Saturday, September 11, 2010

Maafkan Daku

Penat juga travel petang-petang raya ni. Setelah lebih 10 tahun kami tak balik kampung beraya, kali ni kami sekeluarga balik kampung ayah aku di Batang Berjuntai, Selangor. Lucah kan bunyi? wahaha.

Sempena Syawal yang mulia ni, aku nak minta maaf kepada sesiapa yang mengenali aku, atau buat-buat taknak kenal aku dah, kalau aku ada buat dosa kat korang secara sengaja atau tak sengaja.

Realitinya, kebanyakan manusia yang bermasam masin muka dengan aku ni kebanyakannya perempuan. Lelaki no hal je. Biasalah perempuan cepat emo. hehe. Tade la. Aku ni lelaki yang banyak cacat cela. So, biasa tak memahami perempuan-perempuan ini seadanya. So, aku mintak maaf ek. Tak kesah la ex ke, tak ex ke, kawan ke, dah tak kawan ke, aku nak mintak maaf gak. Yela. Hidup di dunia ni bukannya kekal. And buat dosa dengan manusia, bukannya boleh terampun jika tak minta maaf pada empunya.

Yep. Aku belum pun lagi nak mintak maaf secara face to face kepada pihak yang berkenaan. Tapi niat tu ada. Biasa lah. Malu. Ingat tak malu ke nak sebut maaf depan-depan. Jangan katakan nak minta maaf, nak mengaku salah pon orang biasanya malu. Kan?

Tak dilupakan juga kawan-kawan. Minta maaf zahir dan juga batin. Tak kira lah kawan dari kecik, kawan dari sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah menengah, sekolah mengaji, sekolah memandu, dan juga kawan-kawan yang tak kira la celah mana kenal, aku mintak maaf gak. Biasa lah, mulut Schomey ni cam cilaka. Kadang-kadang mulut laser cam Azwan Ali, kadang mulut baik macam Prof Izzi Haji Ali.

Kalau ada yang berhutang, aku mintak korang ingatkan aku. Biasalah manusia mudah lupa. Tapi aku memang ada note yang simpan senarai orang-orang yang aku pernah hutang. Niat aku nak bayar tu ada, tapi biasalah, duitnya tak ada. InsyaAllah k.

Yang terakhir, untuk kekasih hati. Saya minta maaf zahir dan juga batin. Saya ni selalu juga buat salah. So, jangan penat untuk memaafkan saya. >.<






** comel gila anak-anak buah aku ni. naluri tengok benda2 comel da meningkat. naluri kebapaan ni. keh3.

2 comments:

HEROICzero said...

Ah macam2.. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin~

Anonymous said...

selamat hari raya gak! eh. aku da buat ucapan kat blog kau rupanya. wahaha

-schomey