Tuesday, June 29, 2010

Malaysia dan Bolasepak

Worldcup tengah rancak berlangsung. Sekaligus time2 macam inilah ada segolongan rakyat malaysia yang sayangkan bolasepak kita akan mengomel dan mengeluh tentang bolasepak kita yang tah kemana. Persoalannya, sampai bila weh kita nak kena menghadap realiti begini? Bila giliran kita nak berbangga dengan kejayaan pasukan kita? Bagaimana kita nak berlagak dengan anak2 kita yang kita ni saksi kepada kejayaan bolasepak kita?

Bukanlah niat aku nak tunjuk pandai ke hape, tapi aku ni sekadar nak berkongsi pandangan aku. Kita lihat pasukan-pasukan yang naik sekarang, mereka mempunyai stail bolasepak mereka sendiri. Brazil ada samba dan Holland ada total football mereka. Malaysia?

Malaysia ni terlalu sandarkan pada kenangan. Asyik2 nak cerita pasal Malaysia layak olimpik. Malaysia dulu setakat jepun, korea tu titik je. Kelab macam Liverpool pon dah nak bungkus sebab asyik sandarkan pada kenangan. Tak kemana la camtu weh.

Tapi bukanlah bermakna kita tak pandang kebelakang langsung. Kita ambil pengajaran dan pengalaman dari orang-orang lama ni. Contohi spirit mereka, contohi gaya permainan mereka. Oh ya. Kita tak kemana kerana kita asyik dienglandkan. England pon lingkup, kita pon lingkup. Tak habis2 nak main longball, nak main cross. Kita ni negara orang barang badan kecik. Nak tanduk kejadahnye kalau kepala kita dengan player lawan semua paras bahu je.

Tengoklah kita punya game dulu. Menang dengan arsenal, menang dengan korea, mana ada cross2, longball ni semua. Maksud aku bukanlah tade langsung ok. Tapi kita menang bola dengan gaya short pass kita, gaya one-two kita, gaya gelecek2 kita, gaya shooting kuat kita. Dulu superlegend kita, arwah mokhtar dahari, terkenal dengan shooting yang lagi padu daripada gerrard. Bukan terkenal dengan hebat tanduk ke, atau terrer cross ke. Tambahan lagi, dia hebat gelecek. Setakat sorang dua tu, celah gigi la weh.

Ya. Memang akan ada orang berkata, itu dulu, sekarang mana boleh guna dah taktik tu. Kamon lah bro. Apa guna pengalaman dan otak kalau tak guna. Kita boleh improve dan inovasikan gaya-gaya kita tu. Terapkan balik gaya tu. Buang semua gaya ENGLAND tu.

Kita tengok ini :



Dan kita tengok ini :



Dan kita lihat game sekarang yang guna gaya bukan england :



haa.. ade nak main cross tinggi2? Kita main gaya kita je.

Selain tu, kita perlu naik taraf la body2 player kita. Pendek tape, asalkan badan katang la sikit. Baru sedap nak membody. Ini body macam papan, terer gelecek, laju, tapi tak guna sebab bila kena body sket, melayang 4,5 meter. Stamina kena jaga la. Rokok tu pantang la. Kalau Park Jisung minum sup katak, aku rasa orang melayu pon ada je sup-sup yang elok untuk kasi stamina jadi tinggi ni. Tak mustahil la semua ni nak improve kan?

Lagi satu, kita perlu team yang bukan satu dua kaum je. Pelbagaikan lagi. Kenapa team kita skang tade singh2 macam santokh singh dulu? Badan besar jadi defend, memang mantap la kan. Cina yang last aku tengok main untuk malaysia liew kit kong je la. Kurang sangatlah. Biasa dalam team malaysia mesti ada melayu ngn india je. Itupon sebab coach india. Kalau tak, penuh je la melayu. Tak 1malaysia langsung. Kita dah sedia maklum, orang melayu ni kelebihan dia gelecek dan shooting. Cina pulak kreativiti dorang agak tinggi. Stamina pon tinggi. Orang india kita memang tahu, kederat memang tinggi dan juga laju2. Kenapa tak guna semua2 ni?

Aku pernah baca ada idea sorang blogger ni biar aku petik je la.

coach korea skang adalah player yg kalah ngan team malaysia tahun 1980, tp bw korea msuk wc.apsl player malaysia yg mng tahun 1980 ngan korea x nak jd coach malaysia?MAYBE kita ada chance kalo ex-player yg ada experience dlm big game jd coach malaysia -zap-

Ada point kan? Ex-player kita tahu nak mengomen dan buat iklan maxis je. Bila nak sumbang untuk team kita? Sama-sama lah kongsi idea dan pengalaman. Memang ada sesetengah tu jadi penah jadi coach dan penasihat. Tapi tak berapa menyeluruh dan efektif.

Yang terakhir yang aku nak bebel kali ni, ialah pasal mentaliti kita terutama golongan wartawan dan golongan yang "BPL fan" tahu nak kondem dan mengutuk. Malaysia dapat score lawan man u pon nak kutuk2 kata Man U saje bagi. Wadefak korang ni. Wartawan kita ni pulak sebijik cam wartawan UK. Bila menag puji melambung2 ke langit. Tapi bila kalah, tahu nak guna ayat menganjing. Tade pon nak buat analisis punca kekalahan ke, cadangan2 nak atasi kelemahan ke. Tahu nak kondem. Paling baik pon, ada puji2an kecilan2 di akhir laporan akhbar tu. Orang2 kita ni pulak mengharap lebih2. Macam Malaysia pernah menang worldcup je. Target kecil2 dulu la. Mula2 sea games. pastu aff cup. then baru lonjak menang asia cup. Target tu biar berpijak pada realiti sikit.

*maafkan saya jika tulisan dan idea saya pra-matang.
*video dari youtube.
*idea entry timbul setelah terangsang dengan idea En. obe di sokernet.com

9 comments:

deus X machina said...

Aku akan terangkan cara-cara bagaimana Malaysia boleh masuk World Cup secara terperinci nanti...


tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

MOFASAD said...

prruuuuttttttt.......

liverpool pon ada gak.. cis!


paperpun yang penting semangat malaysia tu kena ada dalam semua player

HEROICzero said...

malaysia?

bolasepak?

ape neh? tak masuk langsung dua2 neh. cuba update sumthing yg logik. malaysia dan congkak?

Anonymous said...

terbaik!

Wanturd™ said...

deus: aku tunggu lu k. haha

farid: alamak. contoh tu sesuai kot. ape lg yg sesuai selain liverpool. hahaha

semangat je tak cukup. player2 skang semua pon semangat2.

heroic: ni idea luar kotak ni. wahaha

am: ya!

RinG said...

malaysian don't play football actually, but they at their best at watching football. look how crazy we (we?) were when Chelsea wins the EPL

Wanturd™ said...

memang la crazy. pasukan tah pape boleh jadi juara. nasib je la..

miss lily said...

thats y rasa macam banyak isi dlm entry ni pernah ku baca dari mana2. Malah ade beberapa ayat yg sama. Anyway.. Good 4 u to improvise the story..

Wanturd™ said...

biasalah. idea manusia mana nak lari. pernah baca dalam satu website je, byk pk sdri gak.. huhu