Sunday, June 26, 2011

Rejab Kejap.

"Aih Man, apa kau buka lampu malam-malam buta macam ni, silaulah." sapa Azri dalam keadaan separuh mamai dan separuh rasa panas hati.

Manakan tidak panas hati, baru sahaja mimpinya menjalar ke 'third base' gangguan Man membantutkan mimpinya.

"Sorry bro, gua nak sahur ni, tu yang gua buka lampu sekejap. Gelap-gelap macam mana aku nak bancuh air dan rebus maggi? Kejap lagi gua dah habis makan, gua tutup okay." balas Man mudah.

"Tahi kau. Puasa apa bulan jun ni. Tiba-tiba je rajin. Ganti puasa ke bang?" sinis persoalan Azri.

"Tu la lu tak tahu. Sekarang bulan rejab lu tahu. Bulan afdal kalau kita puasa sunat. Lu apa tahu. Tahu bulan ramadhan baru nak puasa. Itu pun tuang dua tiga hari. Mak gua dah ajar gua puasa-puasa ni sejak darjah 3 lu tahu. Dah lu pergi sambung tidur" Man membalas dengan percakapan yang lebih konfiden.

Maggi yang dipecah telur bila air rebusan sudah menggelegak memang terbaik. Kuning telur masih lagi suku masak. Memang lazat sangatlah kalau dihirup sahur-sahur begini.

"Alhamdulillah." bisik Man sambil berbaring. Bekas maggi ditolak Man perlahan ke bawah meja. Esok lusa boleh basuh. Itu pun mujur kalau ada nak guna, kalau minggu depan guna, mungkin minggu depan baru basuh.

.
.
.
.

" Weh Man, bangunlah weh. Dah pukul 5 petang ni, lama betul kau tidur. Aku baru je nak panggil khairat je tolong settlekan kau. Bangunlah weh.

Perlahan-lahan Man bangun sambil membetul-betulkan boxer yang masih lagi meregang di depan. Dalam keadaan mamai, Man menuju ke bilik air. Selepas 10 minit, Man keluar dari tandas dan mengelap badannya yang basah tidak rata.

Seluar pendek hitam disarung perlahan, ketiak disembur sedikit Rexona Men, dan disarung pula baju Pulls and Bear favourite Man. Dicapainya dompet dan telefon dan segera keluar dari rumah.

"Nak pergi mana Man? Bangun-bangun terus keluar?" tanya Azri ringkas.

"Gua nak berbuka dengan awek gua. Lambat pulak gua bangun. Letih puasa la kot. Gua pergi dulu. Chiow!" kata Man sambil tergesa-gesa keluar.

"Haa eloklah tu. Yang sunat kau beria, yang wajib kau taram. Cantekk!" bisik Azri di dalam hati.

1 comment:

Anis Azhani said...

Rexona Men - check!
Pulls & Bear - check!

..Man ka Wan ni? huahua