Friday, June 25, 2010

Terbang Tanpa Takut.

Dua, tiga tahun lepas, malam-malam jumaat camni, malam aku memang dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti luaran. Uia PJ ni kalau korang nak tahu, selain dari menjadi pusat peranginan bagi pelajar-pelajar, Uia ini juga menjadi penjara bagi kami. Keluar sabtu ahad je. Tu pon kena balik sebelum pukul 10. Tak rock langsung.

So, untuk memenuhi nafsu nak main snuker, cc, lepak mapley semua, kami terpaksa buat tindakan nekad iaitu FLY. Yela, dari duduk tak buat pape kat bilik, baik keluar, kan? Nak study, rajinlah sangat. Jangan haraplah weh nak rajin tiba-tiba.

Cara terbaik untuk fly ialah panjat pagar. Mudah dan ringkas. So, kat Uia ni ada 4,5 port panjat pagar yang biasa orang guna. Port yang paling top nak fly2 ni ialah dekat court takraw, sebab gelap kat situ, and lepas panjat senang gila nak lari. Pagar tak tinggi. Adalah paras-paras dada je haa. Kalau ada pak guard nampak pon, pak guard mampu untuk tengok je. Nak kejar kami, perut berat berkilo2. Tak dapat la weh.

Tapi ada satu malam tu, port yang biasa kitorang panjat tu panas sikit. Ada orang dalam roger kami kata ada ops malam tu. Kacau betul. So, kami pilih untuk panjat pagar berdekatan dengan asrama lelaki ABC untuk masuk. Pagar tu tinggi dia lain macam sikit. ada la lebih dua meter. Kira kena panjat cam style2 PLKN ar. Tapi yang slek nye, pagar tu ada duri kawat. Aku dah fikir-fikir kalau sangkut kat tel*r, kan ke naya tuuu.

Malam tu kami bertiga je. Dorang naik dulu. Pagar tu kan tinggi, so, kami jadikan helmet orang tinggal kat luar pagar tu sebagai tempat pijak. Orang dulu-dulu kata, batu loncatan. Helmet mana la setabil sangat. So, aku kena la pegangkan untuk dorang. Aku last yang naik. Bila sampai turn aku, helmet tu asek bergoyang-goyang je, tak stabil langsung. Yela, tade orang pegangkan kan. Tape. Aku cekalkan diri. Aku boost tenaga aku kepada 5 petala langit. No hal la. Bila kat atas pagar a.k.a tembok tu, aku rasa cam ada sesuatu mengganggu kat jari kelingking kaki aku. Aih. Aku pun check la.

Shit! Ada salah satu duri kawat yang bentuk tiga segi cucuk kat jari kelingking kaki aku. Besi tu memang tembus dalam. Nampak dia punya pangkal je. Aku kalih buntut seksi aku sikit, kasi dalam position 69 duduk, senang sikit nak tengok kaki aku tu. Bila dah make sure besi tu boleh cabut camtu je, aku cabut cepat-cepat. Orang kata cabut cepat, rasa sakit dia pon cepat-cepat je hilang. Then aku cepat-cepat turun dari tembok tu.

Kawan aku tu? Aku tengok dorang tengah gelak-gelakkan aku dari jauh. Dorang ingat aku stuck kat atas tu sebab tak larat nak angkat badan gemuk aku ni. Cilakak jugak perangai dorang tu.

Disebabkan aku tengah keluar darah, so aku emo macam perempuan keluar darah juga. Aku lalu depan dorang sambil sound setepek. Dorang terus berhenti ketawa. Dari pagar tu, sampai ke hostel, aku berjalan macam dalam lecak. Sebab kat selipar aku darah bertakung. Serius darah banyak gila. Lepas aku cuci darah tu, aku seletep letak handiplus kat luka tu. Balik-balik, aku terus tidur. Dalam tidur pon aku mencaci-caci member aku tadi.


Insaf? Taklah. Minggu depan aku fly lagi. Keh3.

7 comments:

HEROICzero said...

so? ape ko nak ceta? ko kaki fly?

Wanturd™ said...

aku nak cerita bagaimana tanah melayu dijajah.

Patimah said...

haha ceh baik xyah cter

Zulfadli Zainal said...

oh ni time dgn aku tu eh. tp aku tak gelak kan? hahah.

Wanturd™ said...

aku: haha. saje terkenang dow. bila ingat2 balik, dalam gila luka tu.

melon: tahi. bukan ngn kau. ngn kau mana penah panjat pagar abc.

RinG said...

wan wan, memang ko scomey la, ending ko terbaik.

Afzainizam said...

Bukan kacang sebarang kacang.
Kacang melilit si kayu jati.
Bukan datang sebarang datang.
Datang membawa hajat di hati.

Anak raja main congkak,
Main congkak punya pelan ,
Boleh saya tumpang bertanya,
salam dihulur tanda persahabatan,

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME—WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞~
~۞~ Kembara~Mahkota~~Johor~۞~
~~۞ ~(KMJ) 2010~edisi~ ke12~۞~
~۞ ~~26 hingga ~28 Jun 2010~~۞~
~~۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME-- WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

adoiiii sakitnya kaki ku .... mehhh sini potong kaki tu mana sakit....