Showing posts with label bukan untuk ketawa. Show all posts
Showing posts with label bukan untuk ketawa. Show all posts

Monday, October 25, 2010

Muka Lurus.

Hye. Sakit perut dan sakit luar dalam memang pakej untuk buat aku tak boleh tidur malam ni.

Yep. Bila tak boleh tidur, aku merewang-rewang. Bila klik sana sini, terjumpa youjizz satu lagu. Haih. Buat tak boleh tidur lagi ada la camni.



Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka

Menangis bersama, selama-lamanya

Ahh. Lagu P. Ramlee memang suka buat aku camni. Ishk.

Tuesday, April 6, 2010

Facebook sekarang.

Sekarang facebook dah tak macam dulu. Kalau buka, tak ada apa yang boleh dibuat. Nak buat status, macam malas gila. Tunggu la kalau ada siapa-siapa komen. Kalau tak ada, aku tengok friend list aku. Tengok siapa-siapa yang ada update terbaru. Gambar ke, Video ke, Status ke. Kerja aku mengomen. Kalau nak meriah, kena tunggu malam minggu, sebab masa tu, keputusan bolasepak baru keluar, ada la benda nak di bahan. Kan?

Sekarang facebook dah tak macam dulu. Dah tak aman. Kau cakap yang pelik-pelik sikit, dah kecoh satu dunia. Kerana mulut, badan binasa. Kan?

Sekarang facebook dah tak macam dulu. Orang ramai ambil kesempatan, sebar fitnah itu ini. Promo MLM merata-rata. Tipu sini, tipu sana. Yang lagi bahaya, spam tak terkawal. Jangan hairan jika kena tag beribu2 nanti. Kan?

Sekarang facebook dah tak macam dulu. Laman BENCI lebih disukai dari laman SUKA. Satu masalah yang paling kritikal sekarang ni. Hampir semua benda hendak dibenci. Dan group dijadikan medan untuk menambah dosa dengan mengutuk dan memaki. Lebih tragis, ada sesetengah pihak yang cetek ilmu mahu berdakwah. Sudahlah diketawa, dikutuk pula tu. Yang lagi parah, ada yang diri sendiri pon tak berapa betul, nak kutuk orang bagai nak rak. Di sini aku tertanya-tanya mananya cermin kat rumah dorang ni. Tak boleh cermin diri ke?

Pinjam dari kata-kata seseorang.

Inilah yang terjadi bila fasiliti kelas pertama digunapakai oleh minda kelas ketiga.

Friday, April 2, 2010

Thursday, March 18, 2010

Tuduh

Hai.

Yang menjadi persoalan biasa:

- Kenapa suka nak tuduh walhal kau tak tahu pun cerita sebenar.

- Kenapa lebih percaya orang lain walhal niat dan cerita sebenar, aku yang lebih tahu.

- Kenapa kau nak buat macam kau tahu semua punca/sebab/niat aku, walhal aku sendiri pon tak tahu menahu apa yang kau tuduh tu.

- Kenapa nak suruh aku terus terang dekat kau walhal perkara tu tiada kaitan dengan kau?

Perkara-perkara yang menjadi tuduhan-tuduhan biasa:

- Mesti dah bahagia kan sekarang? Asyik keluar dengan perempuan je.(nampak kat facebook dah boleh assume macam-macam)

- Mesti dah happy sekarang kan, ramai je kawan perempuan. (sama je dengan persoalan atas)

- Mesti playboy kan. Tengok gaya dah tahu. (padahal tak laku)

- Kau penah cakap "Keluar dengan member habis duit, keluar dengan perempuan tak habis duit sangat." Patut la keluar dengan aku. Boleh pow aku kan. (padahal maksudnya, aku keluar dengan member laki asyik kesana kemari, beli itu ini, memang la habis duit banyak. keluar dengan kau jalan2 makan udara,tade la duit aku habis banyak)

- Ni kau tulis macam ni, mesti ada masalah dengan perempuan kan.

- Tuduhan-tuduhan tu mesti pengalaman sebenar kau kan.



(adoi. tulis macam ni pon nak kena tuduh aku bukan-bukan juga ke?)


u tuduh2, i tensen taw..awww

erk. gugel2 keluar gambar ni.tak boleh buat pape la.hehe

Monday, February 22, 2010

Pening

Haishh...

Hari-hari tidur lambat macam ni, sakit la dol.

Tapi. pagi ni aku puas hati. sebab ada blog yang aku baca, isinya sangat nice. Ciss

Tuesday, January 26, 2010

Malaysia yang terkini

Hai.

Mengeluh panjang aku bila bace surat khabar dan blog2 sekarang ni. Aku baru je lepas baca blog Aduka Taruna, yang kecoh pasal kes Sultan Johor. Sambil2 tu, aku jalan2 kat blog yang berkaitan dengan dia dan kes2 camtu. Bila baca komen orang ramai, ada yang sokong mamat tu, ada yang hentam habisan2. Lantak korang lah. Aku tak kesah apa yang korang nak menangkan sangat.

Yang aku pelik sekarang, ramai sangat Melayu yang nak jadi hero. Mereka rasakan diri sendiri lebih berpengetahuan, lebih betol, lebih adil dan penegak keadilan la ape jadah semua. Bagaimana mereka ni boleh konpiden gile ek? Aku yang hidup dalam negara yang ada pelbagai dakyah, ideologi, kelentong, kencing gila kuasa ni pon sampai sekarang tak sure siapa betul, siapa salah. Ada sedikit dalam pandangan aku, aku tahu pihak mana yang lebih ikhlas dan telus. Ada yang aku baca tulisan mereka ni, ada dengan bangga menyebut "Dalam berita TV (aku tak tau TV berapa sebab dah lama aku tak tengok berita pengampu), kecoh isu Blogger .......) . Macam mana korang boleh kata korang ni di pihak yang benar, padahal korang rujuk kat siapa pon aku tak tahu. Nak adil, nak telus, kena dengar semua belah pihak. Dah nama pon manusia, semua nak kata sendiri yang betol. Kita ni perlu lari ke tengah dan perhatikan mereka, InsyaAllah boleh nampak mana yang benar. Tolong lah melayu2 sekalian, jangan jadi hero yang bodoh. Tolong pakai akal ketika bersuara.

Itu satu hal la. Ada pula blog yang berbicara soal agama, akhirat, kiamat, orang ini dosa, orang ini tak betol, orang ni bawak dajal, orang ni yahudi, boikot sana sini, dan lain2 lagi. Haihh.. Kalau boleh, aku kurangkan merujuk kepada sumber2 internet ni. Siapa tahu siapa mereka? Kalau blog ulama pon, konfem ke ulama itu sendiri menulis? Ada yang konfem, Alhamdulillah. Kalau tipu camne? Nauzubillah. Sekarang ni macam2. Kalau ada kekeliruan, ada persoalan, rujuk pada ustaz2, alim ulama secara berdepan, itu lebih bagus pada pandangan aku. Artikel paling aku panas sekali baca(pandangan aku) ialah artikel pasal Man United kelab setan pe jadah. Dorang katakan Malcom Glazzer tu yahudi. Memang la dia yahudi. Tapi die baru je ambil alih kelab tu 2005 or 2006. Baru je lagi. Fan2 man United dari dulu desak die berundur, tapi jenis tak reti bahasa, die tetap jadi pemilik man utd. Hasilnya? Man utd berhutang beratus2 juta. stail tak stail la kan. Selain tu, hujah dorang, baju man utd warna merah. Warna2 pemangkin setan, pilihan setan, aku tak ingat la apa dorang bebel. Bro, Kelantan Warrior pon kaler merah bro. Yang tu setan mana plak bro nak kata? Setan bakar kerusi? Jangan sedap2 je nak tuduh2 camtu k.

Hal yang lain aku nampak, ada sejenis kaum yang suka nak perkauman dalam blog dan forum. Panggil melayu meleis. Sambil tu kutuk2 melayu sana sini. Cakap omputeh pelat singapore macam bagus. Hormatilah orang lain. Kalau kita mention lu C*** makan babi, lu suka ka? Aku pon tak suka nak panggil orang camtu. Tak elok. Aku pon ramai kawan chinese. Toleransi je. 1malaysia kan. Kita cakap cibai, dia balas pukimak lu. Kalau ngn india kita kata pundek, dorang balas cibai lu cha. Ada pula yang suka kondem cerita melayu. Kata semua cerita melayu bodoh. Tade standard,tade kelas. Ni sume kerja prof tu la ni dorang duk mengata. Bro, bukan semua cerita melayu bodoh, ada je yang ok bagi aku. Cerita singapore, cerita hong kong, cerita republik china, cerita jepun, cerita indon dan cerita omputih, lagi banyak yang bodoh2 yang aku pernah tengok. Aku da 3x tengok cerita Jay Chou. Cerita Initial D je yang bagus. Lagi 2 cerita, aku rasa nak bakar wayang tuh. Cerita tu story line berterabur, efek macam gampang. Tengok Kapten Kit lagi berbaloi. Cerita2 melayu yang bagus macam Anak Halal, Adnan Sempit, Papadom, dan lain2, semua cerita ni buat aku gelak/kagum tak henti. Aku rasa cerita macam ni, cerita yang tiket rm12 pon aku rasa murah. Patut bayar lagi mahal.

Harapan aku. 2010 ni, orang malaysia sudah2 la jadi tahi anjing. Menyerabutkan otak bila anjing berak, kalau terpalit, menyusahkan orang. Nak kena perang dunia lagi ke baru nak insaf dan sayang negara balik?

Friday, December 25, 2009

Separuh Nafas

Atas permintaan ramai sendiri, aku buat karangan hari ini. okeh bebeh?

Hari ini,aku bergaduh2an dengan seorang rakan sejenis. Kali ini sedikit berbeza, aku pulak marah orang, bese nye, orang yang marah aku.

Entah mengapa, hati aku berasa cukup hotstuff malam tadi. Mungkin disebabkan wayang Treasure Hunter tu ala2 gampang yang buat rugi duit, atau pun mungkin kerana hati ini bengkek dengan kisah silam yang berlaku? Dendam ke? Tidak. Sekadar tak mahu pisang berbuah dua tiga kali.

Aku rasa la kan. Aku macam dah pesan awal2 kat mber aku. Korang nak bahan, kutuk, tumbuk, cubit, geletek, raba sound aku, aku tak kesah. Hati aku terima je. Yela. Masing2 punya perangai dan pandangan kan. Mber2, aku tak berkira. TAPI! aku paling pantang orang buat tahi dengan aku. Tak kesah la tahi tu kuning, coklat, atau hijau. Atau pun cair2 masam plus ade serpihan2 cili merah. Asalkan tahi, aku memang bengkek.

Ape korang rasa kalau kena tunggu sorang2 lame2 kat kl yang jauhnye dari uniten lebih 20km, tapi last2 tak jadi lepak. Pukul 2,3 pagi tu beb! Apa korang rasa? Rasa nak marah tak? Rasa nak cubit2 peha sendiri tak? Rasa nak main badminton pastu smash hidung opponent kuat2 tak?

KURANG AJAR!

Cuma kali ini, takde la tak jadi lepak cam dulu tu, cume aku kena tunggu lagi lame lepas aku kena tunggu lebih sejam kat pj tuh.. Kira lebih kurang ngn kes dulu, tu yang hati aku tak tertahan lagi untuk bengkek! I pon ade hati dan perasaan taw!

Cuba matang sikit fikir tu. Apa salah kau beritahu awal2 yang ade hal, tukar pelan ke. Ini tidak, biar aku jadi gila sorang dalam kereta tu untuk tunggu korang. Ingat aku tugu negara ke boleh terpacak lama2? Aiyooo..ane gedegang! tambi salim bachik!

Dah2. Sebelum aku rap macam toophat untuk carut2, baik aku sudahi karangan aku ini dengan serangkap kate...

FUCK OFF!

Wednesday, December 9, 2009

Datang bulan


Fakta-fakta menarik mengenai bulan:

-Bulan sentiasa berbentuk sfera walaupun kita sering melukisnya dalam bentuk sabit.

-Semasa bulan mengambang, tiada semestinya semua perempuan datang bulan.

-Jika sedikit serpihan bulan jatuh ke bumi, kemungkinan besar boleh mendatangkan impak yang amat kuat kepada permukaan bumi. Tetapi masih terdapat orang melayu yang mengharapkan bulan jatuh ke riba mereka.

-Walaupun teropong dan satelit pemantau dunia sudah semakin canggih dan boleh melihat permukaan bulan dengan jelas, tiada satu pun gambar yang memperlihatkan bendera amerika yang dikibarkan neil armstrong di bulan dahulu.

- Filem New Moon yang tengah hangat di panggung tiada langsung mengisahkan pasal bulan.

*post ini sekadar isi masa lapang*