Sunday, June 6, 2010

Untuk Kamu

Malam aku hanya berbumbungkan atap,
bertemankan bantal yang tidak lekang dari pelukkanku,
kujadikan cloud9 pengalas perutku,
dan selimut yang kadang-kadang melurut ke tepian,
tapi,
sungguh berbeza dengan kebiasaanku,
kerana malam ini,
malam tanpa kamu.

Bersamamu,
aku melayari dunia ini dengan riang tawa,
bersamamu,
aku mengerti apa itu rindu,
bersamamu,
tidak henti ku senyum selalu,
bersamamu,
malam ku rindu, siang ku mimpi dirimu.

Gah aku bila kamu disisiku,
Lemah aku tanpa kelibatmu,
tanpa lekang memberiku semangat,
untuk terus menikmati dunia tanpa rasa ragu,
tidak ku takut akan kesesatan,
kerna ku yakin kamu temanku.

Kini aku sesali perbuatanku,
aku tahu sukar untuk memaafkanku,
kau perlu tahu,
setiap hari tanpamu,
aku tanpa henti merindui mu,
ku tahu kamu juga begitu,
hanya satu pintaku,
Internet, kembalilah kepadaku.

9 comments:

HEROICzero said...

FIRST~!!

fuck. rasa cm lagi panas aku bace blog ko.

*pehal tenet ko?

Wanturd™ said...

ahaha.saje je.

makin panas ke bang? penuh unsur2 tu.. hehe

MOFASAD said...

pergghhhh~

tak ajak~

silence musica said...

ni sah ada maksud tersirat

Wanturd™ said...

farid: i majuk dengan u. kita clash!haha


silence: ehh.. mane ade. keh3

Anonymous said...

kawen je la ngn internet tu...

Tulip said...

hahaha...rasanak nagis la baca...wuawuawua...( tapi still boleh ketawa..)

Wanturd™ said...

alien: tak mampu lg kawen. kau yela da tahap wajib.keh3.

tulip: ahh.nape nak nangis plak..hahaha

Tulip said...

yelah..sbb ada pengalaman juga...