapi yang pasti, perkara yang kami gaduhkan bukannya hal besar. Kami sering bergaduh perkara2 yang kecil.

Tiba2 di dalam hatiku terdetik niat untuk take a break dalam hubungan ni. Bagi masing2 reda dahulu panas barannya. Lidahku kaku. Aku bukanlah seorang yang berani. Aku terlalu takut dengan risiko yang akan dihadapi. Aku tahu keputusan tu bukanlah bermaksud aku mahu putus. Cuma aku mahu berehat. Tapi apa yang kurisaukan, dia tidak sepositif itu. Take a break means break up for her. Fikiran aku makin celaru.

"Saya nak kita take a break kejap" aku lontarkan dengan rasa berbelah bagi.

"Apa maksud awak? Kalau awak nak break, break je la." balasnya.

"Kita break je la, sampai masa kita dah cool, kita couple balik." aku berkata.

" Awak cakap serius ke ni? Saya ok je" jawabnya penuh berminat. Mungkin keadaan kami yang kritikal dan menyerabutkan membuat dia rasa ini harapan untuk menenangkan fikiran dan bebas dari masalah.

" Ya." balasku dengan penuh sebak di dada. Sengaja aku buat2 macam tough dihadapannya.

Dalam kereta, hatiku sangat hiba. Dalam saat itu juga, perasaan risau membuak2. Risau tiada lagi harapan untuk kami.......

Kami singgah di Midvalley. Dalam niatku, aku sudah tetapkan untuk membelikan dia hadiah. Hadiah harijadinya 4 bulan lepas. Ini sahaja peluang aku untuk menunaikan janji.

Kami habiskan masa dengan berpegangan tangan dan saling bergurau. Tiada lagi perasaan marah, atau timbul perkara2 yang ingin digaduhkan. Semua bagaikan seperti tidak pernah berlaku apa2 yang negatif antara kami.

Aku belikan dia Teddy Bear yang aku janji dahulu. Boleh tahan harganya. Maklumlah, aku bukan kaya. Tapi aku rasa puas hati kerana aku dapat tunaikan janji aku dahulu. Dia pula hadiahkan aku dompet. Murah sahaja. Mula2 dia suruh aku pilih ikut suka hati aku. Bila aku nak yang murah, dia marah. Tapi bila aku pergi ke kedai yang berjenama, dia tersengih2 tanda tak mampu nak beli.

Sesudah kami habis makan, aku hantar dia pulang ke kolej. Seperti biasa kami berbual2 sebelum dia naik ke kolej. Di akhir pertemuan, kami bersalaman. Itulah kali terakhir dia cium tangan aku...........

Dalam perjalanan, dia telefon aku. Aku tanya kenapa. Dia kata dia baru sahaja lepas menangis. Dia tak perlu beritahu pun aku dengar suara je pun dah boleh tahu. Rupa2nya dia sedih bila bercerita dengan rakan2 sebilik dia. Aku turut sedih ketika itu. Keadaan ketika itu sungguh hening dan menghibakan aku. Aku beritahu dia, tak lama pun kita berpisah. Nanti bila kita dah lupa marah kita, kita bersama semula. Dia jadi lega. Mungkin dia risau kehilangan aku.

Setahun sudah berlalu. Namun kisah itu masih segar diingatanku. Janji kami untuk bersama kembali hanya tinggal sejarah. Dalam setahun ini jugalah macam2 perkara yang berlaku. Aku hampir jadi gila, aku demam ketika exam, berdrama di hadapan orang ramai dan macam2 lagi. Kini, dia pun sudah berpunya. Sudah hampir setahun juga mereka bersama.

Aku? Aku masih sendiri dan kadang2 teringat pada dia. Mungkin hati aku sudah tiada perasan padanya, mungkin juga ada. Tapi yang aku pasti, aku mahu teruskan hidup, dan aku gembira juga dengan kehidupan aku sekarang. Walaupun selalunya aku banyak termenung, tapi aku tetap usaha cuba gembirakan hati aku sendiri dengan pelbagai2 cara.. Aku akui, banyak yang aku sesali. Aku menyesal lepaskan dia dahulu. Aku menyesal itu dan ini. Tapi sesal sekarang pun tiada guna kan?

Kadang2 aku tetap mengambil perkembangan dia. Sekarang dia tengah praktikal kat johor. Harap2 dia gembira di sana. Selain tu, aku dapat tahu nama Bear yang aku kasi dulu ialah Bobo. Selain tu, dompet yang dia kasi, aku dah tak pakai. Sebab sudah hampir 5 seluar jeans dan shorts aku dompet tu koyakkan. Berlubang dekat poket belakang. Hadiah2 dan gambar2 aku simpan pada satu kotak di rumah. Sejak aku mula simpan, aku tak pernah buka lagi kotak tu selain untuk tambah barang2 yang aku terlupa nak letak dalam tu.

Bila rasa kecewa begini. Patah hati begini. Hidup dalam kenangan begini. Tekanan perasaan begini. Barulah aku tahu kenapa ada orang sanggup bunuh diri kerana kecewa. Aku pernah berfikir baik mati sahaja. Tapi tidak pernah sekali2 aku terlintas untuk membunuh diri. Aku bernasib baik kerana aku masih mempunyai akal dan Allah memberi pertolongan kepadaku untuk meneruskan kehidupan.

Aku akui, kini aku tidak mempunyai sesiapa kecuali keluarga dan rakan2. Tiada wanita istimewa dalam hidup aku. Aku juga seolah2 tidak berminat untuk mencari. Pernah juga seorang dua wanita yang dapat membuatkan aku membuka hati aku kembali. Namun hasilnya tidak kemana. Aku tidak berminat untuk serius. Kebanyakan wanita yang aku keluar berdua pun aku anggap mereka tidak lebih dari seorang kawan. Mungkin mereka pun tidak berminat pada aku. heh.


................................................................................


Dalam senyap2 juga, aku sentiasa berdoa agar sejarah ini tidak pernah wujud. Atau aku dapat lupakan sahaja segalanya.

:(
05.02.09 end of us

53 comments:

ladolce khairina said...

yup...kdg2 kenangan mmg mnyakitkan..
nice blog

silence musica said...

hurm, awk ... sebenarnya, mmg pun bila di ckpkan nak 'hold' relationship tu, semua org akan jadi sedih, sbb seolah2 mcm putus terus. putus cinta sakit oh.. sigh ... kenapa lah kita terbaca post awk ni. sgt x sihat utk kt. huhu

od said...

gua mau nanges rr.:((

Shikin Ismail said...

i am now in that position.
sakit.
sangat sakit.

;'(

deus X machina said...

waaaaaaa
sedih beb
sama la kita
aku pun baru clash dalam beberapa bulan ni

tak apa bro
perempuan ramai lagi
buat masa ini
cintailah m.u
kerana m.u tak pernah mengkhianati kita
erk888

Wanturd™ said...

khairina: hai.nak kenal boleh? heh.gurau je. kenangan boleh membunuh woo..

silence: haish.da pesan jgn bace.heh. tade lah. kisah lame ni pedih sket. tp ni tade la hold, mmg terus break.

od: lu baru mau, gua da lame da nanges...heh

katun: hish.tape tun, skang kau bahagia kan? hari2 nampak ceria je?hehe

deuX: kau mmg suke tiru aku.aku break,kau nak break jugak.haha.. hishh..man u suke gak khianat aku,contoh bila kalah ngn liverpool.sakit hati aku..
aku da lame bercinta ngn man u. tp dengan man u sejam seminggu je boleh dating..huhu

deus X machina said...

ape sejam lak..2 jam r...bola kan 90 minit...campur rehat commercial break apa sume
erk888

Anonymous said...

uhuhuhuhuhuhu.....
lagu febret mu r 2 skunk..
s07 - betapa

Wanturd™ said...

deux: sebab bese aku sampai da nak dkat 2nd half.tu pasal la sejam je..hehehehe..

anon: ehh..lagu tu jarang dengar.malas nak dgr

HEROICzero said...

aku ingat post raya la sial, setahun sudah berlalu.. haha~

Barang lepas usah dikenang, takut nanti sejarang berulang.. cewaah~

Hi Khairina =)

HEROICzero said...

weh zati, asal xleh masok blog ko?

still, hi khairina =)

silence musica said...

weyh adil, xkan ahh nak ngorat ikut blog pun jadi? haha. hie khairina juga. :D

RinG said...

seriously ni first time aku bace blog post yang panjang gni pnuh tanpa sparuh jalan atau sekrat kerat. tapi walaubagaimanapon, aku faham tekanan ko walapon aku xpernah rase, ramai member dah rase, so get laid

HEROICzero said...

aku sangka aku yg pertama, ame.. rupenye hanya kedua, selepas safwan..

hiii khairina, asal sombong sgt neh.. hahaha!

Wanturd™ said...

silence: adil tiru tuhh..heh

heroic: jgn kacau line aku..shuhhh..

amer: awak memang tahi.selama ni aku tulis,kau mesti tak bace abes kan? cissss

Tulip said...

best blog nie..susah nak lupakan kenangan lama..walaupun sudh bertahun2 berlalu...but teruskan hidup..until our life end..

Wanturd™ said...

tulip: tq.hehe
dah bahagia dengan hidup baru. single pon ok gak..hehe.tp kalau ade mane2 calon,leh pinang je teros..hahaha

Tulip said...

sebenarnya...hidup single nie lg tenang...betul 2..jumpe yg berkenang di hati..jgn tunggu lama2..hehe

Wanturd™ said...

kadang2, tenang selalu pon buat jadi bosan sket.hehe..
haihhh..smlm tgok satu couple suami isteri yang muda, buat sy berangan nak kawen plak.hahaha

Tulip said...

ye??mesti romantik...haha...
saya ada satu cadagan..apa kata awak bt iklan...tampal poster ke...guna la ayat.."saya nak cari calon isteri" pas2 bla..bla..bla...hehehe...

jgn marah..gurau jew...

tp saya lg suke tgk couple suami isteri yang tua...hehehe..bahagia jew

Wanturd™ said...

haha..alaa..dulu ade satu iklan yang cari menantu tuh.same je konsepnye kan? hehe.nnt ar.kalau umur 32 tak kawen lg,baru buat iklan. nnt check la ye..ahah

lagi bahagia pasangan suami tua,isteri2nya muda2 je..hehe

Unknown said...

Aku nak menangis kat bahu ko , WAAAAAAAA .... we are in the same bot

Tulip said...

ada kew..mugkin sy ciplak kt..hehehe....ooo..time 2 saya pun dah tua dah kot..hehe...(tp muda dr awak r)hehe...

ala..2 org tua gatai..huhu

Anonymous said...

ko ngan dil pehal post pasal pompuan ni? ni rase nak post jgk nii

-ring-

HEROICzero said...

im waiting, ame~

*xde hal ame, ko kan banyak awek.. makan sorang~

Unknown said...

relationships are like glass. sometimes it is better to leave them broken than try to hurt yourself putting it back together..

Wanturd™ said...

touyakaruma: ehh.jangan lah kat bahu..sweettt sgt plak..haha. kau pon same? tape2.nnt aku bg tips camne nak jadi player. ;p

amir: aku tggu kau cite pasal amoi yg kau sembang2 kat aku dlu..hehe

adil: aku rasa kau kne tggu bzaman2 arr..

sabrina: tape..kalau nak selamat,fix la dengan safety gloves.hehehe

Wanturd™ said...

tulip: ade..mcm iklan jawatan kosong da..huhu.lupe plak kat mane tgok,kalau tak,boleh bagi tgok skali.hehe..alaaa.kalau around 30,tade la tua mane..heh

erkk..tu bukan tua gatai, tu laki yg adil dan saksama..:p

HEROICzero said...

ya Adil adalah seorang lelaki yang saksama.

"relationships are like glass. sometimes it is better to leave them broken than try to hurt yourself putting it back together.."

Sabrina, damn! betol kot! best quote for today. gagaga~

HEROICzero said...

aku nak wat status FB aku.. x kira x kira! haha~

Unknown said...

heroiczero: kalo nak ambil quote tu, silakan, my pleasure..sila tanya wan, siapa saya dalam hidup dia...haha..

wan: bila nak balik cny ni? jom teman gi shopping. kalau awak nak pau baju (sehelai je), pun boleh..

HEROICzero said...

wan, sape weh?

*cm pelik gk kadang2 panggil ko wan

Wanturd™ said...

a.l.o.n.g along!

HEROICzero said...

mcm aku kenal pon. haha! hi along~

* mane si khairina neh?

Tulip said...

hehe..kita pun pernah tgk la..tp lupa gak kat mana..kwn tunjuk..kenapa plak adil dan saksama???mugkin ada.sesetengah daripadanya...

Wanturd™ said...

hehe.kalau yg senyap2 tu, mmg tak adil la tuh.. kalau buat secara elok dan sah, konpem2 la laki tu adil dan saksama..laki memang suka sunnah nabi part2 cmni.yg lain tak plak nak buat..heh

HEROICzero said...

tiba2 aku lost.. korg dh bincang topic ape? poligami ke?

Tulip said...

yela...lelaki mmg...cuba la ikut sunnah yg lain..mcm pergi masjid ke...apa ke..tp yg nie jg yg diorg nak..hehe..tp kalu mampu..xd apa yg harus dibangkang...huhu

Hero: pasal laki tua yg gatal nak kwhn banyak2...hehe

Wanturd™ said...

heroic: jgn sibuk..hehe

tulip:sy ade janggut.sunnah gak.tp pakai seluar pendek.aha..sunnah ada cara dia.orang ramai pakai cakap je dorang tgh wat sunnah kan..

yeke? kalau nnt laki mampu,awak nak kasi tak?

nanad said...

awwhhh sedeynye bace post niee.... bersabar la wahai rakanku.. mesti ade sumbody better for u out there... jgn la dikenang sgt kenangan tu... n sme yg jd mest ad hikmah die.. =))

btw ak rs pmpuan mmg by nature jns yg lebey ske mendiamkn diri ble gado2 cm tu.. laki yg biasenye ak byk soal bertubi2.. i gez its normal for ppl in relationship. wtv pn ak na wish ko gudluck n smoga ko jmpe yg lebey baik la lps ie ea? =)) cheer up!

Sakinah Amran said...

bulan 4 nie saya dua tahun *bangga

Wanturd™ said...

nad: wah2..kakak aku selalu berpesan
"relationships are like glass. sometimes it is better to leave them broken than try to hurt yourself putting it back together.."
tapi da name pon KENANGan,konpem la diKeNANG.haha

sebenarnya situasi tu jadi b4 kawen je.nnt da kawen,laki yang banyak senyap.bini asek potpetport je sepanjang masa.haha

Wanturd™ said...

CIK KIAH: hai.lame tak dengar cerita??

owh.sy taknak berbangga.nanti jadi riak.hehehe

Tulip said...

yela 2....hehehe...laki lain saya x kisah..kalu bakal laki saya..x berani nak cakap la....biasa la..perempuan nie kdng2 angin blh bertukar jd taufan..kdng2 angin blh menyejukan sesiapa yg sedang panas...

Wanturd™ said...

haha.dah agak dah.. mesti taknak punya..

Tulip said...

:O....muke x bersalah....hehehe

Cahaya Pembuka Hatiku said...

salam.. adakah sy org terakhir membaca ini??? huhu.. terharu membaca kisah awak..

sudh setahun jugak kisah yg hampir sme meninggalkan sy.. berpisah.. dan menyesal.. tp x mungkin berpatah balik. dan dia kini juga sudah berteman.. haha.. hidup.. mmg begini.. keputusan yg diambil, kdng2 awalnya x membahgaikan.. tp akhirnya.. kita akan sedar.. Allah ada perancangan terbaik untuk kita.. =)

selamt berblogging..

Wanturd™ said...

tulip: ahaa..sy bace kat blog heroic tadi..

cahaya: salam. terima kasih sbb sudi membaca.hehe

alamak.kita hampir sama. kesah lama, jadikan tauladan. next time jgn wat silap/salah/perkara yg sama lagi.huhu.

Tulip said...

baca apa???( hehehe..bt2 x tau)..

Patimah said...

oh aku baru baca.
ok nak nangis ah.hahaha
xpe bunga bukan sekuntum.
malik noor kn rmai peminat..^^

Patimah said...

oh aku baru baca.
ok nak nangis ah.hahaha
xpe bunga bukan sekuntum.
malik noor kn rmai peminat..^^

Wanturd™ said...

aku: ciss.kureng.. nnt aku da jadi malik noor,aku nak pakai baju sendat2.bg kau tgok sket ke'tough'an aku..haha

Patimah said...

tolong ah geliiiii