Rancangan mengaji Al-Quran.
Terus mak aku sound, ' Haa. elok sangat la wan tengok rancangan camni. biar sedar diri sikit.'
Cam 'tuss' kena dekat dada. Pedih.
Siapa yang dah kenal lama aku in person, mereka tahu yang aku ni gagagagap
*imbas kembali*
Aku merupakan anak ke-5. So, abang and kekakak aku semua dah besar panjang masa aku mula belajar mengaji. Masa aku baru kenal rupa alif sampai dal, abang dan kekakak aku semua dah khatam 3,4x Al-Quran. So, aku kena pergi belajar mengaji sorang-sorang. Itu bermakna, aku akan belajar bersama kawan kawan. Kawan kawan = pra setan. Memang asyik memain je la aku kat kelas mengaji.
Bila aku darjah 4 atau 5, ustaz yang mengajar aku tu pindah rumah. Aku yang baru tengah rancak mengaji dan menghafaz muqaddam, terus jadi tak keruan. Ye la kan. Tiba-tiba hilang tok guru. Tiba giliran Tok aku yang merupakan guru mengaji di Pekan mengambil alih tugas mengajar aku.
Tok aku garang gila bila ajar aku. Mana taknya. Malu la dia sebagai Guru mengaji, bila cucu sendiri gagap mengaji. Salah sikit, piap. Salah sikit, ketuk jari aku. Pergh. Aku sebagai kanak-kanak yang comel time tu, mana lah tahan deraan arwah time tu.
Tapi tok aku asyik balik pekan. So, pengajian aku sering tertunda-tunda. Bila aku dah start form 1, ayah aku terjumpa sorang makcik yang dekat je dengan rumah aku, ada la dalam 100-200m dari rumah aku. So, aku pergilah mengaji di situ hari-hari naik basikal.
Tapi masa aku form1, aku aktif dalam bidang sukan dan juga kokorikulum sekolah. Tiap-tiap petang ada training dengan kawad pejadah. Semua benda alah ni start pukul 3. Mengaji pulak pukul 2 lebih camtu. So, aku kena rush la kan. And tempat mengaji tu memang kena tunggu giliran sorang-sorang. Kalau aku lambat sikit, memang habis lambat la mengaji tu. So, lambat la aku nak pergi sekolah.
So, sebagai jalan mudah nak ke sekolah, banyak la kelas mengaji aku ponteng. Keh3.
Diperli dan diketawakan time kelas mengaji tu da jadi lumrah la. Macam la aku tak nampak awek belakang aku tu mengetap gigi tahan ketawa time makcik tu bebel kat aku pasal aku selalu tak datang mengaji. Ciss. Tapi aku tetap tabah pergi mengaji. Time kanak2 lain layan dragonball pukul 9.30 pagi hari ahad, aku tabah mengaji kat rumah makcik. Tapi aku tak fokus, cucu-cucu makcik memang otai. Time aku mengaji tu, dorang selamber pasang tivi kat belakang aku kuat2. So, sambil mengaji, mata aku juga tertumpu pada aksi datuk Kame mengintai seluar dalam Bulma.
Tapi sekarang, Alhamdulillah la. Bukannya aku tak boleh baca Al-quran. Tapi gagap sikit je. Kena pelan-pelan kayuh orang kata. Nak baca laju laju macam tahfiz, memang tak dapat la jack. So, di sempena bulan ramadhan yang mulia ni nak habis, aku ingat aku nak mengaji la malam karang. Dapat baca surah yasin+surah2 pendek tiap-tiap malam pun cukup la. InsyaAllah.
4 comments:
sabar wan sabar, aku paham situasi ko. meh sini aku ajar meh. ish tuu pon xleh buat. hahahaha
ps/ aku pnah gak la bace sumwhere, yg kate yg gagap bace ni pahala dia ni lebih sket la, mcm extra marks untuk kesungguhan. haa, macam tu. tp ko kena la usaha jgk smpai elok.
mr scomey... aku pun dulu ade masalah yang same macam ko yang gagap mase mengaji tuh. mase aku masuk uni, ade sorang ustaz ni, beliau cakap kat aku. qur'an memang kena bace hari-hari, kalau tak mane nak lancar. sekarang ni alhamdulillah, aku tak gagap bace qur'an lagi. dan masih lagi belajar untuk bace dengan betul. semoga awak leh cube jugak... :))
apesal macam kalau post je kat belog, mesti x buat kan?
*ragu-ragu
-A-
haha RinG, agak logik duh.. wakaka~ extra mark untuk kesungguhan.
usaha usaha usaha~
*blah la -A-, -A- konon. puii~
haha!
Post a Comment