Subjek : Soil Mechanics
Lecturer: Dr. Wong
Rekod Kedatangan: 4j/15j
Tengok rekod la weh. Kritikal gila. Menyesal pulak aku over konfiden nak ambil kelas pukul 8 kannn. Dah ar liat nak bangun. Sampai ada satu tahap aku kena mintak ayah aku call pagi-pagi untuk kejut aku. Tah camne, dia tak perasan mesej phone dari aku. Dah la tak dapat pergi kelas, pastu kena bebel lagi. So pagi tu aku memang nekad nak pergi jugak. Silap pulak aku malam tu menggatal tidur 3,4 pagi malam tu. Tu yang mengantuk sakan tu.
......
Sampai kelas pukul 8.30. Hehe. Lewat jugak. So, ambil je port belakang. Sebelah sorang mamat India ni. Apetah nama dia. Aku tak ambil port sangat nama-nama classmate aku. Nama
So, pagi tu, dia agak agresif dalam kelas. Habis Dr Wong dia tanya macam-macam. Terus secara automatik aku jadi pelik dengan mamat ni. Mamat ni biasanya diam je kat kelas. Kena 'semangat' pagi ke ape?
Lepas tu, sambil Dr Wong mengajar kat depan, dia 'mengajar' kat belakang. Dia torture aku pasal Doktor-doktor ni, gelaran doktor je lebih. Tapi mengajar tak tahu. Pastu dia pun mula bagi contoh-contoh doktor professor yang ada kat uniten yang dia rasa mengajar cam harammm.
Aku angguk-angguk lemah tanda layan je cerita dia.
Semangat betul macha ni pagi-pagi ni. Muka time cerita pon penuh ekspresi. Time-time dia tengah tade idea nak cerita apa, aku pon saja la open cerita pasal aku tak cukup tidur. Tidur 2,3 jam je. Cerita sambil muka buat2 ngantuk.
" Relek la bro. Aku langsung tak tidur lagi. Duit loan baru masuk kan, so, aku 'minum-minum' semalam. Tengah minum, sedar-sedar da siang. Terus pergi kelas. Hikhikhik Hippp." balas macha tu siap dengan bunyi sendawa time ketawa.
Cilakak. Tengah mabuk rupanya. Patut la cergas sangat pagi ni!
7 comments:
sampai kena pesan dekat bapak kan? punya liat mau bangun.. haih!
eh duduk sebelah geng pulak tuuu.. ehe semangat la sikit.
-A-
hahaha. cisss! geng kau la wehhh. sejibik!
wahahaha! ait terasa sungguh. tak cool~
-A-
moral of the stry..
xpyh gi kls sbb ko gi kls pon dgr mmt india tu pnya citer..ksian dr.wong dpt gaji buta..
ko x dgr pon lctured dr dia..
hahahaha lawak gila
haha sial. dua kelas jek lu pegi?
nanti gua update purata kelas gua pegi dalam seminggu. yeah baby!
akoo~ : gila hape tak pergi. kena bar exam oh. hahaha.
aku: keh3. macha tu mabuk2 pon terer. ciss
heroic: ahh. ni bukan seminggu. aku pergi dua je kelas dia untuk sepanjang sem ni kau tahu. tp skang rekod da cun. tambah jadi 4 kelas. heeheeee
Post a Comment