Tuesday, February 23, 2010

Dendam

Hai.

Mungkin di antara kita pernah berdendam, atau berhadapan dengan orang yang berdendam. Dendam boleh dijustifikasikan sebagai suatu perasaan yang lahir dari perasaan benci atau marah. Di mana dendam ini seringkali dipendam secara rahsia oleh individu itu. Dendam juga lahir dari hasrat dengki atau ketidakpuasan hati.

Dendam adalah suatu perkara yang tidak digalakkan oleh agama kita. Dendam juga tidak sesuai diamalkan dalam komuniti setempat. Dendam juga adalah tema kegemaran penggemar-penggemar filem baik di negara kita mahupun di Holiwud. Apa sahaja yang berkaitan dengan dendam hampir semua membawa kepada perkara/akibat yang negatif.

Terdapat beberapa drama dan novel dan filem dan cerita yang menyampaikan mesej bahawa dendam ini tidak membawa sebarang kebaikan malahan membawa kepada perkara-perkara lain yang buruk dan berlarutan. Dendam juga hampir menjadi penyakit keturunan, kerana jika si ayah yang berdendam, mungkin si anak-anak akan meneruskan dendam itu. Mungkin lepas itu cucu mereka yang berdendam. Dan mungkin juga cicit mereka juga turut berdendam. Dan mungkin juga anak kepada cicit mereka juga turut terlibat dalam dendam mereka. Dan juga anak kepada anak cicit mereka. Senang kata, bersambung-sambunglah. Hehe.

Dendam juga boleh menyusahkan orang yang tidak berkaitan pada mulanya. Contoh : Jika seorang perempuan di di di dianiaya oleh bekas teman lelakinya, mesti perempuan tu berdendam dengan lelaki lain. Mulalah mereka akan mempermain-mainkan lelaki lain. Dan bila ini terjadi, seperti konsep pada perenggan sebelum ini, dendam ini akan bersambung-sambung. Laki yang dipermainkan akan mengenakan perempuan lain, dan perempuan yang dianiaya akan mengenakan laki yang lain pula. Ini akan terhenti sekiranya "mangsa-mangsa" ini berfikir dengan lebih matang. Matang akan membuatkan seseorang itu lebih rasional bila membuat keputusan. Dapat memikirkan bahawa tiada sebarang kebaikan yang diperoleh dari dendam itu sendiri.

Lagi satu contoh yang sering terjadi ialah, senior buli junior. Junior yang telah menjadi senior akan membuli junior mereka pula. Junior yang telah menjadi senior, errr... Ahhhh. Kesimpulannya buli yang mereka lakukan takkan membawa sebarang kebaikan selain kerja-kerja membasuh baju tidak perlu menjadi beban kepada si senior.

Akhir kata, lebih baik memaafkan sahaja dari susah-susah berdendam. Sebenarnya dendam itu menyusahkan diri sendiri je. Tak kemana pon dengan dendam itu. Tapi kadang-kadang, dendam boleh puaskan hati. Hehe.


EXTRA: siapa-siapa yang ada dendam sama aku, sila senaraikan kat komen, boleh aku fight.haha


nota: Dah malas nak tulis last2 tu.hehe

20 comments:

HEROICzero said...

wah.. ingat aku salah masok blog.. layout lain. entry agak2 matang. hahha!!

*aku pernah berdendam dgn sum1, agak lama, smpai aku lupa ape dendam aku pada dia. yg aku tau, aku memang berdendam pd dia lah~ so cmne, kawan?

Wanturd™ said...

kau dendam ke mendam berahi?

HEROICzero said...

dua2. =)

Tulip said...

ish2..entry yang bagus..membuat saya lebih berfikir..cantik layout..hehe

Wanturd™ said...

heroic: euww.sape kau mendam berahi tu?


tuliP: eh..jangan fikir je lebih,tindakannya tade..hehehe
layout default je pon. ada kat pemplet tu,tp jgn tiru lak.haha

deus X machina said...

aku masih berdendam dengan everton
camane leh menang ari tu

Tulip said...

hehe...nak bertindak kena fikir panjang dulu...huhu...nak tiru jugak..xkira..x kira...hahaha

Wanturd™ said...

deux:owhh.itu aku lebih berdendam dgn partner tgok bola aku. tak pasal2 aku kne bayar makan malam tu..ciss

tulip: owhh..awk tak kira, tapi saya yang berkira...hehe

Tulip said...

xpela....=(

Wanturd™ said...

hah.jangan dendam plak lepas ni...:p

Patimah said...

uuii background baru.

tu je.aku xberdendam dgn kau ;p

Wanturd™ said...

aku: bese la..aku kan baik..haha

Nand Nasyari said...

ooohh..bagusnye entry.. tp nand tetap gak sorg yg pedendam.. hahah..sori..~ ;D

Wanturd™ said...

ahhaaaa..boleh agak la dendam dengan sape..hehe

Tulip said...

xnak la dendam dgn awak..xbest..haha

Wanturd™ said...

aha..belum cuba,belum tahu..

Tulip said...

haik..??macm galakkan jew..

Wanturd™ said...

ahaa..tade la..saje je main2.

Nand Nasyari said...

boleh agak..? tau ke..? hmmm..~

Wanturd™ said...

hehe..tade lah.main2 je.tapi bese boleh agak la kalau gurl dendam dgn sape..;)