Thursday, April 14, 2011

Makan Duit.

Dah selalu aku dengar tentang orang makan duit ni terutama duit sewa rumah. Bukan nak tuduh la. Tapi memang ada. Apa jenis orang pun tak tahu.

Dulu rumah sewa aku ada seorang mamat ni pungut untuk duit sewa rumah. Masa tu sewa rumah kami murah je. Dalam rm560 sebulan. Campur dia, kira bahagi dengan 9 orang, so, kalau ikut matematiknya sorang bayar lebih kurang RM62.22 la kan? So, setakat nak pungut rm62.30, atau rm 63 tu kira boleh la halal. Tapi ni pungut sampai RM65. Bukan nak berkira. Tapi kalau dah sampai lebih rm2.70 sorang, kalau 8 orang dah ada balance RM21. Amboih. Banyak tu beb kalau tiap-tiap bulan nak tibai camtu. Tengok gaya dah alim dah. Boleh pulak makan duit.

Yang rumah sewa Anis pulak, aku syak something. Rumah tu dulu ada perempuan ni duduk. Dia dengan geng2 dia lah. So, bila dorang keluar rumah tu, Anis ni masuk la ganti dorang Disember haritu. Tulis kat iklan, disediakan TV dan perabut2 lain. So, yang tukang pungut sewa ni salah seorang dari perempuan2 tu. Alih-alih, tak sampai 2,3 bulan, minah tu bawak balik TV tu. Alasan dia punya. Kalau dah tahu TV tu kau punya, buat apa nak tulis dalam iklan? Lagi satu, dia dah keluar rumah tu, tapi duit sewa rumah bulan-bulan, still kena bank in kat dia juga. Tak tahu la apa motif. Bukan dia duduk rumah tu dah. Lagi satu, dulu kata sewa rumah ni, tak perlu bayar deposit, sebab ape tah. Now, dia minta balik deposit tu. Alasan sebab duit dia yang bayar deposit rumah tu. Bukan sikit bai, RM1600. Yang pelik, dia kata duit dia sorang pulak dah. Kaya betul bayar deposit sorang-sorang. Dulu cakap lain. Bila Anis dan budak rumah dia tanya pasal tuan rumah, contact number semua, dia berkeras taknak kasi. Tak macam ada udang sebalik batu ke?

Bukan apa, sekarang ni pasal rumah sewa kena jaga-jaga sikit. Kena tahu mana duit pergi, kat siapa kita bayar, betul ke tak tuan rumah dibayar. Baru-baru ni dalam suratkhabar ada satu berita pasal sepasang suami isteri tipu beberapa buah rumah. Kononnya dorang ni pungut duit sewa untuk tuan rumah. Tapi last-last kantoi sebab tuan rumah tanya kat penyewa2 tu, kenapa dah 4,5 bulan dah tak bayar sewa. See. Dunia sekarang macam-macam. Jangan bulat-bulat percaya dekat orang lain. Atleast kena ambil tahu dan siasat mana pergi duit kita.

Siapa-siapa yang duk makan duit orang tu, fikir-fikir lah sampai bila nak makan duit haram. Sekarang nikmat la, untuk berapa tahun sangat kau nak bermewah dengan duit orang. Kat neraka tu lebih 1000 tahun kau nak hadap azab api neraka tu. Nauzubillah.

1 comment:

Anonymous said...

Mesti ka naik nama? -_-"

-A-