Thursday, August 5, 2010

Angin 1

Dalam rumah sewa aku, ada 9 orang. Asalnya aku kenal sorang je. Iaitu roomate merangkap member baik aku. Best kalau roomate dengan orang sama kepala ni. Muka je tak sama. Aku hensem sikit.

Biasalah bila dah duduk ramai-ramai, perangai makin macam-macam. Kalau nak ngumpat, buat 88 entry pon tak tentu habis ceritanya. Tapi yang baru-baru ni, aku hangin sikit. Sikit je, tak perlu banyak-banyak hanginnye. Panjang pendek cerita, dorang ni suka pow air aku. Secara tak sengaja atau sengaja.

Aku selalu beli air. Eh. Takdelah hari-hari. Tapi seminggu ada la sebotol. Tak pun 2 minggu sebotol. Kalau dah beli air gas, mesti lah letak dalam peti ais kan. Sejuk-sejuk baru BRRRR kan. Bila letak je dalam peti ais, ada je kaki nak pow. Selang 5 minit, dengarlah ada orang jerit dari dapur " air coke sape? sket".

Memanglah sikit. Tapi kalau dah 9 mulut yang minum, sikit tu pon boleh kering jugak air tu. Aku tak kesah kalau dorang nak minum, tapi kalau tahu minum SAHAJA, belinya taknak, hampeh jugakkk.

Berkira? YE aku memang berkira. Bapak aku kasi duit bukan untuk beli air untuk dorang. Tapi tu la. Aku tak berani lagi nak cakap kat dorang. Paling kuat pon bisik-bisik dalam bilik ngn roomate aku.

Lepas ni, maybe aku nak taruk apa-apa tag kat botol air aku tu. Setakat ni, idea ayat yang aku nak guna

" Kalau terasa terliur tengok air ni, Sila pergi beli kat kedai depan rumah tu. 10 langkah dah sampai. Sekian terima kasih. "

atau

" Tade2. Aku nak minum sorang "



Silap-silap, nanti air aku kena khianat. Haha

7 comments:

Anis Azhani said...

mineral dah le bro, xde la kembung perot nanti. BRRRR

Wanturd™ said...

mineral ade gak la. tapi simpan kat bilik. selamat. ni air coke ngn 100+, mesti la kne BRRRR

Anis Azhani said...

xpa, nanti BRRR sama2 le.
haha, perasan hensem ye awak.

silence musica said...

angin 1? akan adakah angin 2, 3 , 4, 5? cuba awk sabotaj sikit air tu. apa jd? haha

Patimah said...

beli botol kecik. minum terus. haus lagi? beli lagi. habis cter

Wanturd™ said...

anis : kau belanje. yeayyy! ;p

silence: mesti la ada. tak perlu pk 28minit untuk cari tajuk je pasni. keh3

aku: aahhhhh. gila kaya nak beli camtu. beli botol besar jimat. tapi lagi jimat kalau tade orang pow. wakaka

me.. said...

gne tag ni..
iNi aIr aKu bLi PkaI dUet aKu..kLu rSe trLiuR bLi pKaI dUet koRg sNdiri..
xPon..
dIspLay oNly nOt fOr dOnaTe..
lG bEst..
aDer sHare ke..(ni tUls bsR2 kT btOl..uhuhu)