Sunday, June 5, 2011

Cerita Jun

Hari ini chief Iblis panggil meeting. Disuruhnya juak-juaknya memanggil seluruh jentera dari ketua cawangan hinggalah ke ahli akar umbi.

Di atas pentas keramatnya, chief Iblis bersama timbalan satan satu dan timbalan satan dua duduk dan berbisik sesama mereka. Ahli-ahli mula mengambil tempat masing-masing, manakala ketua cawangan masing-masing mengipas exco-exco pemuda, literaly i mean. Ada hati nak naik pangkat cepat letteww.

Keadaan yang hingar seketika akibat dari rasa ingin tahu ahli akar umbi mengenai tujuan musyawarah ini diadakan menyebabkan Pengerusi Majlis bingkas bangun lalu bertempik.

"DIAMLAH SETAN! "

Semua terkatup mulutnya, terus sahaja duduk tanpa bergerak hatta menggoyang ekor sekalipun. Hanya segelintir ahli-ahli Majlis Tertinggi sahaja yang otai masih lagi sibuk membetulkan kedudukan perut yang boroi ketika duduk.

" Dipersilakan chief yang kita sayangi Iblis Laknatullah tampil memberi sepatah dua kata sekaligus menerangkan kepada kita kenapa musyawarah kali ini diadakan." lantang suara Pengerusi Majlis berkata-kata lalu disambut dengan tepukan gemuruh oleh satan-satan sekalian.

.........


" Wahai satan-satanku yang dikasihi sekalian. Tujuan gua panggil lu orang datang kemari untuk memberi pencerahan dalam misi terbaru kita. Seperti lu semua sedia maklum, kita tinggal dua bulan lagi untuk merdeka. Ya! Dua bulan lagi!" kedengaran ucapan chief Iblis lalu disambut dengan suasana cemas oleh para satan semua.

Kebanyakan dari mereka tidak sedar atas perkara yang dihighlightkan oleh chief Iblis lantaran dari kesibukan bekerja seharian.

" Gua tahu lu orang semua malas bekerja kebelakangan ni. Mentang-mentang cucu cicit nabi Adam sekarang lebih kurang kita perangainya, tak bermakna kerja lu orang sudah habis. Cittt! Lu jangan fikir tiada siapa report kat gua lu orang duduk menunggul di kawasan dun masing-masing perabiskan income tiap-tiap bulan buta-buta je. Now gua nak lu orang pertingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi! Gunakan 2 bulan ni sebaik-baiknya. Kalau boleh gua nak lu orang tanam kat hati mereka nafsu makan, nafsu serakah cukup-cukup. Bagi time siang bulan RAMADHAN nanti hasilnya meletus-letus. Ingat tu semua! Dah. Korang boleh gerak. Jangan lupa salam dengan senior-senior bila nak blah! GERAK!" jerit chief Iblis tanpa gagap sikit pun.

Masing-masing bersurai sambil mula membelek buku Maksiat 101 dan Advance Human Greed 12th edition.

1 comment:

HEROICzero said...

ini bahan bacaan terbaik gua pernah baca, setakat bulan ni.


hebakkk. hebakkk.