Thursday, July 8, 2010

Tip Elak Mengantuk

Sering rasa mengantuk? Rasa baru je tadi tidur, nak tidur lagi? Rasa macam tidur 14 jam tak cukup? Baru dengar azan isyak, dah rasa mengantuk? Haa. Kali ni, aku nak kasi tip camne nak elak atau hilangkan rasa mengantuk tu. Ni semua idea member aku la ni. Asyik mengantuk doplohpatjam. Haa awak. Meh sini saya kasi tip. Sila percaya k. Hehe.

Mula-mula, check waktu tidur awak tuh. Tidur waktu MALAM kena lah cukup. Cukup ok. Bukan melebih2. Tak perlu tidur macam bayi sampai 8-10 jam. 6-7 jam dah cukup sebenarnye. Yang penting, tidur kena ada kualiti, bukan kuantiti ye. Agak-agak nak bangun pukul 6 untuk sembahyang subuh, tidur lah pukul 11 atau 12 tengah malam. Bukan pukul 10 dah rasa lewat gilaaa ok. Tapi kalau niat di hati nak ponteng subuh, boleh lah tidur pukul 3, 4 pagi. hehe.

Kalau tak jalan jugak taktik ni, jangan gelabah ok. Relek je. Kita pergi step dua. Jaga makan. Makan2 yang berlemak tu elakkan. Contohnye nasi lemak. hehe. Ada satu kes, ada orang tu kata lecturer dia ngantuk pagi2 sebab makan lontong pagi tadi. Tak dapat dikenalpasti dimana logiknya. Tapi elakkan lah kalau boleh k.

Haa. Kalau awk jenis makan tak beringat, tape. Jangan gelabah jugak. Relek je. Ada petua lain. Mandi dengan air sejuk. Tapi jangan bantai mandi time tengah malam air sejuk ni. Kang kena paru-paru berair pulak ok.

Ok. Yang lain yang saya tahu pasal nak elak mengantuk ni, buat senaman ringan. Jangan buat ringan-ringan dengan bf pulak ye, saya tempeleng kang. Alaa. Setakat buat regang2 tangan, lipat2 peha ke, buat sit up ke, main bola ke, jogging 10-15km ke dah kira cukup tu. Kasi darah tu mengalir dengan lebih efisien ok.

Cikgu saya dulu ada pesan, dia suruh banyak minum air kosong. Sebab air tu ada oksigen. Betul ke tak petua ni, tak dapat dipastikan. Haa. Janganlah nak menggedik2 nak minum air kopi. Tak baik untuk darah dan heart beat. Air livita pon orang kata elok untuk elak ngantuk, sebab manis. Tak dapat dikaji apa kaitan manis dengan hilang mengantuk. Saya tak amek bio awk. Tu yang saya tak tahu tu. Tapi saya tengok member saya teguk livita 2 botol pon, mengantuk gak bawak kereta. Saya jugak yang kena drive pastu. I het!

Bila saya tade idea nak tipu ape, cam biasa saya godek2 gugel. Agak teruja bila jumpa "jampi mengelak mengantuk". Ingat kan jampi serapah seranah ape tadi. Rupa-rupanya ayat-ayat al-Quran. Haa. Ini biasa jadi time drive la awk. Saya biasa drive, kalau ngantuk saya baca surah-surah pendek. Siap berlagu lagi. Ayat qursi pon ok. Sebab apa saya baca surah pendek, tak panjang, sebab saya tahu yang tu je. Hehe.

Bila saya godek lagi, saya jumpa pasal sabun elak mengantuk. Macam temberang pon ada. Tapi kalau nak try, apa salahnye kan? Pandai2 lah awk cari kat Tesco ok.

Saya harap tip2 saya kasi ni bergunalah pada awak. Saya taknak la awak jadi cam member saya. Tengah berjalan pon boleh tidur. Eh, awak ke member saya tu? haha. Saya tak ingat plak.

Agak-agak dah tade arah dah nak hilangkan rasa mengantuk, saya ada cara terakhir. Pasti jadi.
Awk tengok je gambar kat bawah ni, konpem hilang mengantuk.



kalau rasa nak efek lebih, klik kat gambar tu. Hehe.

12 comments:

MOMMY CGG said...

BILA NAK MAIN FUTSAL LAGI??
KEKEKKE

Anonymous said...

kehkehkeh
makan la sotong PAUL tuk hilang ngantuk

huakakkaakaka

Nurul Roddy said...

HAHAHAHAHA ! suka gila post ni !

Wanturd™ said...

haneM: aihh.worldcup2 ni kasi orang tgok match tu dulu la. lepas ni korang tgok aku plak beraksi. kekeke. jomss.

jane: sotong paul mmg bikin wa panas laaa. ciss

roddy: suka ke? jap2 cari butang like. haha

Meor@Khairul said...

weh aku click kn gmba 2..
pas 2 kua tgn tnjuk fak
haha
asal eh?kew gmba 2 stock kene fak haha

Wanturd™ said...

meor: tu la. mesti kau nak belajar kan camne nak buat kuar gitu..

Sakinah Amran said...

WAK LU BRO! HAHAHA MACAM BANGANG!

okay nak komen siap ikut no tips :

1. Saya tgk wonderpets, dia kata apa Yg penting, kerjasama la awak. amende pulak kualiti kuantiti awak pi repek ni ?___?

2. NASI LEMAK FEVERET DOL. LU JGN HALANG!!! WA EMO NIEE!!

3. Lu lupa la tu, wa mana suka mandi. Masuk hari ni dah 5 hari tak mandi. Okay now dah tau napa kuat tido. ZZzZZZZZ

4. Takde bf camne nk buat ringan2? Okay takde kena mengena dgn tips muahaha. Badan aii dah ketul 6pax yuu, tak larat dah nk senam

5. Ini nak promote diri hebat drive ke camne? tapi takpe, I hate kopi too.

6. Awak ngaji lagu raya Kristal boleh aa tak ngntok!

7. sabun tahan ngantuk ada jual dol kat UM. derrr


GAMBAR TAKDE TEMBAM LAGI BRO? =D


ps. apa2 pun mekasih tips yg khas utk aii, terharuu yuu :'>

Wanturd™ said...

cik kiah: eh. ni komen ke post. post kat blog sdri la. komen kat sini. hahaha

woit. ape daa..dah tahu awk tak mandi, ofkos la suh awk mandi selalu. ingat tak rukun2 mandi ni?

ngaji tu betul oh. awk pon boleh apply. kan rajin ngaji cuti aritu? keh3.

HEROICzero said...

Mula2 malas nak klik pic ko.

tiba-tiba,

Aku boleh percaya plak kan kalau klik, bila klik pic ko boleh kua tgn tunjuk fak.

aku klik.

fuck.

Wanturd™ said...

hahaha. fuck kan?

Anonymous said...

Nice :)

Wanturd™ said...

thanks! :)